Tips Melatih Anak Tidak Kencing Malam

Kencing Malam merupakan tabiat yang tidak disengajakan bagi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun. 

Namun, setiap ibu bapa pasti mengeluh jika anak kecilnya membasahkan tilam hampir saban hari. Kanak-kanak usia ini menghadapi masalah ini disebabkan otak si kecil yang masih belum dlatih memproses rangsangan itu bagi mengejutkan mereka bangun dan pergi ke bilik air.  

 
 Bagaimanapun, ada juga kanak-kanak yang lebih awal berjaya melatih diri daripada tidak kecing malam.
Sebagai ibu bapa, Jangan sesekali marah dan salahkan mereka kerana masalah ini adalah sebahagian dari proses pembesaran mereka. Namun, sekiranya anak anda berusia enam tahun dan ke atas dan masih sukar mengawal tabiat kencing malam, anda harus membawanya berjumpa doktor untuk mengetahui masalah dan rawatan yang perlu. Bagi memudahkan rawatan, ibu bapa disarankan sebaik baiknya mencatat kekerapan anak kencing malam bagi memudahkan rawatan.

Jika anak yang berusia enam tahun keatas masih lagi kencing malam, tabiat ini dipanggil nocturnal enuresis dan primary enursesis bagi kanak-kanak yang selalu kencing malam tanpa sebab jelas. Manakala, secondary enuresis berlaku apabila mereka terlalu penat, menghadapi masalah emosi seperti sedih, marah  atau jadual tidur yang bertukar. Doktor biasanya akan melakukan pemeriksaan fizikal terutama pada struktur tulang belakang, pemeriksaan air kencing juga dilakukan bagi menyaring jangkitan kuman pada pundi kencing dan mengesan diabetes.

TIPS MELATIH ANAK TIDAK KENCING MALAM 

Berdasarkan pengalaman daripada melatih anak – anak saya, setakat ini mereka berjaya untuk Tidak Kencing Malam di tilam lagi bermula dari umur 3-4 tahun, apa yang dikongsikan semoga dapat membantu ibu bapa di luar sana.

  • Set kan minda anak-anak agar tidak kencing di tilam.
  • Pastikan mereka tidak minum air terlalu banyak sebelum masuk tidur.
  • Galakkan mereka ke bilik air untuk kencing terlebih dahulu sebelum tidur.
  • Latih anak-anak menahan kencing beberapa jam agar pundi kencing mereka dapat menahan kencing pada waktu malam.
  • Set Alarms pada jam berloceng / berbunyi tiap 2 atau 3 jam untuk latih mereka ke bilik air jika ingin kencing. Ibu bapa juga boleh set alarm untuk bangun periksa keadaan anak sebelum mereka betul-betul berjaya untuk tidak kencing di tilam pada waktu malam.
  • Berikan penghargaan pada si anak apabla mereka berjaya mengelak kencing malam.
  • Jika anak-anak terlepas terkencing, minta mereka untuk sama-sama bertanggungjawab mengeringkan tilam dan menukar cadar.

Chaiyok Chaiyok Ibu-ibu, semoga membantu 🙂

(Visited 177 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge