Penjaram Terkenal di Tamu Kinarut

Salam hujung minggu dan selamat beristirehat bersama yang tersayang😘

Pagi ini encik somi belikan kuih penjaram kegemaran saya dari tamu kinarut, sejak kahwin dengan encik somi la pandai makan ni kuih. Kuih ni antara kuih yang terkenal di kalangan masyarakat bajau. Kalau kaum saya bangsa bisaya beaufort memang jarang ada kuih ni di kampung hehe😄

resepi kuih penjaram
Banyak juga tempat yang menjual Kuih Penjaram ni di tamu, tapi hanya satu saja tempat yang saya dan suami selalu beli. Sebab apa? sebab tempat makcik ni dia masak terus dari sana, jadi boleh makan panas-panas. Rasa pun ok tidak manis sangat, sedapppp😋

Tips mahu dapatkan kuih dari makcik ni kena datang awal pagi, sekitar jam 7 pagi biasa ada sudah berjual dan ramai lah yang menunggu giliran kuih mereka di masak hehe:) Datang lambat selalunya kecewa, cepat habis pula tu huhu😅

Semoga berterusan lah makcik tu berjual sampai bila-bila, sebab mahu buat sendiri memang rumit, bolehlah kami beli selalu hehe😁 Lainkali saya belajar masak kuih penjaram dengan mentua saya sebab dia pun buat sedap juga hehe😄

opss hampir lupa! ni gambar makcik ni hehe😘 harga kuih ni RM 2.00 untuk 5biji kuih, ada dua perisa iaitu perisa pandan dan perisa asli(gula melaka).

resepi kuih penyaram
Sekian perkongsian hujung minggu😘

(Visited 93 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge