Percutian Bajet ke Hong Kong dari Kota Kinabalu Tanpa Travel Agent

Percutian kami sekeluarga ke Hong Kong selama 6 hari 5 malam tanpa Travel Agent March lalu alhamdulillah dipermudahkan. Bagi sesiapa yang ingin bercuti dari Kota Kinabalu ke Hong Kong bersama anak-anak, entri ini untuk anda. Banyak tempat menarik di Hong Kong untuk seisi keluarga terutama bagi kanak-kanak seperti Hong Kong Disneyland, Ocean Park, Victoria Peak (Sky Terrace), Wetland Park, Ngong Ping Cable Car, Madame Tussauds dan banyak lagi untuk dinikmati (baca sampai habis kalau mahu tahu lanjut hehe).

Hong Kong 🇭🇰 

Hong Kong mempunyai keunikan tersendiri, kota metropolitan yang membangun dengan bangunan – bangunan tinggi mencakar langit, mempunyai sistem pengangkutan yang moden juga kehidupan yang menampilkan gabungan seni budaya pertemuan timur dan barat nampak indah di mata saya. Seminggu di Kota Hong Kong bagi saya selamat dan mendamaikan, tiada perasaan takut ataupun gentar berada di Negara itu melihat kehidupan mereka yang sibuk dengan hal masing – masing setiap hari.


Hong Kong terbahagi kepada 3 pulau iaitu Hong Kong Island, New territory dan Lantau. Gambar dibawah ni kami sedang berada di New Territory Island, dan belakang tu adalah Hong Kong Island. Menariknya, Sistem pengangkutan yang efisien menggabungkan pulau2 tersebut. Manakala, Hong Kong mempunyai iklim sub-tropika dengan pelbagai musim.

  • Musim Bunga (Mac ke Mei)

Suhu dan kelembapan meningkat. Waktu malam mungkin sejuk. Suhu purata: 17⁰C – 26⁰C

  • Musim Panas (Jun ke Ogos)

Panas, lembap dan terik, dengan hujan sekali-sekala dan ribut petir. Suhu boleh melebihi 31⁰C tetapi tahap kelembapan yang tinggi boleh menjadikannya lebih panas. Suhu Purata: 26⁰C – 31⁰C

  • Musim Luruh (September ke November)

Terdapat tiupan angin yang menyegarkan, sinaran matahari yang banyak dan suhu yang selesa. Ramai yang menganggap inilah bulan-bulan terbaik untuk melawat Hong Kong.Suhu purata: 19⁰C – 28⁰C

  • Musim Sejuk (Disember ke Februari)

Sejuk, kering dan berawan, dengan kesejukan sekali-sekali. Suhu boleh turun hingga bawah 10⁰C di kawasan bandar.Suhu Purata: 12⁰C – 20⁰C

(credit to : www.discoverhongkong.com)


Sewaktu kami disana (16 March hingga 21 March 2017) adalah musim bunga, tapi kota hong kong tidak banyak bunga. Kami hanya dapat melihat sedikit bunga yang mekar di kawasan Disneyland dan Ocean Park sahaja. Cuaca hari pertama hingga hari ketiga kami disana adalah sejuk dingin. siang 17c dan malam boleh sampai 15-16c. Hari keempat hujan. hari kelima dan keenam baru nampak matahari cuaca sedikit panas 21c . Dan yang pastinya tidur malam kami matikan aircon(tersangatttt sejuk hihi). Seminggu sebelum bertolak boleh check weather untuk persediaan awal. Macam kami dah ready baju hujan beli dari KK. Murah sikit hehe.

10 TIPS- TIPS PENTING KE HONG KONG

1. PASSPORT

Pastikan pasport valid 6 bulan dari tarikh expired. Tidak perlu memohon Visa untuk ke Hong Kong, cukup sekadar passport.

2. TEMPAT PENGINAPAN 

Sekiranya anda baru kali pertama ke Negara tersebut. Lebih baik dapatkan (booking) dulu tempat penginapan untuk memudahkan perjalanan anda nanti. Tempat penginapan kami di Hong kong adalah di kawasan Hong Kong Island iaitu Hotel Wharney Guang dong, Wan Chai. Sebulan atau seminggu sebelum bertolak anda boleh memilih tempat penginapan pilihan dari apps booking.com, agoda, trivago ataupun airbnb.

harga hotel di hong kong
Tempat penginapan yang popular bagi pelancong Malaysia adalah di kawasan Tsim Tsa Tsui seperti di Chungking Mansion. Satu yang perlu anda tahu, kebanyakan bilik hostel @ hotel di Hong Kong adalah sangat kecil. Dan harga pun boleh tahan mahalnya. Jika anda travel bujang tanpa anak-anak mungkin boleh ambil kawasan tsim tsa tsui kerana cari makanan halal pun senang. Tapi bila dengan anak-anak kena fikir 10kali lah ehehe. Bayangkan bilik keluasan 10m ada dua katil double dan tandas. Mahu solat pun susah hehe. So kami pilih jauh sikit dari kawasan tsim tsa tsui mencari keselesaan hehe.

Hotel wharney guong dong semalam berharga rm500++, keluasan lebih kurang 22m, dua katil single, ada bath tub, bersih, housekeeping service tip top dan hanya 300meter dari stesen MTR Wan Chai. Terasa juga rugi sebab seharian keluar dari bilik. Tapi dapat rehat dan tidur yang selesa itu penting bagi saya hehe😬

Tips penting bila memilih tempat penginapan, pastikan hotel berdekatan dengan MTR (mudah kemana-mana), Free Cancellation dan berbaloi dengan harga bilik.

3. IMMIGRATION CARD

Ini antara sebab kenapa memilih tempat penginapan sebelum bertolak itu penting. Dalam kapal terbang nanti, Pramugari akan tanya anda jika memerlukan Immigration Card atau tidak. Bagi pelancong, mengisi dan menyimpan kad ini penting sehingga kita keluar dari Negara tersebut. Di Airport sebelum melalui kaunter imegresen juga ada menyediakan “Immigration Card” ini sekiranya belum dapatkan dan isi dalam kapal.

passport visa ke hong kong

Nama, Nombor passport, Flight Nombor, Alamat tempat penginapan ketika di Hong Kong antara maklumat yang penting untuk diisi. (Rujuk Gambar diatas) Bagi yang selalu travel ke luar negara mesti dah biasa isi borang ni kan hehe.

4. INTERNET

Keluar saja dari perut kapal boleh sudah update status di Facebook hihi, jangan risau, Hong Kong International Airport menyediakan Free Wifi. Ada dua pilihan yang boleh anda ambil samaada membeli simkad ataupun menyewa “Pocket Wifi” ketika berada di Hong Kong.

beli-simkad-di-hong-kong

Dari pintu Arrival Hall anda boleh nampak Kaunter A16 untuk Pocket Wifi Rental. Manakala, Kedai 1010 (sebelah kanan) berdepan dengan McDonald pula untuk membeli “Tourist Sim Kad” yang berharga 118HKD untuk 5GB data selama 8 hari. Boleh guna 48HKD untuk panggilan tempatan dan antarabangsa. Pengaktifan kad mengambil masa kurang dari 5 Minit. Tapi kami sampai hotel baru aktifkan sebabnya kepuasan guna Wifi Airport hehe.

harga-tiket-disneyland-hong-kong-2017
5.TIKET TAMAN TEMA

Tiket-Tiket taman tema (Disneyland, Ocean Park, The Peak, Madame tussauds, Ngong Ping 360) ni boleh jak beli online ataupun walk in. Tapi kami pilih untuk beli di kaunter China Travel Service (CTS). Beli tiket awal dapat jimatkan masa daripada berbaris membeli tiket (walk in). Harga memang ada beza, lebih murah dan jika anda beli dengan harga combo lagi jimat hehe. Tempat ni hanya terima urusniaga secara TUNAI sahaja. Kaunter CTS ni bersebelahan saja dengan kaunter untuk sewa pocket wifi. Keluar saja dari Arrival Hall dah boleh nampak depan-depan.

kaunter-cts-airport-hong-kong-tiket

harga-tiket-madame-tussauds-hong-kong
6.ATM CARD

Tips supaya anda boleh mengeluarkan duit dari kad Atm anda ketika di Hong Kong ialah anda perlu aktifkan dahulu untuk penggunaan antarabangsa sebelum bertolak. Hubungi Bank ataupun Set dari mesin Atm pun boleh (contoh: Kad Debit Maybank). Manalah tahu cash yang kamu bawa tidak cukup, nanti boleh ambil di mana-mana bank di Hong Kong. HSBC bank ada tersedia di HKIA (keluar dari Arrival Hall belok kiri)

money-changer-terbaik-di-kota-kinabalu
Di Kk kalau mahu tukar duit saya biasa ke Wisma Merdeka, banyak juga kedai Money changer sana, tapi selalu tukar di (Focurex Services Sdn Bhd) saja dari dulu lagi.Tukaran duit kadang beza dari money changer lain. Kadang boleh dapat lebih hihi.

7.OCTOPUS CARD

Konsep Octopus Card lebih kurang macam Touch & Go, Banyak kegunaan Octopus Card ni untuk memudahkan perjalanan. Boleh guna untuk naik bas, ferry, train, tram, beli air di mesin pun boleh hehe. Mahu beli kad ni di Airport juga. cari kaunter Airport Express (rujuk gambar) berhadapan Arrival Hall.

harga-octopus-kad-hong-kong
Harga Octopus Card 150HKD untuk dewasa dalam kad ada 100HKD dan 50HKD sebagai deposit. Untuk kanak-kanak antara 3-11 tahun kad berharga 70HKD didalam kad ada 50HKD. Anak saya Farish Zaydan Free saja sebab bawah 3 tahun hihi save bajet. Kalau duit dalam Card habis, bole reload di Stesen-Stesen MTR, Ferry dan Kedai 7 E. Sebelum balik Malaysia jangan lupa pulangkan Octopus Card di tempat itu semula ya.. Nanti boleh dapat balik deposit 50HKD dan nilai baki semasa.

octopus-kad-bas-mtr-tram-ferry-hong-kong
 8.PENGANGKUTAN

Sistem pengangkutan di Hong Kong memang best. MTR, Bas , Star ferry, Ding Ding Tram dah kami naiki, kecuali Airport Express hehe. Dari Airport anda boleh pilih mahu naik Aiport Express atau Bas. Kami pilih naik bas saja dari Airport ke Wan chai sebab mahu jimat hehe. Airport Express seorang 100HKD, naik bas baru 40HKD. Banyak “Transportation Information” yang disediakan, sangat memudahkan perjalanan ke mana saja. Untuk ke Wan Chai kami menaiki Bas A11. Lagi best naik bas doubel decker ni tau, boleh nampak keindahan Hong Kong dari atas.

bas-terminus-dari-aiport-hong-kong

Ke Hong Kong Disneyland dan Ocean Park kami hanya menggunakan MTR, ke Lantau Island (Tsim Tsa Tsui) menggunakan Star Ferry, manakala kami ke The Peak dan Madame Tussauds menggunakan Bas. Hari terakhir kami disana baru dapat mencuba untuk menaiki Tram dari Lockhart Road ke causeway bay. Apa yang kami tahu, Tram ini hanya beroperasi di kawasan Pulau Hong Kong sahaja. So sesiapa yang tinggal di area Tsim Tsa Tsui yang mahu mencuba menaiki Tram kenalah ke seberang pulau ya hehe.

hong kong tram
9.PETA BERGERAK

Seminggu kami disana, kami hanya guna google map. Sebelum keluar dari bilik hotel tu memang dah plan dan cari arah, kena naik apa untuk ke sesuatu tempat. Suami saya jak yang handle semua tu, saya tidak pandai sangat bab map ni memang bidang dia, almaklum orang surveyor hehe. Selain tu, sekiranya tiada line internet anda boleh cuba download apps Maps.Me atau Triposo atau mana-mana apps yang boleh digunakan ketika offline. Dan sewaktu sampai di HKIA tu dalam Arrival Hall ada Hong Kong Tourism Board. Ambil jak  mana-mana info dan map yan anda perlu semuanya PERCUMA. Biasanya di lobi hotel penginapan ada tersedia. 


10. MAKANAN & BOTOL AIR

Masuk Hong Kong tidak secerewet seperti masuk Australia atau Negara lain. Makanan-makanan dari Malaysia kami letak dalam bag kargo senang jak bawa masuk. Makanan dalam tin, maggie, minuman 3 in 1, biskut, roti, koko crunch dan Vitamin Shaklee ( Ostematrix, Vivix, Vitalea Multivitamin, Omega guard, Nutriferon) antara bekalan kami sewaktu disana. Di Hong Kong agak susah cari makanan halal. Adapun semua jauh-jauh hehe.

makanan-travel-mudah-bawa-masuk-negara-orang

Antara tempat makan halal di Hong Kong yang kami masuk adalah Islamic Canteen di Tingkat 5, Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick di Wan Chai. Dan Hungs Chinese Restaurant di Chungking Mansion Tsim Tsa Tsui. Sehari sekali saja kami cari makan di Restoran. Selebihnya kami akan makan bekalan dari Malaysia. Bajet untuk makan di Hong Kong memang mahal. Paling bajet pun rm200 untuk kami 5 orang sekali makan. huhu. Botol air jangan lupa bawa kemana-mana, seperti biasa Negara china ni kebanyakkannya tiada paip air dalam bilik tandas. Selain tu, banyak juga tempat yang menyediakan mesin penapis air percuma seperti di Hong Kong Disnyeland. Air Mineral disana botol kecil tu pun dah rm 4 – 5 sebotol. so boleh jimat lagi..hehe.

BAJET KE HONG HONG

Mesti ramai yang ingin tahu BAJET  percutian kami dari Kota Kinabalu ke Hong Kong kan hehe. Apa yang saya boleh rumuskan disini adalah anda hanya kena fokus dengan point-point dibawah :

1. Tiket Kapal Terbang dari Kota Kinabalu ke Hong Kong (Air Asia memang bajet)

2. Pengangkutan Octopus Kad ( MTR, Bus, Tram, Star Ferry)

3. Tempat Penginapan (Hotel atau Hostel).

4. Tiket Taman Tema (Disneyland, Ocean Park,etc)

6. Makan & Souvenier

Saya belum kira secara spesifik, tapi apa yang saya boleh tulis sekarang adalah bajet kami sekeluarga 5 orang (2 deasa, 3 kanak-kanak) pada percutian kali ini adalah kurang daripada Rm10 k.

Entri Hari ke Taman Tema seperti Hong Kong Disneyland, Ocean Park, The Peak, Madame Tussauds akan menyusul. Tunggu ya hehe 🙂

(Visited 415 times, 7 visits today)

3 thoughts on “Percutian Bajet ke Hong Kong dari Kota Kinabalu Tanpa Travel Agent”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge