Tips Kekal Langsing Selepas Bersalin

Impian setiap wanita selepas melahirkan anak selain kembali bertenaga dan sihat adalah Kekal Langsing seperti sebelum mengandung. Majoriti wanita selepas bersalin sebulan hingga ke dua bulan umur bayi yang baru lahir masih mempunyai badan yang berisi iaitu lemak terkumpul di sana sini. Tapi jika kena caranya. Insha Alllah anda akan tersenyum lihat badan ramping anda selepas ini.

Untuk lebih yakin dengan penampilan diri, si ibu boleh amalkan beberapa Tips Kekal Langsing Selepas Bersalin dari saya. Ini adalah Tips badan saya kembali ke berat asal iaitu 50kg berbanding 65kg sewaktu hamil Antara Tipsnya adalah :

1. Jaga Makan

Selepas melahirkan, ibu perlukan makanan yang memberikan tenaga dan tambah darah kerana semasa proses kelahiran ibu akan kehilangan darah 300 hingga 400ml darah. Amalan saya adalah bubur nasi panas, bilis goreng, sup sayur suhun, sup ayam, sup daging atau sup ikan. (Peringatan : Makan sewaktu panas, kalau dah sejuk panaskan balik) Ibu pantang di larang makan sejuk-sejuk nanti badan masuk angin.

2. Jaga Minum

Minuman sejuk juga tidak disarankan sama sekali ketika selepas bersalin sehingga tamat tempoh pantang 44 hari ataupun 60 hari dan 100 hari. Minum minuman panas lagi baik seperti Horlicks, Milo, Nestum dan sebagainya.

3. Fully Breastfeeding

Bila anak menyusu sepenuhnya. Peranakan akan cepat kecut seterusnya perut juga cepat kempis. Selain itu, anak juga akan dapat banyak kelebihan dari susu ibu, Antaranya antibodi yang tinggi.

4. Makan Supplemen

Set berpantang saya sudah tentu saya pilih “Vitamin Shaklee” yang memberikan saya tenaga, elakkan anemia, elakkan meroyan selepas bersalin dan menambahkan kualiti dan kuantiti susu untuk anak tersayang. Set pecah lemak dan buang lemak saya juga dari Vitamin Semulajadi ini iaitu Energizing Soy Protein, Omega Guard, Alfalfa Shaklee.Vitamin Kurus Selepas Bersalin copy

5. Bertungku / BerBengkung

Kelebihan bila bertungku adalah boleh mencairkan darah beku yang tertinggal selepas bersalin. Dan pakai bengkung untuk mengembalikan bentuk badan.

6. Krim Panas / Minyak Panas

Krim / Minyak panaskan perut dan badan. ( saya guna minyak Herbanika Nona Roguy, Losyen Mustajab, Krim Pati Halia Yusmira (colour hijau & oren ).

7. Kapur Sirih / Limau Nipis / Spirit

Tips turun temurun dari ibu saya untuk kempiskan perut dan hilangkan strecht mark di bahagian perut.

Tips Perut Kempis Lepas Bersalin copy

 

8. Urutan Tradisional

Bila berurut dengan pakar seperti bidan-bidan kampung, badan rasa sangat ringan dan selesa. Paling pentiing urutan peranakan.

9. Mandi Daun Sambung

Daun yang sangat harum dan baik mandi dengan air suam.

Mandian ibu berpantang

10. Senaman

Pastikan “Peranakan” kuat sebelum berlari atau melompat. Elakkan mengangkat barang yang berat. Seperti saya, anak berumur 6 bulan baru kembali aktif bersukan. (Jogging, Set Up, Pumping. Squat)

11. Mind Set ” SAYA AKAN KEMBALI SIHAT DAN LANGSING”

(Visited 631 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge