Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu, Sabah

Faham sangat dengan kehendak pelancong, kerna bila saya dan keluarga bercuti ke luar daerah atau luar Negeri sekalipun, selalu juga akan ‘Google search’ Tempat Makan Sedap. Oleh itu, bagi anda yang datang ke Kota Kinabalu, Sabah dan tercari-cari di mana tempat makan sedap di sini, ini untuk anda:

Selain terdapat banyak tempat – tempat yang menarik untuk dikunjungi, Kota Kinabalu juga menawarkan pelbagai makanan yang sedap-sedap untuk penggemar makanan. Jom saya kongsikan Tempat Makan Sedap yang jadi kegemaran kami sekeluarga.

Berikut 10 Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu pilihan kami:

  • Gerai Seafood Pasar Malam Filifin
  • Warung Bandung Kepayan
  • Lucy’s Kitchen
  • Restoran D’Lengkuas
  • Restoran Prapheni Thai
  • Restoran Kedai Kek Lapis Sarawak
  • Restoran Malindo
  • Restoran Sri Keningau
  • Gayang Seafood Restaurant
  • Warung Saji Putatan

Selain senarai di atas, semestinya banyak lagi tempat makan di Kota Kinabalu yang belum saya huraikan di sini. Jom kita mulakan Food Hunting 🙂

Gerai Seafood Pasar Malam Filifin

Pasar malam yang dikenali sebagai Pasar Filipin ini memang popular di kalangan pelancong, selain terdapat Pasar Kraftangan, di sini juga terdapat pasar ikan dan sayur, pasar menjual makanan tradisi orang sabah seperti kuih cincin, keropok amplang dan macam-macam lagi. Tempat ini biasanya dibuka dari pagi hingga ke malam, manakala untuk pasar ikan dan sayur dan juga gerai makan seafood ini hanya dibuka selepas jam 5 petang hingga ke 10-11malam.

Terletak di tengah bandar Kota Kinabalu berhadapan Hotel Le Meridian Kota Kinabalu.Kawasan ini memang meriah dan aktif pada waktu malam. Bagi sesiapa yang tercari-cari makanan seafood yang fresh lagi murah berbanding di Restoran Seafood di sini lah tempatnya. Jangan lupa untuk cuba lobster, ikan merah, sotong, udang, seaweed, latok dan sambal belacan di sini. memang sedapppp.

 

 

Warung Bandung Kepayan

Warung yang berkonsepkan makanan dari Negara Indonesia ini juga menjadi kegemaran kami. Nasi Ayam Berlado, Nasi Ayam Penyet, Nasi Panggang + Ayam Kalasan, Nasi Ikan Bawal Goreng antara yang selalu jadi pilihan. Warung ini terletak di kawasan Kepayan berdekatan dengan Open Univerisiti Malaysia Sabah bersebelahan dengan Supermarket Boulevard Kepayan. Harga makanan juga berpatutan akan tetapi jika anda tidak mahu tertungu-tunggu meja kosong, elakkan untuk datang lunch hour. Ini kerana biasanya waktu itu warung ini selalu penuh dengan pelanggan. Sedap sangat bah hehe. Nombor telefon yang boleh dihubungi : 011-26869735 


Lucy’s Kitchen 

Terdapat 4 outlet iaitu di 88 Marketplace Kepayan, Metro Town, Imago Shopping Mall dan Kinabalu Golf Club Tanjung Aru. Antara menu kegemaran kami di Lucy’s Kitchen seperti Spaghetti Aglio Olio, Durian Pancake, Creme Caramel, Chicken Chop, Chicken Burger, Air Kedondong, Wat Tan Hor, Lee Chee Kang, Abc Lucy’s Special, Nasi Lemak Special dan banyak lagi, semua sedap-sedap menu di sini hehe.

 



Restoran D’Lengkuas

Bagi anda yang tercari-cari makanan popular orang semenanjung, di sinilah tempatnya. Kerang Masak Sambal, Ikan Patin Masak Tempoyak, Sotong Sumbat Masak Hitam, Daging Kawah dan banyak lagi jenis makanan yang sedap-sedap di sini. Restoran ini terletak di Sembulan, Kota Kinabalu berdekatan dengan Grace Ville Sembulan dan Grace Point Food Court. Biasanya ‘lunch hour’ memang sentiasa ramai pelanggan terutamanya orang malaya yang memang sesuai dengan selera mereka hehe.


Restoran Prapheni Thai

Restoran ini terletak di Petagas, Kota Kinabalu. Lebih kurang 2KM sahaja dari KK International Airport. Dari tepi jalan pun boleh kelihatan, iaitu sebelah kiri jalan jika laluan dari bandar KK. Makanan Ala Thai memang jadi kegemaran kami sekeluarga. Oleh kerana kawasan restoran ini luas, kami juga sering bawa ahli keluarga yang lain makan ramai-ramai sambut hari lahir di sini. Dalam sebulan kami akan datang sini 3 atau 4 kali jika malas masak di rumah hehe:) Antara menu kegemaran kami adalah Tomyam Seafood, Ayam Goreng Kunyit, Paprik Seafood, Ikan Masak 3 Rasa, Udang Goreng Tepung, Kerabu Sotong dan Meehon Tomyam.





Kedai Makan Santubong / Kek Lapis Sarawak 



Gayang Seafood Restoran 

Restoran Malindo

Restoran Sri Keningau

Warung Saji Putatan


 

(Visited 92 times, 6 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge