Ketahui Bahaya Stroke! Jangan Ambil Mudah

Strok adalah kematian mengejut sel-sel otak kerana kekurangan oksigen dan nutrien. Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang penting untuk berfungsi. Apabila otak gagal berfungsi dan mati. Strok akan terjadi.

Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia selepas Penyakit Jantung dan Kanser. Setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.Kejadian berlakunya strok ada dua cara iaitu disebabkan oleh aliran darah yang tersekat (strok iskemia) ataupun saluran darah di dalam otak telah pecah yang dikenali sebagai strok berdarah.

strok sembuh dengan vivix shaklee

 

STROK ISKEMIA

Strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.

TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.

STROK BERDARAH

Strok berdarah adalah di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

RISIKO STROK

NASAM juga menyenaraikan beberapa faktor yang berisiko mengalami Strok seperti :

  • Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat mampu merosakkan dinding-dinding arteri.
  • Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis boleh mengakibatkan penyempitan arteri.
  • Diabetes yang berisiko mengalami tekanan darah tinggi dan mengakibatkan strok.
  • Pernah mengalami strok iskemia (strok mini) juga  berisiko untuk mengalami strok.
  • Fibrilasi atrium adalah degupan jantung tidak menentu ini yang berisiko membentuk gumpalan darah di dalam jantung, kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak.
  • Merokok juga memberi kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi.
  • Tabiat minum (alkohol) yang sangat kerap boleh mengakibatkan tekanan darah ke tahap ketinggian yang berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah.
  • Sesetengah jenis pil perancang keluarga. Ini boleh menjadikan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Dan ia juga boleh menaikkan tekanan darah.

Manakala, Antara Faktor lain yang tidak boleh dikawal adalah seperti :

  • Faktor Umur. Strok lebih kerap terjadi kepada mereka yang berumur di atas 55 tahun, dan kadarnya terus meningkat dengan umur. Ini mungkin kerana arterosklerosis mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan arteri menjadi kurang kenyal dengan pertambahan umur, menaikkan risiko tekanan darah tinggi.
  • Faktor Jantina. Lelaki lebih berisiko mengalami strok berbanding wanita, terutamanya di bawah umur 65.
  • Faktor Sejarah keluarga. Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami strok meningkatkan risiko, mungkin kerana faktor-faktor seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis cenderung menimpa keluarga.

GEJALA STROK

Strok biasanya terjadi tanpa amaran. Namun, terdapat juga tanda-tanda amaran ringan yang harus diberi perhatian seperti :

  • Pening, Keliru, Sakit Kepala yang teruk secara tiba-tiba dan Kehilangan Imbangan badan.
  • Penglihatan kabur secara tiba-tiba.
  • Kelemahan dan Kebas secara tiba – tiba di bahagian badan seperti muka jatuh sebelah, meleleh air liur, lemah pada bahu, tangan dan kaki.
  • Kesukarn untuk bertutur bercakap secara tiba-tiba.

TIPS CEGAH STROK

Apabila berlakunya  tanda-tanda seperti Strok Iskemia (Strok Mini) di atas. Anda HARUS mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan sekeliling dan juga bantuan perubatan segera untuk elakkan strok berdarah berlaku. Tindakan awal boleh menyelamatkan anda.

Antara tips lain yang boleh diambil perhatian untuk mencegah strok berlaku adalah seperti :

  • Ketahui Tekanan darah anda,  kawal diabetes, lakukan pemeriksaan jantung secara kerap untuk pesakit atau berkala untuk individu biasa.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat, rajin bersenam, aktif fizikal dan positif mental elakkan stress. Malah kawal berat badan elak obesiti yang membawa risiko strok.
  • Amalkan juga diet makanan yang sihat, perbanyakkan buah-buahan segar dan sayur-sayuran yang tinggi anti oksidan, vitamin dan mineral yang mampu mengurangkan strok seperti buah anggur, buah cerri, avocado, cranberry, blueberries, garli dan sebagainya.
  • Amalkan Vitamin yang baik untuk melancarkan peredaran darah, mengawal diabetes dan yang baik untuk jantung dan menurunkan paras kolestrol seperti Garlic Complex, Vivix, Omega Guard, Phytocol st, Vitamin E Complex.
  • Berhenti Merokok dan meminum alkohol.
  • Dapatkan nasihat doktor untuk pengambilan sebarang pil hormon atau ubat -ubatan sintetik.

IKHTIAR UNTUK PESAKIT STROK SEMBUH

Pesakit Strok biasanya mengalami Koma dan dengan adanya rawatan dari doktor dan hospital INSYA ALLAH AKAN SEMBUH. Dan sangat  menyedihkan apabila ada yang menemui ajal secara mengejut. Namun ajal itu semua di tangan tuhan, sihat sakit semuanya ditentukan olehnya. Tetapi kita sebagai manusia yang diberi daya upaya olehnya boleh berusaha untuk elakkan dan mencegah strok ini berlaku.

Pesakit strok yang sedar juga boleh berusaha untuk pergi ke Pusat-Pusat NASAM yang berdekatan. NASAM berfungsi sebagai tempat di mana mangsa-mangsa strok boleh membantu diri mereka dalam proses pemulihan, untuk berinteraksi dengan mangsa-mangsa yang lain, dan untuk mendapatkan maklumat serta sokongan kumpulan bagi diri mereka dan juga penjaga mereka.

Rawatan hospital dan doktor juga jangan sesekali diabaikan. Namun, jika anda ingin mencuba dan berusaha dengan Vitamin Semulajadi dari SHAKLEE juga amat saya alu-alukan, ini kerana banyak TESTIMONI HEBAT yang kami dapat hasil daripada usaha mereka mencuba minuman yang tinggi antioksidan VIVIX SHAKLEE TONIK AJAIB.

TESTIMONI VIVIX DAN PESAKIT STROK 

vivix sembuh strok testimoni

vivix shaklee kota kinabalu testimonivivix testimoni strok shaklee sabah

vivix shaklee pengedar papar beaufort

SEBARANG PERTANYAAN DAN PEMBELIAN BOLEH HUBUNGI SAYA TERUS DI TALIAN 016-8068065 / 0168224030. SEMOGA USAHA INI DAPAT MEMBANTU DAN MEMBERI MANFAAT UNTUK ORANG TERSAYANG ANDA,

 

 

(Visited 233 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge