“Rumah Semut Tuaran” Tarikan Menarik Terbaru di Sabah

“Borneo Ant House” juga dikenali sebagai Rumah Semut Tuaran jadi sebutan orang ramai sejak akhir-akhir ini. Macam biasa bila ada tempat menarik seperti ini, saya akan cari masa untuk bawa anak-anak berjalan sambil mengisi masa lapang. So hari ini, sampailah kami di sini hehe:)


Borneo Ant House yang berkonsepkan galeri bawah tanah ini bagi saya menarik untuk dikunjungi seisi keluarga. Pintu Gerbang utama dengan replika semut gergasi menyuntik keterujaan anak-anak saya hehe. Bilik pertama yang akan kita jumpa adalah bilik pameran semut yang mempunyai 463 replika semut, kemudian bilik warisan budaya dan seterusnya bilik pameran pedang.



Selain galeri bawah tanah, di kawasan luarnya pula terdapat persekitaran keindahan semulajadi dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, juga rumah moden atas pokok, laluan pejalan kaki jambatan gantung dan kafeteria. Waktu Operasi bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala, Harga Tiket Masuk untuk rakyat Malaysia ialah RM9 (kanak-kanak berusia antara 7 dan 12 tahun serta warga tua) dan RM19 (dewasa); manakala bagi pengunjung antarabangsa pula RM18 (kanak-kanak berusia antara 7 dan 12 tahun serta warga tua) dan RM36 bagi dewasa. Macam tolong promote pula kan haha:)


Rezeki kami datang bulan ini kerana terdapat harga promosi yang bermula dari 1 Julai hingga 30 Julai iaitu RM 5 untuk kanak-kanak dan RM14 untuk dewasa. Jadi siapa mo harga tiket masuk lebih murah dari sepatutnya, singgahlah bulan ini hehe:) Bagi yang tidak tahu dimana terletaknya Borneo Ant House ni boleh guna google maps, tapi sebenarnya senang saja cari tempatnya sebab ia betul-betul tepi jalan menuju ke Kota Belud. Untuk lebih jelas, ianya terletak di sebelah kanan jalan jika dari Kota Kinabalu selepas Car Wash Semut dan sebelum masuk simpang ke SK Kindu Tuaran.



Sebelum balik sempat singgah di rumah kawan EJEN SHAKLEE TUARAN untuk beraya. Rezeki lagi kami dihidang dengan pelbagai juadah yang sedap. Alhamdulillah terima kasih tuan rumah, jauh perjalanan luas pandangan dengan perut kenyang hari ini hehe:) Semoga entri ini bermanfaat untuk yang memerlukan. Jumpa lagi:)

(Visited 523 times, 7 visits today)

One thought on ““Rumah Semut Tuaran” Tarikan Menarik Terbaru di Sabah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge