Rumah Terbalik ( Upside Down House) di Sabah

Antara tempat menarik di Sabah yang selalu disebut ramai adalah Rumah Terbalik di Tamparuli. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini mengambil masa lebih kurang 30 Minit untuk sampai. Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke Kundasang boleh singgah terus di sini kerana tempat ini memang laluan untuk ke Kundasang Ranau. Senang saja cari lokasi Rumah Terbalik Tamparuli ini, ianya bersebelahan dengan Stesen Minyak Shell Tamparuli.


Mesti ramai yang ingin tahu info harga tiket dan waktu operasi kan? Rumah Terbalik beroperasi dari 7 Pagi hingga 7 malam. Dan harga tiket rujuk gambar di bawah ya :


Keunikan dan menariknya Rumah Terbalik Tamparuli ini adalah semua yang ada di dalam rumah adalah di susun secara terbalik, dapur terbalik, katil, television, kereta, pasu bunga pun tergantung dengan terbalik. Aktiviti terbaru di sini terdapat 3D Museum dengan pelbagai latar belakang yang cantik dan nampak real bila anda bergambar. Jadi jangan lupa sediakan kamera dan memory card untuk dipenuhi dengan gambar-gambar menarik anda dan keluarga ya.

rumah-terbalik-tamparuli-sabah

Ini antara gambar saya dan anak-anak di kawasan luar Rumah Terbalik. Kenapa tiada gambar didalam rumah? Sebab… sebab dalam rumah tu tidak dibenarkan ambil gambar hehe 🙂 Sesiapa yang sudah pernah sampai di Rumah Terbalik ( Upside Down House) di Tamparuli Sabah boleh share gambar anda di bahagian komen. Gambar paling menarik saya boleh masukkan dalam entri ini. Insya Allah.

Semoga bermanfaat untuk anda yang suka jalan-jalan bercuti dengan keluarga tersayang😍

With Love,

Nieda Nuds, Si Penjual Vitamin Shaklee😄

(Visited 734 times, 4 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge