Puding Kelapa Lokan Panggang terkenal di Kota Kinabalu,Sabah.

Assalamualaikum…

Hari ini saya kongsikan lagi antara tempat menarik untuk menjamu selera yang patut anda kunjungi ketika berkunjung ke Kota Kinabalu, tempat ini terletak di Salut menghala ke Tuaran. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 20 ke 30 minit dari bandar KK jika jalan tidak sesak. Ia juga berdekatan dengan Politeknik Kota Kinabalu dan Gayang Seafood Restaurant. Apa yang menarik dan terkenal di sini adalah puding kelapa dan lokan panggangnya yang sangat sedap. 

puding kelapa salut Terdapat lebih kurang 20gerai di sini yang menjual menu yang sama, tapi ada satu gerai yang menjadi kegemaran saya dan suami sejak dulu iaitu Gerai Kak Tini. Selain puding kelapa menu seperti soto ayam daging, mee goreng dan nasi goreng pun ada disediakan. Harga untuk kelapa dan lokan boleh lihat di gambar ya.. 

salut kak tini  
 
 salut tuaran  
puding kelapa  shaklee sabah kk 
Saya ke sini dengan tujuan menghantar vitamin shaklee ke Shang Ri La Resort Tuaran, disebabkan saya lalu jalan yang sama boleh lah saya singgah menikmati menu kegemaran saya dan keluarga ni, jadi lepas ni sesiapa yang suka makan puding kelapa dan lokan yang segar dan sedap boleh lah datang dan cuba makanan di salut pula. Selamat mencuba.  

(Visited 2,602 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge