Jeragat atau pigmentasi merupakan salah satu musuh wanita selepas kedutan. Tidak ada wanita yang inginkan kulit yang berjeragat atau mempunyai tompok-tompok hitam di kulit. Namun ianya berlaku tanpa disedari sekiranya kita kurang menitik beratkan kesihatan kulit. Antara sebab- sebab terjadinya masalah jeragat adalah seperti terdedahnya kulit kepada cahaya matahari yang panas terik, penggunaan pil hormon (contohnya : pil perancang), penggunaan kosmetik yang tidak sesuai, faktor hormon, faktor stres dan juga faktor keturunan.
Ada yang mengatakan jeragat tidak dapat dirawat sepenuhnya, tetapi hanya dapat mengurangkan sedikit kesan tompok hitam tersebut pada kulit wajah. Tetapi saya menyangkal pernyataan tersebut kerana terbukti kawan saya yang mempunyai jeragat sembuh sepenuhnya selepas menggunakan Vitamin Semulajadi yang saya cadangkan. Alangkah gerima hati si kawan bila tompok hitam tersebut hilang dan kulit muka nya menjadi berseri-seri (pinkish) gitu..hehe 🙂
Selain menitikberatkan pengambilan vitamin untuk mengurangkan masalah jeragat, pencegahan awal adalah sangat digalakkan. Antaranya :
1. Gunakan pelembap wajah yang mengandungi SPF ataupun sunblock untuk mengelak terkena sinaran ultra ungu yang boleh merosakkan kulit. Pilih krim yang mempunyai kandungan SPF 15 hingga 30 yang sesuai dengan cuaca kita di Asia.
2. Bawa payung sekiranya perlu untuk melindungi kulit dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang daripada terkena pancaran matahari.
3. Amalkan gaya hidup sihat, minum sekurang-kurangnya 3liter air sehari, hindari stres melampau, jauhi rokok dan amalkan diet yang seimbang.
4. Gunakan produk kulit atau alat solek yang sesuai dan selamat.
5. Hati- hati ketika membeli sebarang ubat-ubatan ataupun suplemen di farmasi. Kerana sesetengah ubat boleh menggalakkan lagi penghasilan pigmentasi pada kulit.
Orang cakap “Prevention is better than cure”, jadi sebelum terlambat haruslah kita berhati – hati dari sekarang. Siapa yang tak sayang tubuh badan sendiri kan. Dan pengambilan Vitamin Semulajadi yang dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah jeragat ini adalah seperti di bawah :
- Vitamin E Complex
- Vitamin C (Sustained Release Vita Cplus)
- Protein ( Energizing Soy Protein)
