Zoo Lokkawi WildLife Park Sabah

Assalamualaikum & selamat pagi,

Hari ahad kelmarin saya dan suami bawa anak-anak ke Taman Hidupan Liar Lokkawi atau lebih mudah dikenali sebagai Zoo Lokkawi. Tempat ini terletak lebih kurang 25km dari bandar Kota Kinabalu iaitu di laluan jalan penampang – papar lama. Sudah 3-4kali juga ke Lokkawi Wildlife Park ini bawa anak-anak dan anak-anak buah kerana tempatnya yang tidak jauh dari rumah, 5 -7 minit pun boleh sampai.



Sesiapa yang belum pernah sampai dan bercadang untuk ke Zoo Lokkawi, hari ini saya kongsikan serba sedikit info dan tarikan menarik di sini.

Kaunter tiket dibuka 9.30 am – 4.30pm, Harga Tiket adalah seperti dibawah :

  • Pelawat 18 tahun ke atas : Warganegara ( Rm10.00 ) / Bukan Warganegara ( Rm20.00)
  • Pelawat Berumur 3 tahun hingga 17tahun: Warganegara ( Rm5.00 ) / Bukan Warganegara ( Rm10.00)
  • Warga Tua 60tahun keatas &  Orang Kurang Upaya (Oku) : PERCUMA


Antara Tarikan Menarik di sini adalah kita boleh melihat secara dekat haiwan-haiwan liar yang jarang kita tengok di luar seperti Orang Utan, Gajah, Beruang, Harimau, Ostrich (Burung Unta), Proboscis Monkey, Ular, Buaya, Kura-Kura, Burung Merak dan macam-macam lagi jenis binatang lain. Menurut dari pamplet yang diberi selepas membeli tiket, Taman ini mempunyai lebih dari 100 spesis haiwan. Terdapat juga Botanical Garden dengan pelbagai jenis botani yang boleh kita lihat. Biasanya kanak-kanak lah yang teruja datang ke Zoo ni, orang dewasa dah rajin tengok di google hehe😄


Bagi sesiapa yang malas jalan kaki, di sini juga ada disediakan Tram Service. Harga Tiket hanya Rm2.00 untuk seorang. Antara aktiviti menarik yang kami tunggu adalah Animal Show di Amphitheater. Show ni dibuat setiap hari kecuali hari jumaat pada pukul 11.00 am dan 3.15pm sahaja. Jangan terlepas aktiviti ini sebab sangat best tengok binatang-binatang ni berlakon hinggakan si babah TERberani dan TERkali pertama berpelukan dengan sang ular…adui geli tengok hehe😄


Apapun semoga perkongsian saya ni dapat memberi manfaat untuk semua 😘 Selamat Datang Ke Lokkawi Wild Life Park Sabah😍

No Telefon Lokkawi WildLife Park untuk yang memerlukan : +6088-765793 / +6088-765710

(Visited 419 times, 1 visits today)

One thought on “Zoo Lokkawi WildLife Park Sabah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge