Petang ni lepas hantar vitamin customer, ada masa sekejap bawa anak-anak ke Perdana Park Tanjung Aru KK, bawa anak-anak ke sini salah satu aktiviti kegemaran kami. Terdapat Playground untuk kanak-kanak, track larian, batu reflexologi dan persembahan air pancut muzik waktu malam yang menarik orang ramai untuk datang kesini.
Perdana Park berkonsepkan Taman dalam Bandar yang sesuai untuk semua individu. Malah, Taman ini juga mesra Oku ( Orang Kurang Upaya). Satu sebab juga saya rajin bawa anak-anak kesini adalah kerana Tiket Masuk kereta hanya Rm1.00, jika saya bawa anak-anak ke Kidzoona tiket masuk Rm15.00 seorang hehe😄 sekali sekala bolehlah main Taman dalam shopping mall beraircon, tapi disini lagi best udara semulajadi dikelilingi oleh tumbuhan sedap mata memandang.
Waktu operasi Perdana Park Tanjung Aru :
Weekdays: 6.00 pagi – 10.00 malam
Weekend : 6.00 pagi – 11.00 malam
Waktu Operasi Air Pancut Berirama:
7.00 malam – 9.00 malam
Bagi kamu yang ingin bawa anak-anak bermain dengan bajet yang rendah, bawa saja ke Perdana Park Tanjung Aru, suasana nyaman dan luas menanti. Semoga bermanfaat.
