Sabandar Leisure Rides Tuaran, Sabah

Sejak Facebook Viral post tentang Sabandar Leisure Rides Tuaran ni, ramai kawan-kawan facebook saya dengan gambar menarik masing – masing berada di tempat yang disebut Koboi Town ni. Hari ini hari terakhir cuti persekolahan 2016, sempat pula bawa anak ke sini memandangkan family saya yang lain pun plan untuk ke sini. Buat yang belum sampai ke sini dan belum pernah sampai tuaran mesti tertanya – tanya di mana tempat ni kan? Nah, entri ini untuk anda😂


Sekiranya anda dalam perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu, ikut jalan ke Indah Permai ke Tuaran, anda akan melalui antaranya Salut (Gerai Kelapa Bakar), Gayang, Jambatan Sungai Mengkabong, Crocodile Farm, Restoran Ikan Bakar Kak June, Restoran Transit sehinggalah jumpa   signboard Jalan Bolong Tambalang, masuk dan jalan terus lagi dan masuk Jalan Sabandar. Selepas itu anda akan nampak signboard Sabandar Leisure Ride 2km. Jalan terus sampai ke hujung nampaklah tu kereta berbaris dengan orang ramai di sini hehe😅 Jalan Hujung lagi sampai ke Pantai Sabandar. Info ini untuk yang tidak pandai guna GPS, kalau yang biasa guna, cari jak guna GPS confirm sampai bah tu🤗


Menarik di sini antaranya Horse Ride, ManGrove Park, Bamboo Restaurant dan semestinya pemandangannya. Pesanan terakhir, siapa yang teringin sangat ke sini sila datang sebelum masuk berbayar haha😝 Ok layan jaklah gambar – gambar ni k, semoga bermanfaat 😍

(Visited 782 times, 3 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge