Sungai Tagal Kg Kinolosodon Kimanis

Semua maklum, Sungai Moroli di Kampung Luanti Baru Ranau adalah salah satu tempat menarik yang popular dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar Negeri. Saya juga sudah dua tiga kali berendam bersama-sama ikan kelah di sungai itu.

 sungai kampung kinolosodon ulu kimanis papar sabah
 Hari ini, Sungai Tagal di Kampung Kinolosodon pula sering menjadi sebutan terutama penduduk yang tinggal berdekatan. Setelah mendengar cerita dari kawan-kawan, akhirnya kami pun menjejakkan kaki sambil mandi manda di sana. Paling gembira adalah anak-anak.

Mesti ramai yang mahu tahu apa sebenarnya maksud Tagal kan? Dan kenapa ia di panggil Ikan Tagal? Tagal adalah Sistem yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Sabah yang bertujuan untuk menjaga Hidupan di Sungai itu dikawal agar ianya membesar dan membiak dengan selamat. Peraturan Sistem ini juga akan dikuatkuasakan oleh penduduk kampung itu sendiri. Antara peraturan Sistem Tagal adalah seperti Tidak boleh menangkap segala jenis hidupan di dalam sungai itu. Orang Sabah bilang sesiapa melanggar peraturan nanti kena Sogit! Ia bermaksud akan membayar denda dari segi wang ringgit. 

sistem tagal sabah Info untuk anda yang ingin kesana, perhentian Sungai Kinolosodon ini terletak di sebelab kanan sebelum Jambatan naik ke Keningau jika perjalanan dari sebelah Papar. Jangan terlepas naik sampai ke Banjaran Crocker pula.

Bayarannya pula hanya Rm1.00 seorang, dan jika ingin memberi makanan baja agar ikan-ikan kelah mengelilingi kaki anda, harga baja yang disediakan berharga Rm 5.00. Buat anda yang belum sampai ke Ranau kerana jauh dari tempat anda. Bolehlah ke Sungai Kinolosodon Ulu Kimanis saja. 

 sungai kinolosodon ulu kimanis 
Menariknya disini Air sungainya yang jernih bersih dan sejuk, Malah pemandangan sekelilingnya juga menarik mata memandang sesuai untuk membawa keluarga berkelah tepi sungai. 

Jom mandi sungai😆😆😆

(Visited 2,591 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge