Sempena cuti cuti Sekolah hujung tahun, Percutian dalam Negeri kami sekeluarga memilih untuk Ke Pekan Kundasang, Ranau. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam 30 minit dari bandar kota kinabalu kami mulakan dengan sarapan pagi di Restoran Sri Pelangi Mee Tauhu Tawau.
Bumi Kundasang sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, Pekan ini sentiasa kelihatan indah dengan adanya Gunung Kinabalu yang sentiasa Gah dimata sabahan seperti kami. Malah, dengan kedinginan udara yang sejuk nyaman lagi menyegarkan di sini sentiasa membuatkan Pekan Kundasang menjadi tumpuan oleh pelancong dalam dan juga luar negara.
Semakin hari semakin banyak pusat perlancongan yang tumbuh di kawasan ini. Homestay, Lodge, Hotel dan resort juga banyak tersedia untuk tetamu yang ingin merasai keindahan bumi kundasang. Dan percutian singkat kami kali ini, saya memilih untuk menginap di ” Dream World Resort Kundasang “.
Ini adalah kali kedua kami menginap di sini. Apa yang saya boleh katakan, anda tidak akan rugi untuk belanjakan duit anda menginap di resort ini. Dream World Resort Kundasang ini terletak berdekatan dengan Desa Dairy Farm , Strawberry Farm dan jalan ke sini adalah laluan untuk ke Mesilou Nature Resort. Dari sini, anda dapat menikmati keindahan pemandangan semulajadi yang sejuk mata memandang. Kelebihan resort ini juga antaranya ialah mempunyai astro, heater (almaklum air disini seperti air ais, mandi pun kena fikir dua kali,hihi) juga terdapat bilik yang mempunyai jakuzi. Best tu😍
Tips menarik yang ingin saya kongsi disini, anda harus bangun pagi keluar dari bilik sekitar jam 7 pagi untuk melihat sendiri keindahan Gunung Kinabalu yang kelihatan jelas seperti anda berdiri betul-betul di sebelah Gunung. Inilah ironiknya menginap disini. Jika anda terlepas, pada sekitar jam 8.30 pagi, Gunung Kinabalu akan ditutupi oleh kabus semula. Jadi pastikan anda tidak terlepas hehe 🙂
Jemput menjamu mata shoot terbaik kami di sini ya…untuk yang belum pernah sampai bumi kundasang, boleh lah imagine dulu ya hehe:) selamat bercuti 😍😍😍
Dibawah ini antara beberapa senarai Homestay yang terdapat di Kundasang Ranau Sabah:
1. SINURAMBI HOMESTAY : 013-8832994, 013-8661615, 019-8615764, 1 bilik king dan single Rm200, 1 bilik king dan queen Rm250, 2 rumah (2 bilik) : Rm300 satu rumah.
Lokasi berdekatan jalan raya bertar kawasan landai naik bukit selepas D’IZZ HOMESTAY.
2. D’IZZ HOMESTAY : 012-8669626.
3. KUNDASANG INN : 088-888097, 014-5526406, 014-6524020,
013-8689264, Bilik Rm100.
4. ZURAINI HOMESTAY : 013-8938356, 019-8952178, bilik harga dalam Rm120-190, Lokasinya naik sikit selepas D’IZZ HOMESTAY berdekatan jambatan.
5. AMULA HOMESTAY : 013-8706692, 012-8148898, 013-8935947, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN.
6. SURYATI HOMESTAY : 014-8557598, 014-8665551, 014-8573155, lokasinya bersebelahan dengan KUNDASANG INN,
7. WALAI TOKOU HOMESTAY : 013-5539459, 019-8328680, lokasinya bersebelahan dengan KINABALU PINE RESORT dan tepi jalan utama Ranau – Kota Kinabalu, harga boleh tawar, (macam2 jenis bilik), bilik 3 katil sederhana Rm180, bilik 2 katil sederhana Rm90, bilik 1 katil besar dan tambahan bilik kecil untuk 1 katil bertingkat Rm90.
8. D’OLUNDUS VIEW : 014-2010070, 088-888824, lokasinya berhadapan gerai sayur di tepi jalan utama Ranau – Kota Kinabalu, 1 bilik Rm170, 1 rumah (2 bilik) RM340.
9. WALAI TOKOU HOMESTAY Julianah@Julia : 019-8718071, 010-7888071, lokasinya bersebelahan KINABALU PINE RESORT.
(Standard room rm100, family room(2katil queen) rm 200, pakej rmh 2 blik+ 1 adjusable + living room+ astro + dapur + nice view..depan gunung…rm300
10. KINABALU PINE RESORT : 088-3867751, 088-389957.
11. U-MERLIN RESORT : 088-889366, 1 bilik Rm100, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu – Kundasang.
12. FAIRY RESORT : 088-889688, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu – Kundasang,
13. SONNY VILLAGE : 088-888161, 088-889277, bilik single/double bed Rm120-180, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu – Kundasang.
14. WAYN ZEN ROSE CABIN HOTEL : 088-889233, lokasinya tepi jalan utama Kota Kinabalu – Kundasang.
15. MOUNTAIN REST HOUSE (budget hotel) : 016-8374060, 011-24258739, Dorm (2 katil bertingkat utk 4 orang) Rm20, harga bilik ada Rm60, 70, 80,…. lokasi berdekatan dengan National Park tepi jalan utam
Manakala, antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan ketika berada di bumi Kundasang, Ranau Sabah adalah seperti melawat Desa Dairy Farm, Kinabalu Park, Strawberry Farm, Kundasang War Memorial Park, Kolam Air Panas Poring, Merendam kaki bersama Ikan Tagal di Kampung Luanti, Ranau dan macam-macam lagi. Sila Klik di sini untuk info lanjut…

Cantik tempatnya, sejuk ya kat Kundasang tu, nak simpan duit la nak bercuti kat Kundasang nanti.
ringantangan recently posted…Kesesakan lalulintas sempena musim perayaan, bertabahlah.
Ya sejuk dalam 16’c macam tu. Datanglah jalan2 sabah.hehe:)
Memang cantik n seperti dekat new zealand dekat sana
Salam..chalet kt kundasang tu brp sehari.
Memang seronok stay sini..cantiknya alam…kebesaran Allah swt..sejuk nya sampi kmi sukar tido..solat subuh pun menggigil…hahaahaa…insya Allah bulan 11 pendakian kmi..akn stay sini lagi…
Kundasang memang best. Kalau ada yg nak cari kenderaan dan tempt penginapan semasa di Kundasang, boleh hubungi suami saya , Encik Fadzly di talian 016-587 9882 ya 🙂
Assalamualaikum…
Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah
1. Viva RM90
2. Myvi RM120
3 Saga RM120
4. Alza RM140
5. Exora RM150
6. Avanza RM170
7. Vios RM180
8. Urvan RM230
Homestay RM100.00 semalam
Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
0129600702 (Whatsapp)
Menariknya gambar tu. & tq atas info yg sgt best ni!
Menariknya gambar tu. Comel <3 & tq atas info yg sgt best ni!
Zaleha Awaluddin recently posted…Testimoni Pencuci Mekap Yang Selamat Diguna: Kulit Bersih Dari Cela & Noda
Terima kasih atas perkongsian.cantiknya keindahan disana..