Kenapa Saya Pilih Set Ibu Hamil Shaklee?

Anak saya dah 3, anak sulung saya Full Time temujanji dengan Klinik Kerajaan. Kedua, sudah mula campur, sekejap ke klinik kerajaan sekejap ke klinik swasta. Ketiga langsung tidak daftar dengan klinik kerajaan. Bukan sebab apa, tapi masa tidak mengizinkan. Di Klinik dekat tempat saya tinggal hari-hari ramai pesakit. Kadang tunggu 2jam baru sampai turn. Lagipun sebab utama adalah saya sudah rasa kehebatan Vitamin Shaklee. 

Mahu dijadikan cerita, saya dan keluarga mula berkenalan dengan Shaklee pada tahun 2006 / 2007 lagi. Vitamin Shaklee yang pertama kali saya makan adalah Vitamin C! Sehinggalah ke hari ini saya masih pengguna setia vitamin ini.

Anak pertama saya makan ubat dari klinik. Tapi jujur! Saya jarang makan ubat-ubat tu sampai lah saya ada masalah HB rendah. Ubat tambah darah dari klinik tidak sesuai dengan saya hinggakan saya selalu rasa pening dan mual. Penyelesaian masa tu saya disuruh makan makanan yang boleh tambah darah seperti sayur bayam dan hati ayam!

Anak kedua saya dah mula makan Vitamin shaklee ketika hamil.  Tapi bukan makan Full set Ibu Hamil. Saya cuma makan Vitamin C & Ostematrix masa tu. Tapi Alhamdulillah, kesannya memang sangat baik. Kalsium dari Ostematrix memang hebat! Sebab saya bukan jenis yang suka minum susu! Penggemar Ostematrix Shaklee sewaktu hamil akan dapat kelebihan seperti tulang dan gigi kuat. Kurang sakit – sakit badan dan kejang kaki. Malah, anak saya lahir nampak sangat tulangnya kuat umurnya sebulan lebih dah keras tengkuk. Hehe:)

Anak ketiga sangat bahagia, bacaan HB cantik, tiada masalah darah tinggi atau kencing manis, kurang sakit-sakit badan, gigi tidak pernah sakit dan tiada kaki kejang masa hamilkan dia. Alhamdulillah. Itu antara sebab saya pilih Vitamin Shaklee sepanjang saya hamil anak ketiga. Apalagi, terbaca testimoni-testimoni hebat di luar sana.

 vitamin ibu hamil mengandung shaklee
 KEBAIKAN KELEBIHAN SET IBU HAMIL SHAKLEE :

  • Asid folic ( B-Complex Shaklee ) adalah bertujuan untuk melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang. Ia juga melindungi ibu daripada risiko kanser dan strok.
  • Zat Besi ( VitaLea Iron Formula ) membantu mencegah anemia ( kekurangan darah ) dan masalah dengan sel darah merah seterusnya mengurangkan risiko kelahiran pramatang dan kurang berat badan ketika hamil.
  • EPA/DHA ( Omega Guard ) membantu dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan seterusnya membantu mengawal tekanan darah ibu dan melancarkan peredaran darah ibu. Juga membantu mengawal kenaikan berat badan si ibu semasa hamil.
  • Kalsium (Ostematrix ) yang membantu menenangkan sistem saraf dan otot (tidur pun lena tu..) serta membantu melancarkan peredaran darah. Mengelakkan kekejangan dan sembelit seterusnya membantu perkembangan tulang dan gigi ibu dan bayi.
  • Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus) membantu meningkatkan sistem pertahanan badan (sistem imunisasi badan), berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
  • ( Energizing Soy Protein ) membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan, memberi rasa kenyang lebih lama pada si ibu, cergas dan bertenaga. Seterusnya kulit baby yang bakal lahir juga lebih cantik dan gebu.Insha Allah.

Dalam masa yang sama ibu mengandung tidak harus bergantung kepada vitamin tambahan semata-mata kerana ia cuma pelengkap. Ibu mengandung juga wajib menjaga pemakanan seimbang dan bernutrisi tinggi.

Cadangan Set Ibu Hamil Shaklee terbahagi mengikut trimester iaitu :

  • Trimester 1 ( ESP, Vitalea Iron Formula, Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex, Ostematrix )
  • Trimester 2 & 3 ( ESP, Omega Guard,Vitalea Iron Formula, Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex, Ostematrix)

Semoga membantu untuk yang memerlukan. Sayangi badan sendiri dan anak-anak anda. Mahu bertanya lanjut dengan HARGA ISTIMEWA? 

(Visited 82 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge