Studio 3D Art Menarik di Kota Kinabalu

Sejak dua tiga menjak ni, asyik saya lihat gambar kawan-kawan beraksi dengan latar belakang lukisan yang hebat. Sangat menarik hinggakan saya tertarik bawa anak-anak dan keluarga mencari Studio 3D Art yang terdapat di Kota Kinabalu.

Setakat ini info yang saya ada adalah terdapat dua Studio 3D Art di bandar Kota Kinabalu ni iaitu di Oceanus Waterfront Shopping Mall dan One Borneo Shopping Mall.

 Tetapi hari ini saya akan kongsikan info dan gambar kami di “Ocean 7 Art Gallery” di Oceanus sahaja. Akan datang saya akan kongsi info Studio 3D di One Borneo pula, sebab buat masa sekarang saya pun belum masuk studio di sana lagi.

 ” Ocean 7 Art Gallery ” di buka pada jam 10 pagi hingga jam 10 malam setiap hari. Harga Tiket RM 28(Dewasa), RM18 (kanak-kanak 12tahun ke bawah), PERCUMA untuk kanak-kanak 3tahun ke bawah.

Latar belakang 3D yang menarik perhatian anak perempuan adalah lukisan Elsa Frozen. Cuba lah bawa anak-anak kamu ke sana, mesti diaorang suka.  Baju persalinan princess Elsa pun ada disediakan.

Saya kongsikan juga Gambar – gambar menarik saya dan keluarga sewaktu di sana. Diharap info ini dapat memberikan idea percutian anda dan keluarga sempena cuti sekolah ni. selamat bercuti…

(Visited 871 times, 2 visits today)

One thought on “Studio 3D Art Menarik di Kota Kinabalu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge