Tips Cara Mudah Turunkan Paras Kolesterol dengan Cepat

Pengalaman seumur hidup merasai kesan tingginya kolesterol beberapa bulan yang lepas membawa saya untuk menulis tajuk ini. Saya akui saya peminat seafood, pada suatu hari ketika mengikut suami kerja luar di daerah Tawau yang kaya dengan makanan laut dan selepas makan beberapa menu seafood seperti udang butter dan kerang, kesilapan saya adalah terus minum ais batu. Dalam perjalanan balik ke hotel saya rasa belakang tengkuk sejuk, seluruh badan sejuk,  pipi dan lengan mengembang dan berdebar-debar. Dengan rasa cemas saya dan suami kelam kabut singgah ke restoran lainnya mencari air minuman panas untuk meredakan sedikit tekanan. Alhamdulillah tiada perkara yang tidak diingini berlaku sehingga kami kembali ke hotel. Di bawah saya kongsikan tips mudah untuk turunkan paras kolesterol. Baca sampai habis ya 🙂

cara mudah turunkan paras kolesterol dengan cepat

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS) , hampir separuh (47.7%) iaitu 9.6 juta penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Wahhh, inilah salah satu kelebihan makanan-makanan sedap yang terhidang di Malaysia. Tidak dinafikan, tiada siapa yang bisa menolak pelbagai juadah tinggi kalori yang sedap seperti nasi lemak, mee goreng, double cheese burger dan macam-macam lagi. Tetapi jika anda seseorang yang mementingkan kesihatan dan bimbangkan penyakit yang akan timbul di kemudian hari. Mari kita sama-sama ketahui apa itu Kolesterol?

Apakah itu kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi. Badan kita memperoleh kolesterol daripada dua sumber.  Sumber pertama adalah daripada pemakanan kita manakala sumber kedua adalah secara semulajadi daripada badan kita sendiri di bahagian hati yang menghasilkan kolesterol.  Kolesterol yang sedikit itu adalah penting dan diperlukan oleh badan kita untuk bina sel, untuk penghasilan hormon, untuk penghasilan jus hempedu (membantu dalam pencernaan) dan metabolisme nutrien – nuterien larut lemak seperti Vitamin A,D, E, K. Terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:

Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) juga dipanggil Kolesterol Jahat adalah berkecenderungan dimendakkan dalam saluran darah yang menyebabkan penyumbatan salur darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) dipanggil Kolesterol Baik mencegah penyempitan saluran darah jantung dengan mengurangkan mendakan kolesterol LDL dalam saluran darah. Oleh itu, ia menurunkan risiko serangan jantung.

Bacaan Paras Kolesterol 

Ini adalah bacaan paras kolesterol yang sihat dalam darah. Jumlah bacaan kolesterol dalam (mg/dL) adalah tidak melebihi 5.2, Kolestererol jahat (LDL)  haruslah tidak boleh melebihi 2.6 mg/dL manakala, kolesterol baik adalah mesti lebih daripada 1 mg/dL. Bacaan ini hanya boleh diperolehi sekiranya anda ada membuat body check up. Disarankan untuk membuat body check up setiap tahun adalah lebih baik.


Risiko Kesan Kolesterol Tinggi

Kolesterol yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah tersumbat. Kesan daripada salur darah yang mempunyai kolesterol jahat (LDL) yang tinggi akan terjadinya pembentukan plak, seterusnya salur darah akan menjadi sempit dan aliran darah akan menjadi semakin perlahan. Lama kelamaan akan menyebabkan risiko serangan jantung, strok, tekanan darah tinggi, penyakit hati dan juga ketidaksuburan.

Faktor Penyebab Kolesterol Tinggi

  1. Pemakanan (penyebab utama) – American Heart Association menyarankan pengambilan kolesterol bagi individu nomal TIDAK LEBIH DARI 300 mg sehari. Manakala bagi pesakit jantung KURANG DARI 200mg setiap hari.
  2. Obesiti
  3. Merokok
  4. Minuman Keras
  5. Tekanan
  6. Hati tidak sihat
  7. Kurang bersenam
  8. Keturunan

Tanda – Tanda  Kolesterol Tinggi

  • Kaki sering kebas – terjadi kerana darah bergumpal
  • Mudah letih dan cepat mengantuk – aliran darah membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan cepat mengantuk
  • Senak dada sebelah kiri – tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat
  • Sering sakit kepala rasa berat dan tegang di bahagian leher – arteri semakin sempit membuatkan aliran darah ke otak berkurangan
  • Kaki membengkak – pembuluh darah semakin sempit dan kaki adalah bahagian paling sedikit mendapat darah
  • Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) – di bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher.
  • Tanda kuning muda – pada tengah atau hujung kelopak mata, ada juga yang mengalami benjolan padat pada siku, tumit dan lutut.

Makanan Tinggi Kolesterol

Ini adalah jadual “10 Makanan yang Tinggi Kolesterol” sumber daripada Healthaliciousness.com. Cuba kira sewaktu saya terkena serangan kolesterol tempoh hari, udang masak butter (Udang + Butter + Telur) 1944mg kolesterol, dicamour dengan kerang – kerangan lagi? Memang harus berjaga-jaga lah lepas ni saya hehe 🙂

Petua Turunkan Paras Kolestrol Secara Semulajadi

Berbalik kepada cerita pengalaman saya di atas, antara tips dan petua untuk turunkan paras kolesterol secara semulajadi selepas makan adalah JANGAN MINUM AIS! lebih baik ambil minuman panas seperti Chinese Tea, Lemon Tea, Hot Gingger.

Cara Mudah Turunkan Paras Kolesterol 

Apa yang diperlukan untuk mencapai tahap kolesterol yang sihat adalah dengan mengubah gaya hidup.

  • Diet

Amalakan diet yang seimbang, lebihkan buah-buahan, sayur – sayuran, whole grains, ikan. Dan kurangkan saturated fat(lemak tepu) seperti coconut oil,  coconut milk, lemak dari daging, daging proses, ghee, butter, salt. Junk food dan makanan yang manis juga patut dielakkan. Ini kerana junk food mengandungi lemak trans yang boleh meningkatkan kolesterol jahat.

“5 Makanan yang baik untuk melawan Kolesterol Tinggi “

  • Berhenti Merokok

Merokok akan menghalang kolesterol baik daripada mengangkut kolesterol jahat kepada hati. Oleh itu, berhenti merokok boleh menghentikan ini daripada berlaku sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.

  • Bersenam

Bersenam dengan kerap sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari mampu meningkatkan kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol jahat. Obesiti juga menyumbangkan kepada level kolesterol yang tinggi, oleh itu berusahalah untuk mengurangkan berat badan ke tahap BMI yang ideal.

  • Pengambilan Suplemen

Dengan adanya diet seimbang dan bersenam, makanan tambahan atau suplemen juga boleh membantu proses menurunkan paras kolesterol dengan selamat. Suplemen yang baik untuk turunkan paras kolesterol adalah seperti :

  1. Vivix – Mengandungi pelbagai khasiat Phytonutrien untuk melindungi dan membaikpulih tubuh di peringkat sel dan DNA. Membantu meningkatkan tenaga dalam sel serta melambatkan pembentukan protein AGE yang melemahkan fungsi sel, serta mengatasi pengoksidaan kolesterol jahat seterusnya melancarkan peredaraan darah pada arteri.
  2. Phytocol st – Diperkaya dengan sumber sterol & stanol semulajadi.  Membantu tubuh menghalang penyerapan kolesterol berlebihan dan menyekat pembentukan kolesterol jahat (LDL).
  3. Omega Guard – Sumber Minyak ikan ultrapure yang mengandungi asid omega 3, DHA & EPA yang sangat baik untuk membantu mengurangkan risio sakit jantung dan strok.
  4. Garlic Complex – Mengandungi allicin yang membantu kesihatan kardiovaskular, mengawal tekanan darah tinggi, mengawal paras kolesterol dan meningkatkan sistem imun.
  5. Lecithin – Dihasilkan dari sumber Soy Lecithin yang membantu memecahkan dan menyingkirkan lemak dan kolesterol degil.

Testimoni Pengguna Set Kolesterol Shaklee



 

Anda salah seorang penghidap Kolesterol Tinggi? Sudah cuba bermacam cara tetapi Paras Kolesterol tidak turun ? Jadi tunggu apa lagi? Mahu cuba SET KOLESTEROL SHAKLEE sekarang juga sampai terus di depan pintu rumah anda? Klik sinii :

img_0336.jpg

Ataupun hubungi saya terus di Talian 016-8068065 / 016-8224030 , Facebook : Nieda Nuds untuk pertanyaan dan konsultasi lanjut.


 

(Visited 263 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge