Tag Archives: blog orang sabah

Cuti Tahun Baru Cina 2016

Assalamualaikum dan Selamat Pagi…

Cuti Tahun Baru Cina selama 4 hari ini adalah cuti yang siok bagi saya. Selain gembira dapat balik ke kampung, dapat juga menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu dan majlis kenduri papat jambul anak pada sepupu saya bayi comel yang diberi nama Dayangku Dea Natania.

Waktu cuti beginilah kita dapat rehatkan minda dan badan dari kesibukan kota dan kerja. Semalam aktiviti siok saya juga adalah bertemu dengan Pengedar Shaklee Beaufort yang hebat. Dia ni walaupun full time berkerja dengan kerajaan, dia berani mengambil  langkah untuk mencuri sedikit masanya memberi manfaat dan kepuasan pada orang sekeliling. Baginya, feedback terbaik daripada pelanggannya menjadi kegembiraan dan kepuasan.

 sabah blogger 
Pemilik Blog www.efratachild.com ini mempunyai niat berkongsi cerita dalam blog yang menjadi hobi barunya ini. Semoga ilmu yang telah saya sampaikan menjadikannya Blogger Hebat Sabahan ataupun di seluruh dunia suatu hari nanti.

Sambil belajar sambil makan di Restaurant Dapur Emas Beaufort. Hidangan yang kami pilih petang itu Chicken Chop dan Mee Kari yang sangat sedap. Dan, jika ada sesiapa yang teringin mempunyai blog laman sesawang sendiri boleh juga hubungi saya😍 Mari join group blogger kami.hehe:)

Selamat Tahun Baru Cina.Gong Xi Fat Chai😍😍😍

Dunia Baru Blog Baru

Perkenalkan blog terbaru saya yang menggunakan medium wordpress. Harapan saya lebih banyak dapat saya kongsikan dalam www.ceritakami.com  yang akan menarik perhatian anda. Tidak lupa blog pertama saya www.vitaminzahraa.blogspot.com masih beroperasi seperti biasa.

IMG_7133.JPG

Saya ibu tiga orang anak iaitu adi farid Hariri 8tahun, Adyana Zahraa 4tahun & Farish Zaydan 6bulan. Blog ini akan berkisar mengenai cerita kami sekeluarga, cerita melancong, cerita resepi & cerita vitamin kegemaran kami yang menjadi pendapatan untuk kami sekeluarga.

Saya Nieda Nuds & suami Yeoh Mohd adalah Pengedar Shaklee Sabah yang aktif bermula January 2013 hingga ke hari ini. Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh saja hubungi kami.