Serunding udang kering ni adalah kegemaran suami saya. Maka, sangat lah tidak sesuai kalau resepi mudah begini pun saya tidak pandai masak.haha😁
Serunding ni jika kena caranya, boleh tahan sehingga seminggu, jadi tidak hairan lah saya sanggup bawa 21jam dalam kapal untuk bekalan di USA bulan ogos lalu. Tekak melayu kan.hehe😄
Ok jom kita baca macamana mudahnya saya buat Serunding yang sangat sedap ni.
BAHAN2:
500gm Udang Kering – rendam, tapis & tumbuk
2 ulas Bwg Merah*
1 ulas Bwg Putih*
Garam, Serbuk perasa,Minyak
CARA2:
Panaskan minyak & tumis bawang yang sudah di tumbuk atau dikisar.
Masukkan udang kering.
Masukkan garam, serbuk perasa.
Kacau sehingga sebati & kecilkan api.
Kacau kerap sehingga kering (jgn terlalu kering).
Dan siap….lepas tu, boleh lah Makan dengan Nasi Panas, Kelupis pun sedap. Opps makan dengan Maggie pun sedap juga.hehe:)
Selamat mencuba😄
(Visited 6,557 times, 1 visits today)
