Tanda Tanda Batu Karang yang Menyakitkan

Batu Karang terbentuk apabila air kencing mengandungi garam galian atau zat kalsium yang bercampur dengan bahan bahan lain yang berlebihan menjadi pekat dan keras sehingga menjadi batu. Batu ini juga boleh membesar dan menyekat pengaliran air kencing sehingga menyebabkan kesakitan dan jangkitan.

tanda tanda batu karang
Batu karang boleh dilihat melalui sinar X atau melalui kaedah x-ray. Namun batu yang terhasil daripada asid urik mungkin tidak dapat dilihat atau dikesan secara x-ray. Ini kerana ia berlaku pada saluran kencing (saluran ureter) atau saluran buah pinggang.

Tanda – Tanda Batu Karang

  • Sakit bahagian belakang atau sisi di bahagian bawah tulang rusuk.
  • Rasa sakit datang 5-15minit sekali(tanda awal)
  • Air Kencing mengandungi darah
  • Air kencing keruh dan berbau busuk
  • Sering berasa mual dan muntah
  • Kerap Kencing
  • Demam mengigil
  • Lemah badan, muka pucat, kulit kering

Jenis Jenis Batu Karang

  • Calcium oxalate – batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium. Bentuknya bercabang dan tajam.
  • Calcium phospate – batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali.
  • Asid urik – batu karang yang terjadi hasil daripada metabolisme protein dan juga akibat dari serangan gout.
  • Cystin atau systine – Berlaku dikalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.(jarang berlaku)

Faktor dan Punca Batu Karang

  • Terlalu banyak mengambil makanan atau diet yang tinggi kandungan bahan kimia atau purine. Bahan kimia ini ada di dalam organ dalaman haiwan, angsa, ekstrak daging, makanan laut, telur ikan dan arak.
  • Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing atau bahasa mudahnya saluran kencing mungkin sedikit tersumbat.
  • Kegagalan buah pinggang berfungsi pada tahap normal.
  • Risko turut dipengaruhi oleh tahap metabolisme setiap individu.
  • Nanah dalam organ yang akhirnya mengeras. Nanah mungkin bermula akibat jangkitan kuman semasa kecil.
  • Kurangnya minum air dikatakan antara faktor utama penyebab sakit batu karang. Namun ada juga yang menyangkalnya
  • Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing.
  • Keadaan kerja yang tidak banyak pergerakan (seperti di pejabat atau kerjaya pemandu lori, teksi) dan kerja di luar yang terdedah kepada matahari.
  • Kajian turut menunjukkan 25 peratus pesakit batu karang mempunyai sejarah keluarga dan ini bermakna ia ada kaitan dengan faktor genetik.

Tips Mencegah dan Merawat Batu Karang

  • Minum air sekurang-kurangnya 1.5Liter air sehari
  • Kurangkan makanan yang tingi asid urik seperti makanan laut, daging merah.
  • Ambil suplemen untuk menghalang dan mendorong daripada terbentuknya batu karang seperti Lecithin, vitamin C, Alfalfa Complex, Viamin C dan Vivix Shaklee.

Testimoni Vivix Shaklee dan Batu Karang

batu karang dan vivix shaklee

Anda memerlukan Vivix Shaklee sekarang juga? klik di bawah untuk penghantaran terus ke rumah anda : Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus  di talian 016-8068065.img_0336.jpg

(Visited 692 times, 3 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge