PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG KINABALU(Part II)

Hari kedua 

15 Mei 2013(Rabu)
 
Jam 1.30 pagi, guide kejutkan semua orang untuk ready pendakian seterusnya. Semalam tidur memang tidak lena dengan cuaca sejuk yang ekstrem. Sekejap-sekejap terbangun disebabkan baju yang saya pakai terasa lembap dan basah. Sabar jak lar..huhu 🙂 Makanan untuk sarapan pagi disediakan di bawah@Laban Rata. Tetapi memandangkan hujan masih turun dengan lebat, kami hanya makan bekal makanan yang kami bawa. Setelah siap makan, sekadar untuk alas perut, kami pun mempersiapkan diri untuk mula mendaki. kami hanya membawa backpack, camera, headlight dan baju hujan sahaja. Barangan lain kami tinggalkan di bilik yang berkunci.
Pada jam 2.30 pagi, kami bergerak dengan menggunakan lampu suluh@headlight. Terasa adventure nya di situ dengan cuaca yang gelap dan hujan yang mencurah-curah. Sepatutnya semua pendaki harus bergerak jam 2.00 pagi lagi, tetapi disebabkan hujan pendakian kami bermula lambat.
Pendakian hari kedua ini lebih mencabar berbanding hari pertama, bayangkanlah kami berjalan dan mendaki kawasan batu – batan dan tangga yang licin pada waktu gelap dan hujan lebat. Hanya Allah Swt dan semangat yang kuat sahaja yang boleh membantu kami untuk meneruskan pendakian ini. Untuk pengetahuan juga, ada beberapa pendaki yang lebih rela untuk sambung tidur kerana bimbangkan keselamatan diri. Kerana sebelum itu, abang-abang guide sudah memberi amaran, jika sampai di Check Point Sayat-sayat dan hujan masih lebat. Peluang untuk melepasi check point dan sampai ke puncak Gunung Kinabalu adalah tipis. Renjer Kinabalu Park yang berkawal  di sana akan memastikan sama ada kami akan meneruskan pendakian ataupun turun semula.Di pertengahan perjalanan, saya dan adik ipar pula mengalami pening-pening dan susah bernafas. Guide kami menasihatkan untuk berehat sebentar dan memberitahu simptom yang kami alami adalah perkara biasa bagi pendaki yang mendaki Gunung Kinabalu. Mungkin juga kami belum dapat sesuaikan diri dengan tempat yang tinggi. Tetapi, secara logiknya, semakin tinggi sesuatu tempat itu, semakin tekanan rendah dan kandungan oksigen juga semakin kurang.
Ketika ini, ahli group kami yang dua orang lagi sudah jauh di hadapan. Stamina mereka berdua memang superb dari hari pertama lagi. memang kagum dengan stamina mereka.hehe 🙂 Buat pertama kalinya, kami hadapi laluan yang memerlukan kita mendaki menggunakan tali. Pergerakan begitu perlahan kerana kami sangat berhati-hati dengan kawasan yang berbahaya seperti itu. yang penting biar lambat asal selamat. hehe 🙂
Sebelum Sampai Sayat-Sayat
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai juga di Check Point Sayat-Sayat. Renjer yang berkawal di sini memberi green light untuk teruskan pendakian. Selepas check point ini, semangat pun berkobar-kobar, tidak sabar untuk sampai ke puncak. Cuaca pun semakin cerah, pemandangan yang indah menjamu mata kami melihat dari atas ke bawah. Subhanallah, di sini lah anda akan nampak indahnya ciptaan Allah swt.
Check Point Sayat-Sayat
Seterusnya kami meneruskan pendakian untuk sampai ke puncak. Cabaran masih lagi mencabar dengan oksigen dalam badan yang kurang dan masih ada sesetengah kawasan yang memerlukan kami memanjat menggunakan tali seperti gambar di bawah. ketika ini, saya masih dalam keadaan yang susah hendak bernafas, hampir putus asa, seakan mahu muntah dan mahu menangis sahaja untuk meneruskan pendakian. Tetapi ada satu perasaan yang masih ada iaitu semangat yang kuat saya mahu juga untuk sampai ke puncak. Saya bayangkan jika saya tidak teruskan pendakian untuk sampai ke puncak saya akan menyesal seumur hidup. Kerana untuk sampai di sayat-sayat pun sudah mencabar dan saya harungi juga kenapa tidak saya teruskan hingga ke puncak.
Antara laluan selepas check point sayat-sayat :
Dan lihat gambar terakhir,.hahaha 🙂 Saya sampai akhirnya. Alhamdulillah.
(Visited 793 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge