PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG KINABALU

Assalamualaikum …

Kali ni terasa semangat pula mahu share trip saya mendaki Gunung Kinabalu iaitu “the highest mountain in south east asia”☺,ekspedisi ini berlaku bulan Mei 2013 lagi.tapi baru kali ini ada kesempatan menulis dalam blog untuk kenangan dan sebagai panduan untuk yang ingin mencabar diri mendaki Gunung Kinabalu seperti kami…
Ini merupakan pertama kalinya saya mendaki Gunung Kinabalu, dan merupakan  pendakian kali ke 3 untuk Encik suami. Pengalaman ini adalah pengalaman yang sangat berharga dan pengalaman yang paling manis dalam hidup saya. Selama ini, saya hanya mendengar keindahan dan keterujaan kawan-kawan yang sudah menawan puncak Gunung. Impian yang telah lama tercipta di sanubari akhirnya terlaksana juga, hehe 🙂 lagipun, sebagai seorang Sabahan, malulah saya kalau puncak Gunung Kinabalu pun tidak pernah jejak..kan kan kan.

Kalau di tanya apakah persediaan fizikal saya sebelum mendaki. Terus terang saya katakan, persediaan fizikal saya hanya mengharapkan turun naik tangga di rumah sahaja + semangat yang kuat dan berkobar-kobar dan konsisten mengambil suplemen shaklee setiap hari untuk kesihatan menghadapi hari yang ditunggu-tunggu ini☺

Ekspedisi kali ni saya bersama Encik Suami dan 2 orang lagi adik suami, hanya saya seorang peserta wanita di dalam group kami, yakin boleh sebab saya ada bersama dengan penyelamat sehidup semati saya untuk mendaki Gunung. hehe 🙂

Sebulan sebelum mendaki, saya dengan suami sudah sediakan barangan yang perlu untuk ekspedisi menaiki Gunung Kinabalu. Antaranya adalah :
Barang wajib ada (mengikut Encik husband)

1)lampu suluh @ headlight

2)baju hujan @ payung

3)jaket@windbreaker

4)glove

5)pakaian(2set)

6)kasut(paling manang:kasut adidas kampung)

7)stokin(2set)

8)beg pack

9)yoko2-untuk persediaan jika kejang otot@cramp

10)lip balm-untuk kekalkan bibir lembap masa di puncak

11)ubat (panadol,plaster,minyak panas)

12)bekalan makanan yang bekalkan tenaga..contohnya coklat,biskut tiger,100plus@revive

13)botol air
Untuk tambahan, saya juga tidak lupakan suplemen Shaklee saya, (3 jenis Vitamin saya bawa ketika itu, adalah (Vitalea Iron Formula, B-Complex, Ostematrix). Tiga vitamin ini akan membantu saya untuk memberi tenaga, melancarkan peredaran darah dan juga mengelakkan daripada terkena kekejangan otot kaki.
14 Mei 2013(Selasa-Hari Pertama)
Selesai solat subuh, lebih kurang jam 5.30 pagi,kami bertolak dari rumah ke Kinabalu Park.Perjalanan mengambil  masa lebih kurang 2 jam, driver a.k.a en suami bagitahu biar lambat asal selamat tapi excited punya pasal, 2 jam tu rasanya macam 10 minit ja.hehe 🙂 setelah sampai, kami terus ke Pejabat Kinabalu Park untuk urusan pendaftaran. Permit mendaki akan diberi ketika pendaftaran. Permit tersebut wajib dipakai sepanjang pendakian. Untuk info lanjut anda bolehlah layari http://www.suterasanctuarylodges.com.my/ untuk tempahan dan info berkaitan pendakian Gunung Kinabalu ini.
(Permit Mendaki Gunung Kinabalu)
Pakej yang kami pilih termasuk penginapan di atas (Gunting Lagadan), lunch&dinner untuk 1st day, breakfast&lunch untuk 2nd day di Laban Rata. Alhamdulillah, semasa pendaftaran, kami  berkenalan dengan dua orang anak muda yang sama-sama ingin mendaki Gunung Kinabalu untuk kali pertama. Mereka adalah Ex-Student Politeknik Kota Kinabalu, yang seorang memang Sabahan tapi yang seorang lagi Sarawakian (Edmund). Kami decide untuk combine satu group dengan mereka sebab mahu jimat kos upah guide. So group kami menjadi 7 orang termasuk Guide.

Pada Jam 9.15pagi, kami menaiki bas yang disediakan ke Timpohon Gate iaitu di mana pendakian kami akan bermula. Untuk pengetahuan, ada dua starting point pendakian  untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

1)Timpohon

2)Mesilau

Hanya perlu pilih laluan yang mana satu yang anda mahu. Mengikut info dari abang guide kami. Laluan Mesilau banyak pemandangan yang cantik tetapi mengambil masa yang lama untuk sampai kerana laluannya lagi jauh berbanding jika anda bermula dari Timpohon.

(Timpohon Gate)
Setelah taklimat ringkas daripada abang guide, maka bermulanya pendakian kami. Pendakian untuk hari pertama ini akan mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke tempat penginapan. Itu untuk yang normal, ada juga pendaki yang boleh sampai kurang dari 5 jam,bergantung kepada stamina individu.
Saya dan group bergerak santai sambil menikmati keindahan persekitaran sepanjang trail yang kami lalui. Terdapat 7 perhentian @pondok yang akan dilalui setiap pendaki. Hujan mulai turun semasa kami sudah melepasi pondok Mempening. Memang kick sejuknya,di sinilah saya nampak keperluan bawa baju hujan. Nasib baik en. suami standby juga bawa payung. Pada masa ini,kami berjumpa dengan para pendaki yang telah mendaki pada hari sebelumnya bergerak turun. Selepas itu,lalu di pondok Layang-Layang, tempat ini adalah pertemuan trail antara Timpohon dan Mesilau. Laluan selepas ini pula terasa semakin sukar.

Sampai di pondok Villosa, en suami pula tiba-tiba kejang otot. Mungkin sebab keadaan sekeliling terlalu sejuk dan laluan yang makin sukar ditambah lagi hujan semakin lebat..Saya pula,stamina masih ok,cuma sudah mula rasa kesejukan,perut terasa semakin kosong,lapar la tu.hehe:) setelah berehat sebentar, kami meneruskan perjalanan.

Ketika sampai di Waras Hut, hujan turun semakin lebat yang membuatkan kami terpaksa juga berhenti sekejap. Sebab walaupun kami pakai baju hujan,baju kami tetap juga basah. Ketika ini, saya kesejukan yang amat. Baju basah kasut pun basah dengan cuaca yang sejuk.huhu. Kami berhenti agak lama di sini hinggakan adik ipar saya sempat tertidur sementara menunggu hujan reda sedikit. Perut masa tu memang tersangatlah lapar. Hujan masih juga turun lebat walaupun hampir sejam kami menunggu. Kami teruskan juga perjalanan. Lagipun jarak antara Waras Hut dengan Laban Rata hanya 500 meter.

Syukur alhamdulilah lebih kurang jam 3 petang kami berjaya sampai di Laban Rata Resthouse.Memang happening la di sini.Macam-macam orang ada.Orang putih ada,orang hitam ada,around the world orang yang ada di sini. Kami apa lagi terus cari makan dan lega rasanya dapat minum minuman panas. Setelah selesai makan,kami terus menuju ke bilik kami yang terletak di Gunting Lagadan,ia terletak di atas sedikit dari Laban Rata.Saya satu bilik dengan en suami dan 2 adik ipar, satu bilik ada 2 katil double decker. Manakala 2 ahli group kami di bilik sebelah..
Semua pendaki dikehendaki untuk bermalam di pertengahan perjalanan untuk ke puncak,memang amat perlu untuk pendaki berehat dan recharge semula tenaga untuk hari kedua.

Tempat yang saya maksudkan iaitu di Laban Rata,Panar Laban ataupun Gunting Lagadan,lagi bagus kalau dapat penginapan di Laban Rata.sebab bilik di sana ada heater.so dapat berehat tanpa rasa kesejukan. Perjalanan untuk naik ke puncak akan disambung pada esok hari,lebih kurang jam 2 pagi. So dalam jam 7.00 malam,kami pun merehatkan diri untuk cabaran esok hari..
(Visited 4,292 times, 1 visits today)

One thought on “PENGALAMAN MENDAKI GUNUNG KINABALU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge