Aktiviti Menarik untuk Kanak- Kanak di Oceanus Waterfront Mall Kota Kinabalu

Kebanyakkan Shopping Mall di Kota Kinabalu ada menyediakan tempat menarik untuk kanak-kanak, minggu lepas saya ada bawa anak-anak ke Oceanus Waterfront Mall yang terletak di tengah bandar Kota Kinabalu, Shopping Mall ini baru sahaja dibuka kira-kira setahun lepas, kedudukannya adalah berdepan dengan Marina Court, Promenade Hotel dan menghadap dengan pantai.   Dua tempat yang menarik perhatian anak-anak saya yang terdapat dalam Oceanus Shoping Mall ini ialah Ocean Play (Indoor Play Ground) dan juga Petrosains StreetSmart.

oceanus waterfront kota kinabalu
Sudah beberapa kali juga saya bawa anak-anak ke Ocean Play kerana di sini suasananya tidak sesak seperti di Shopping Mall lain, lebih sunyi dan selesa saya lihat mereka bermain di sini mungkin juga disebabkan masih banyak kedai yang belum buka dan pelanggan pun tidak ramai, jadi anak-anak pun tidak stress. Ocean Play ini terletak di LG, Lower Ground Floor bersebelahan dengan kedai  sukan. Tiket Masuk : Rm10.00 / Child (weekdays) & Rm15.00 / Child ( weekends / public holiday), Unlimited Time.


Petrosains Street Smart pula terletak di First Floor, anak-anak saya memang excited kalau dengar tentang Petrosains, tujuan kami datang ke Oceanus haritu pun memang ingin ke Petrosains, tapi terlajak pula main ke Ocean Play, hehe 🙂 Apa yang menariknya di Petrosains StreetSmart, kanak – kanak boleh mempelajari cara-cara menggunakan jalan raya dengan betul, cara melintas jalan dengan selamat, belajar memahami papan tanda amaran yang terdapat di jalan raya dan macam – macam lagi info yang baik untuk diberi pendedahan awal kepada anak-anak kita. Petrosains StreetSmart ini hanya dibuka di Oceanus WaterFront Mall sehingga February 2017 sahaja dan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 8.30 malam. Manakala, Tiket Masuk adalah Percuma.


Saya sebagai ibu juga seperti ibu bapa lain turut risau dengan keadaan anak-anak yang membesar dengan gadjet di tangan. Aktiviti seperti ini adalah salah satu usaha untuk kurangkan penggunaan gadjet dengan anak-anak saya. Dan sebab itu juga saya suka kongsi info tempat – tempat menarik dalam blog ini. Semoga dengan perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk semua, selamat membaca.

(Visited 1,003 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge