Hari ini dah puasa ke 15 Ramadhan, untuk ibu – ibu, kakak – kakak yang ada masa tu boleh lah sekali sekala buat persiapan berbuka sendiri di rumah. Mudah saja buat popiah ni, selain sedap tentu saja anda berpuas hati dengan hasilnya yang berisi dan padat.Isi popiah tu adjust la kasi banyak sikit.hehe.
Bukan salahkan si penjual popiah ya..sebab diaorang mahu juga jimat kos barang dan hasil jualan. Jadi, kalau teringin makan popiah yang padat. Sila la buat sendiri.
[Resepi Popiah Sayur + Udang]
1 biji bawang merah [dikisar]
1 biji bawang putih [dikisar]
1/2 biji bawang besar (dipotong halus)
10 ekor udang bersaiz sedang (dipotong kecil)
1 biji lobak merah (diparut/disagat memanjang)
3/4 sayur kobis (dipotong halus)
5 btg sayur kacang panjang (dipotong halus)
Sedikit garam
Minyak zaitun
Kulit popiah
Sedikit air (untuk melekatkan kulit)
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar & bawang besar sehingga naik baunya.
2. Masukkan udang dan tunggu sebentar. Masukkan pula lobak merah,kobis dan sayur kacang panjang. Masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak.
3.Angkat dan sejukkan intinya.
4.Selepas intinya sejuk, gulung popiah tadi menggunakan kulit popiah. Di hujungnya, lekatkan sedikit menggunakan air tadi agar tidak terbuka gulungan.
5. Goreng sehingga kekuningan dan keemasan (Api kecil). Boleh dihidangkan bersama sos cili atau sos thai.
Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya, jangan malu-malu.
Selamat mencuba.
