Road Trip Kota Kinabalu Sabah – Brunei – Kuching Sarawak

Percutian hujung tahun 2016 bersama keluarga kali ini kami memilih destinasi Kuching, Sarawak dengan menggunakan jalan darat (Road Trip). Perjalanan lebih kurang 1300KM yang mengambil masa lebih kurang 21jam ini memang agak memenatkan tapi kata orang jauh perjalanan luas pemandangan. Banyak Bandar, Daerah dan Pekan yang dapat kami lalui sepanjang laluan sampai ke Kuching. Antaranya dapat menjejakkan kaki ke Negara Jiran Brunei Darussalam, ke Bandar Miri, Sibu, Bintulu, Kuching dan melalui Pekan Lawas, Limbang, Tatau, Selangau, Mukah dan banyak lagi. Pengalaman percutian kali ini tentunya mencabar dan memenatkan. Tetapi pengalaman ini tidak boleh didapati dengan menaiki kapal terbang, road trip memang besttt😍

Road trip kk kuching

TIPS PERSEDIAAN UNTUK ROAD TRIP :

1. Kenderaan 

  • Pastikan kereta @ motor anda dalam keadaan baik, servis dan check kondisi kenderaan anda termasuk tayar dan enjin agar tidak menganggu dalam perjalanan anda nanti) 

2. Passport 

  • Penting untuk periksa tarikh pasport anda masih valid 6bulan sebelum tarikh expired.

3. Kad Kenderaan 

  • Diperlukan semasa memohon permit untuk membawa masuk kenderaan ke Negara Brunei. 

7. Wang Saku

  • Tukaran duit dalam Brunei Dollar juga diperlukan untuk membayar tol ketika sampai di Sungai Rasau (Kuala Belait)

8. Gadgets 

  • Telephone sangat penting untuk persediaan sebarang kecemasan. Camera pun penting juga untuk ambil gambar. Nanti rugi jalan jauh tiada gambar kenangan.

4. Pakaian

  • Pakaian yang mencukupi untuk percutian anda. Bila menaiki kenderaan sendiri tidak kisah berapa banyak yang ingin dibawa. Boleh jimat duit dobi.

5. Ubat-ubatan

  • Persediaan ini pun sangat penting sekiranya berlaku kecemasan. Persediaan suplemen untuk tenaga si pemandu seperti Cinch Tea Mix, Performance Drink, Vitalea Iron Formula ( Multivitamin/Multimineral) dan Bcomplex baik untuk menambah tenaga, elak mengantuk yang melampau, elak stress. Untuk penumpang pula pasti memerlukan Ostematrix seperti saya. Sakit pinggang duduk lama berjam-jam itu pasti ada hehe. Tidur lena bangun esok pagi segar.

6. Makanan 

  • Makanan dan minuman yang mencukupi elak kelaparan dan keboringan dalam kereta. Yang pastinya anda akan sentiasa lapar.



  • Hari Pertama ( Kota Kinabalu – Sibu ) (840km)

Hari pertama perjalanan boleh dikatakan sebagai “Hari Cop Passport Sedunia”. Pengalaman pertama kali bagi saya dan anak-anak, buku passport dicop sehingga 9 kali dalam masa sehari hehe:) Bagi si babah dah banyak kali sebab dia rajin konvoi ke kuching dengan geng motornya.  Dari Kk, kami bergerak selepas solat subuh jam 5.45 pagi, sampai pekan Beaufort jam 6.55 pagi, pekan Sipitang jam 7.30 pagi dan tiba di Sindumin jam 7.45 pagi di mana terletaknya sempadan Sabah – Sarawak. Rancangan hari ini adalah direct dari KK dan nitestop di Sibu.

Sempadan dan Pos kawalan yang harus dilalui dari Sabah (Sindumin) hingga ke Sarawak (Miri) adalah :

1.POS KAWALAN IMIGRESEN SINDUMIN, SABAH – POS KAWALAN IMIGRESEN MERAPOK (LAWAS), SARAWAK

Kedua-dua pos ini berada dalam bangunan yang sama. Ia merupakan pintu keluar Sindumin, Sabah dan pintu masuk ke Bahagian Lawas, Sarawak. Jika kita sekadar hendak ke Lawas, tidak perlu untuk cop pasport.:). Terdapat dua jalan kalau mau ke Lawas dari pos Merapok..1)jalan biasa merapok-lawas 2)jalan merapok-kuala lawas-kami memilih untuk ikut jalan ni sebab ada feri.Jarak perjalanan adalah dekat sedikit dari jalan biasa Merapok-Lawas.



2. POS KAWALAN IMIGRESEN MENGKALAP (LAWAS), SARAWAK – POS KAWALAN IMIGRESEN LABU (TEMBURONG), BRUNEI

Dari Lawas ke Mengkalap mengambil masa dalam 35 minit(27km). Sempadan ini pula merupakan pintu keluar Lawas dan pintu masuk ke Temburong, Brunei. Di Pos Labu, pembawa kenderaan Malaysia hendaklah ke kaunter kastam Brunei untuk mengisi borang permit membawa kenderaan. Permit ini sahlaku selama 3 bulan. Pemilik kenderaan hendaklah membawa salinan geran/kad kenderaan sebagai prosedur permohonan permit. Butiran yang diperlukan antaranya adalah penama yang menggunakan kenderaan tersebut,nombor enjin,nombor chasis dan tarikh tamat tempoh cukai jalan.


3. POS KAWALAN IMIGRESEN PUNI (TEMBURONG), BRUNEI – POS KAWALAN IMIGRESEN PANDARUAN (LIMBANG), SARAWAK

Lebih dikenali dengan panggilan Brunei kecil. Sempadan pintu keluar Temburong, Brunei dan pintu masuk ke Limbang, Sarawak. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Taman Rekreasi Hutan Bukit Patoi untuk begambar. Pos Imigresen Puni terletak beberapa kilometer dari pekan Bangar iaitu pusat pentadbiran Temburong. 

4. POS KAWALAN IMIGRESEN TEDUNGAN (LIMBANG), SARAWAK – POS KAWALAN IMIGRESEN KUALA LURAH, BRUNEI

Sempadan ini adalah pusat pemeriksaan keluar dari Limbang dan masuk ke Brunei (Bandar Seri Begawan).
Kami meneruskan perjalanan menuju ke Miri,sarawak menggunakan jalan pintas melalui jalan2 kampung.sebab kata suami jalan pintas boleh menjimatkan masa dalam 1 jam berbanding kita guna jalan biasa. kita akan jumpa satu tol di Kuala Belait.Tol ini adalah tol sebelum kita melalui Sg Rasau.Bayaran yang dikenakan adalah RB3=RM10 bagi kenderaan biasa dan RB1=RM3 bagi motosikal.


5. POS KAWALAN IMIGRESEN SUNGAI TUJOH(KUALA BELAIT), BRUNEI – POS KAWALAN IMGRESEN SUNGAI TUJOH (MIRI), SARAWAK.

Pos Sg Tujoh adalah pintu keluar Brunei dan pintu masuk ke Sarawak (Bahagian Miri). Tidak jauh dari pos pemeriksaan, kami melalui jambatan “ASEAN BRIDGE”

Kami tiba di Miri lebih kurang jam 12.00 tengahari. Di sini kami berhenti sebentar untuk refuelling minyak kenderaan dan makan tengahari.Sesudah itu kami meneruskan perjalanan ke Bintulu pada jam 1.30 petang yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dan berhenti sekejap di Bintulu untuk solat musafir dan refueling minyak kenderaan.Pergerakan keluar dari bandar Bintulu ke Sibu agak perlahan kerana clash dengan waktu orang keluar dari pejabat iaitu pada jam 5.00 ptg.Dari Bintulu, kami melalui beberapa pekan kecil seperti Selangau dan Tatau.

Jalan dari tatau ke sibu juga agak perlahan, kerana hujan lebat dan banyak jalan rosak. alhamdulillah, kami tiba di Sibu pada pukul 8.45 malam dan menginap di Hotel Garden iaitu antara hotel yang menyediakan parking kereta kawasan hotel.Sampai di Sibu, kami disambut oleh rakan-rakan moto babah dan kami makan malam bersama. Selesai makan kami terus balik ke hotel. Perjalanan disambung esok..

  • Hari kedua ( Sibu – Kuching)
  • Hari ketiga ( Kuching)
  • Hari keempat (Kuching)
  • Hari kelima ( Kuching – Miri)
  • Hari keenam ( Miri – Brunei – Kota Kinabalu)

Bersambung di PART 2 :

(Visited 218 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge