Sempena Tahun Baru 2016, saya belanja Resepi Sotong Masak Hitam yang juga ada lah makanan kegemaran kami sekeluarga. Resepi mudah ini juga adalah tunjuk ajar daripada mentua saya. Almaklum, apa saja yang suami suka makan haruslah ku belajar hehe😅
1000gm Sotong Segar – buang isi perut / tapis air cucian / dakwat hitam jangan dibuka (untuk lagi sedap dan pekat)
2 ulas Bwg Merah*
2 ulas Bwg Putih*
Kicap Manis Cap Ayam ( Hanya ada di Sabah )
Cuka Makan
Garam, Serbuk perasa, gula, Minyak
CARA2:
Panaskan minyak & tumis bawang yang sudah di tumbuk atau dikisar.
Masukkan Kicap sesedap rasa & Sedikit Cuka – tumis sekejap hingga sedikit garing.
Masukkan Sotong,
Masukkan garam, serbuk perasa, gula sesedap rasa.
Kacau sehingga sebati & Kacau kerap sehingga masak, kering dan pekat.
Dan siap….lepas tu, boleh lah Makan dengan Nasi Panas. Memang mabelesss 😋😋😋
Saya kongsi juga Gambar Kicap Buatan Keluaran Cap Ayam dari Sabah ini ya, sebab di semenanjung memang tiada Kicap ni hehe☺️
Selamat mencuba😄
