Tips Melancong Hanya Sehari ke Singapore

Kota Singapura kalau kita lihat dari map kecil saja, besar lagi sabah hehešŸ˜ jadi kira-kira pusing singapura sehari pun boleh habis! Sempena cuti sekolah, saya kongsikan idea dan gambar gambar menarik untuk anda yang teringin ke singapore. Selamat membaca.
nieda nuds 

  

Perancangan bercuti ke singapura hanya sehari alhamdulillah berjalan lancar, pagi selepas sarapan bertolak dari johor dengan ditemani abang sado malaysian berasal dari johor dan berkerja ulang alik dari johor ke singapura menjadi driver berbayar  kami untuk sehari ini. Abang sado tidak minta mahal pun cuma rm200 sahaja. Ok lah kan pusing satu singapore tu.hehe:)  

    

      
 Belanja masuk singapore bawa kereta sendiri (kereta sewa) anda kena beli autopas 30 dollar. Autopas ni memudahkan untuk bayar parking. Merasa kereta si kawan masuk Singapore. Entah tuannya tahu ke tidak.hehešŸ˜… 

  

  
Tempat pertama yang menjadi tumpuan ramai tentu sekali Universal Studio Singapore (USS). Nah, selalu tengok gambar orang saja kan. Kali ni ko gambar lah puas-puas. USS bukan sahaja tempat permainan kanak-kanak. Dewasa pun boleh main sekali. Harga Tiket masuk USS pun ramai yang mahu tahu kan? 

Ticket One Day Pass 

  • Adult (Ages 13-59) S$ 74 (rm225.00)
  • Child (Ages 4-12) S$ 54 (rm 163.00)
  • Senior (Ages 60 and above) S$ 36 (rm108.00)

Nanti boleh convert sendiri ikut nilai duit semasa ya di sini Currency Converter dan untuk info lanjut mengenai USS kamu boleh klik www.rwsentosa.com juga.


       
First time sampai USS kagum juga saya! Bangunan , watak kartun dalam movie contoh Sessame Street tu macam real. Memang terbaik! Tapi kalau anda bawa anak kecil yang tidak cukup tinggi! Terhad saja lah permainan yang anda boleh main. Tunggu luar lah gamaknyašŸ˜…
Banyak sebenarnya yang menarik dalam USS, termasuk Castle yang besar dan cantik, Transformers, Roller Coaster, Madagascar dan banyakkk lagi. Confirm penat kaki berjalan. So tips yang bawa anak kecil : sila bawa stroller ataupun boleh juga sewa stroller dalam tu. Harga sewa boleh tengok gambar ya…   

   
Setelah 4jam duduk dalam USS, Abang Sado bawa ke Hard Rock Cafe Singapore! Tempat wajib kononnya lah. Beli baju tulis singapore tu hehe:) selepas tu pusing Marina Bay Sand Hotel gambar-gambar sekejap kemudian pusing orchad road. Antara kawasan tumpuan pelancong yang kaki shopping barangan branded boleh lah ke sana ya…  

 
  
 Tidak rugi bayar abang sado ni tolong bawa jalan-jalan singapore, serba serbi dia tahu. Sejarah, isu semasa tentang Singapore boleh lah jadi pelajaran kami selama sehari. Terima Kasih abang. Lainkali kalau ada kawan-kawan saya mahu cuti cuti ke singapore ikut tips seperti kami, saya suruh contact abang ya…

Sekian. (Jangan hairan banyaknya gambar..hehe:)

(Visited 549 times, 1 visits today)

One thought on “Tips Melancong Hanya Sehari ke Singapore”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge