Restoran Seafood di Tawau

Mengimbas kenangan 5@6 tahun lepas sewaktu masih berkerja. Dahulu kerap juga saya outstation bersama rakan sekerja di sini. Hari ini saya dan anak-anak datang ke Tawau sebagai Suri Rumah bekerjaya dan mengambil peluang bercuti dalam negeri sementara ikut suami kerja.

Datang ke Tawau tidak sah untuk tidak makan makanan Seafood di sini. Jangan lepaskan peluang ya, sebab seafood di sini murah berbanding di Kota Kinabalu.

Restoran Seafood pertama yang kami kunjungi kali ini adalah ” Restoran Seafood Sri Titingan “. Restoran ini terletak di Jalan Tawau Lama. Untuk info selok belok ke sana, call saja nombor telefon yang tertera pada signboard Restoran Sri Titingan(lihat pada gambar).

Restoran ini sangat sesuai untuk seisi keluarga dan boleh menempatkan ramai pengunjung pada satu-satu masa. paling penting harga di sini sangat berpatutan dan murah. Menu yang kami pilih “Ikan siakap masak stim, udang goreng butter, Sayur kailan ikan masin, sup jagung isi Ketam. Minuman Chinese tea, air suam. Bayaran hanya Rm 44.00+. Murah kan?

 P( t  
   

Restoran kedua adalah  “Makanan Laut 101”. Seingat saya ini kali kedua saya makan di Restoran ini. Restoran ini berada di kawasan berdekatan dengan Stesen bas tawau. Jika anda tercari di mana terletaknya Restoran ini. Call Saja nombor telefon yang tertera di dalam resit(lihat pada gambar) Dan masakannya memang mabeles sedap.hehe:) 

Di sini menu yang kami pilih “ikan putih masak stim limau pedas, udang masak butter, kunau masak sos tiram, sayur masak bawang putih, sambal udang petai”. Pesanan di sini terlebih sedikit dari semalam, hari ini nafsu makan tu pelik sedikit.haha:) bayarannya rm90++, boleh tgok gambar resit di bawah. Confirm puas hati makan di sini , sedap owhhh…

   

Sedikit info ini untuk orang luar dari Tawau yang ingin datang ke sini kerana semestinya orang Tawau sendiri lagi arif di mana Restoran-Restoran sedap di sini. Seterusnya menjadikan entri ini sebagai kenangan pada kami sekeluarga. Restoran seafood di sini sangat banyak, buat masa sekarang saya kongsi cerita dua Restoran ini dulu, lain hari saya kongsi lagi. Panjang umur Insha Allah datang Tawau lagi.

(Visited 3,614 times, 3 visits today)

2 thoughts on “Restoran Seafood di Tawau”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge