Menarik di Pekan Nabalu, Sabah.

Dari tepi jalan, mungkin ramai yang tidak tahu terdapat sesuatu yang menarik di Pekan Nabalu, Kota Belud ini kerana saya pun baru tahu hehe:) Perjalanan kami ke Kundasang Ranau kali ini saya mengajak encik suami untuk singgah sekejap. Di Pekan Nabalu Ini sebenarnya terdapat satu kawasan istirehat yang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, Bukit dan kehijauan semulajadi ciptaan Allah swt yang sangat cantik. Siapa yang suka keindahan semulajadi macam saya mesti tidak puas bergambar di sini.

 

tempat menarik di sABAH
Baru saya tahu sebenarnya pemandangan disini sangat indah dan berjaya memukau para peloncang lain untuk singgah. Bas-bas yang membawa pelancong pun banyak berhenti disini sewaktu kami sampai. Pelancong dari Korea, Negara orang putih dan dari semenanjung Malaysia pun ada sama-sama dengan kami sibuk mengambil gambar. ( Macam pula kami pun pelancong haha😆)

cuti-cuti-sabah-tempat-menarik

menarik-di-kaki-gunung-kinabalutempat-menarik-di-pekan-nabalu-sabah

Terdapat juga gerai – gerai yang menjual kraftangan hasil orang Sabah di sini. Dan yang seronoknya harga barangan di Pekan Nabalu ini lebih murah dari Kraftangan yang dijual di bandar Kota Kinabalu. Selain Kraftangan, pelbagai Tshirt seperti Tshirt I Love Sabah pun ada dijual disini untuk kenang-kenangan. Bagi pelancong dari luar sabah bolehlah beli menandakan yang anda sudah sampai di Sabah.

pekan-nabalu-kota-belud

cenderahati-dari-sabah
tempat-shopping-pekan-nabalu-kundasang

So sesiapa yang dalam perjalanan cuti-cuti Kundasang jangan lupa singgah Pekan Nabalu ya:) Rugi kalau tak singgah hehe😁

Selamat bercuti dari saya Nieda Nuds, si penjual vitamin shaklee😍

(Visited 1,079 times, 5 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge