Menu Favourite di Lucy’s Kitchen Kota Kinabalu

Selesai meluangkan masa hujung minggu dengan menimba ilmu dari Kelas Penulisan Blog bersama blogger terkenal Encik Hadihaizil Din @ Eizil iaitu pemilik blog www.eizil.com pada hari ini, saya dan kawan-kawan sempat singgah ke Lucy’s Kitchen Metrotown KK.


Sejak awal tahun 2016, saya dan keluarga suka menjamu selera dengan pilihan-pilihan menu yang terdapat di Lucy’s Kitchen. Hari ini saya ajak pula kawan-kawan saya  menikmati makanan disini dengan saya dan anak-anak. Antara menu yang kami suka adalah seperti Spaghetti Aglio Olio, Durian Pancake, Creme Caramel, Chicken Chop, Chicken Burger, Air Kedondong, Wat Tan Hor, Lee Chee Kang, Lucy’s Special dan banyak lagi menu sedap – sedap yang belum dicuba. Insya Allah next time hehe:)


Cawangan Lucy’s Kitchen di Kota Kinabalu ada 3 Lokasi iaitu di Imago Mall KK, di Metro Town dan juga di Kepayan yang berdekatan dengan 88 Market Kepayan KK. Sesiapa yang mahu mencuba menu-menu yang sedap dengan harga yang berbaloi di Lucy’s Kitchen selepas ini bolehlah pergi ke Lokasi yang sebutkan tadi. Jangan salahkan saya jika gambar yang upload dalam ni buat anda lapar, hehe:)



Alhamdulillah hari ini saya nikmati hidup yang sempurna dan gembira bersama anak-anak dan kawan-kawan. Sudah makan macam- macam menu jangan lupa DETOX. Ingat, badan kita dari apa yang kita makan, apa yang baik baiklah untuk badan dan sebaliknya. Di entri lain saya akan kongsikan tips mahal dari Kelas Penulisan Blog tadi, InsyaAllah semoga memberi manfaat untuk anda semua.

Salam Sayang,

Nieda Nuds.

(Visited 139 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge