FETUS mendapat semua khasiat yang diperlukannya melalui apa yang ibu hamil makan. Ia bukan sahaja penting ketika sedang hamil, tetapi juga sangat penting untuk persediaan ibu yang ingin hamil. 3bulan atau setahun sebelum hamil juga disarankan ambil Asid Folik dan Zat Besi untuk pembentukan fetus yang sihat.
Pernah ada seorang kakak datang memberitahu saya bahawa dia sudah 4 Kali keguguran dan Doktor mengesahkan yang kandungannya tidak ada jantung. Dia juga beritahu yang dirinya kemungkinan tidak cukup Zat Besi Asid Folik. Dengan pengalaman ini, saya terfikir untuk kongsi betapa pentingnya keperluan Asid Folik dan Zat Besi pada Ibu Hamil.
Kekurangan Zat Besi dan Asid Folik boleh menyebabkan kecacatan pada saraf dan tiub neural bayi, malah ibu hamil cenderung mengalami anemia yang berkemungkinan menyebabkan anda melahirkan bayi kurang berat badan ataupun keguguran.
Asid Folik adalah Vitamin B yang penting untuk mengekalkan kesihatan anda dalam kandungan. Dalam beberapa minggu pertama, Asid Folik amat diperlukan untuk perkembangan sistem saraf utama bayi. Asid folik juga penting dalam pembentukan sel darah merah untuk elakkan anemia. Tubuh badan manusia tidak mampu untuk menyimpan nutrien ini dalam tempoh yang lama. Oleh itu, ibu hamil harus mendapatkan bekalan asid folik yang dimasukkan dalam menu seharian. Antara sumber sayur-sayuran yang mempunyai Asid Folik adalah Sayur sayuran berdaun hijau seperti Brokoli, bayam, sawi dan kangkung.

Wahh menarik sekali ulasannya. Sememangnya keperluan vitamin adalah kritikal bagi ibu hamil. Perlu pastikan ianya mencukupi. Teruskan berkongsi kebaikan puan.
Selamat maju jaya! 🙂
adilah manaf recently posted…Vitamin Semulajadi Untuk Ubati Penyakit Gout