Perlukah Suplemen Untuk Tubuh Anda?

Tubuh yang sihat, cergas dan bebas dari pelbagai penyakit adalah nikmat kehidupan. Tubuh badan yang sihat semestinya memerlukan nutrisi yang cukup dan pemakanan seimbang yang diambil setiap hari. Begitu juga dengan amalan gaya hidup yang sihat.Namun begitu, dengan gaya kehidupan masa kini yang sibuk, penat, stress dan terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas di luar sana. adakalanya tubuh memerlukan nutrisi ekstra dan pengambilan suplemen yang boleh memenuhi khasiat yang diperlukan. Walaupun begitu, anda kena berhati-hati dalam memilih suplemen, dan elakkan memilih suplemen sembarangan kerana seandainya tubuh tidak memerlukannya, ia kurang memberikan manfaat.


Dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam suplemen, ia memberi banyak kebaikan dan kelebihan kepada tubuh. Antaranya :

  • Meningkatkan Metabolisme Badan
  • Penting untuk “Vegetarian”
  • Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Suplemen Khas untuk Wanita

Bilakah Badan Anda Memerlukan Suplemen?

  • Apabila keletihan dan penat setelah melakukan aktiviti yang menggunakan banyak tenaga
  • Apabila tubuh mula merasa sakit, tidak selesa dan mula berasa amat lesu. Keadaan ini memberi isyarat bahawa badan memerlukan suplemen.
  • Apabila terjadi ketidakseimbangan dalam tubuh terutama yang berhubungan dengan sistem metabolisme tubuh.
  • Apabila badan terlalu terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas yang tinggi atau ketika berdepan cuaca buruk.
  • Apabila wanita hamil yang sememangnya amat digalakkan mengambil suplemen yang bersesuaian.
(Visited 33 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge