Assalamualaikum semua..
Salam Aidiladha saya ucapkan untuk semua, selamat pulang ke kampung masing – masing dan hati-hati dalam perjalanan. Biar lambat asal selamat ya…
Sempena raya korban ni, saya mahu kongsi resepi kuah kacang mudah dari mak mentua saya. Sudah 2tahun raya saya buat kuah kacang sendiri untuk dihidang pagi raya. Kalau sebelum – sebelum tu belum pandai lagi. Kesian kan?😅😂😅Sekarang dah pandai boleh lah saya kongsi resepi di sini. Lepas ni siapa yang baru mahu belajar masak kuah kacang,sila lah cuba resepi ringkas ni.hehe:)
- 500 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
- cili kering kisar @ cili boh jenama “Sampan”(boleh tambah/kurang ikut suka)
- 4sekawan (kayu manis, bunga lawang,cengkih,pelaga)
- Minyak, garam dan gula (mengikut citarasa)
- Air secukupnya
BAHAN KISAR :
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
CARA MENYEDIAKAN :
- Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk. Tumis 4sekawan,bahan-bahan kisar dan cili kering. Masak lama hingga pecah minyak.
- Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
- Masukkan gula dan garam secukupnya.
- Hidangkan setelah masak.
TIPS
- Untuk mengelak kuah menjadi terlalu cair, elak masukkan terlebih air. Jika terlebih memang susah akan pekat.
- untuk mencantikkan kuah dan tahan lama, masak lama sedikit sehingga pecah minyak dengan api perlahan.
Mudah kan?hehe,selamat mencuba 😄
(Visited 873 times, 1 visits today)
