Kelas Blog Tiada Lagi Rahsia

Menjadi seorang blogger yang berjaya bukan senang jika rasanya tiada, cinta belum berputik juga kurangnya ilmu bagi pendapat saya. Saya juga masih belajar menjadi seorang blogger yang berpengetahuan, berpengalaman dan tulisan saya dimengerti disukai ramai. Kata mentor, ilmu perlu dikongsi untuk kita lebih banyak mempelajari.


Sabtu lepas, 11 March 2017, saya sebagai founder KSHFamily juga sebagai mama kepada anak-anak shaklee saya akhirnya berjaya membawa mereka untuk datang ke KELAS BLOG yang diberi nama ( TIADA LAGI RAHSIA). Tahniah untuk kami semua kerana bukan senang dapat mengorbankan sedikit masa hujung minggu kami untuk belajar pada hari itu. Alhamdulillah dari jam 10 pagi hingga 3 petang kelas berjalan lancar.


Blogspot dalam sehari, WordPress For Basic, Tips Bertahan Lama dalam Business Shaklee antara tajuk penting kami pada hari tersebut. Jutaan Terima Kasih juga kepada Leader Jessie Fufu sudi menjadi cikgu WordPress dan Leader Yelly Adam yang banyak membantu saya. Tahniah juga untuk yang lain sebab sanggup datang dari jauh seperti Kota Belud, Papar dan Beaufort .

SENARAI NAMA BLOG KELUARGA KSH (KAMI SID HEBAT)

  • www.ceritakami.com
  • www.vitaminzahraa.blogspot.com
  • www.felicitousmom.com
  • www.efratachild.com
  • www.pinkgarfield.com
  • www.ummirara.com
  • www.hannahrayyanshoppe.blogspot.my
  • www.clairecsy.com
  • www.lelayusoP.com
  • www.nanakoyussof.blospot.my

APA ITU BLOG?

Blog adalah satu medium online yang sangat popular digunakan untuk berkongsi di alam maya. 2 Jenis blog yang ramai orang guna adalah seperti Blogspot dan WordPress. Melabur masa, tenaga dan wang ringgit pada blog adalah satu pelaburan yang bijak jika kena caranya.

5 KELEBIHAN BERBLOG

1. Berkongsi Ilmu 

Blog yang menarik adalah blog yang berfokus dan berinfo. Ramai orang masa kini hanya search info di google untuk mencari ilmu contoh “Tips Menyusu Bayi dikhalayak Ramai” , Tips Melancong ke Luar Negara”

2. Sebagai Platform Berniaga

Berniaga dan membeli belah secara online juga sangat popular di masa kini. Blog juga boleh dijadikan sebagai platform untuk kita memperkenalkan produk, menjual produk dan sebagainya.

3. Dijadikan sebagai diari 

Ada sesetengah orang, berblog hanya untuk melepaskan boring dan juga sebagai untuk menyimpan kenangan. Blog dijadikan sebagai diari secara tidak langsung boleh memberi inspirasi seperti (kisah menarik kehidupan seharian) kepada si pembaca.

4. Dijadikan Tempat Rujukan

Blog yang menjadi sumber rujukan ramai biasanya mempunyai info dan fakta yang kukuh. Menulis dari sumber rujukan kemudian memberi rujukan kepada orang ramai yang memerlukan.

5. Tempat membuat Amal Jariah

Sabda Rasulullah SAW : Apabila seorang anak adam meninggal dunia, maka terputuslah amal perbutannya kecuali tiga perkara : SEDEKAH JARIAH, ILMU BERMANFAAT, DOA ANAK YANG SOLEH. (Hadis Riwayat Muslim)

Secara tidak langsung, apa yang kita tulis itu baik dan diikuti ramai maka kita dapat memberi manfaat pada  orang lain yang memerlukan.
Semoga entri ini memberi manfaat untuk anda semua. Sekiranya ada yang ingin belajar blog dan berniaga produk kesihatn shaklee yang dipercayai ramai dan berpuluh tahun ini dengan hanya berblog. Jangan malu jangan segan hubungi kami. Insya Allah Group kami adalah group yang saling bantu membantu. Alhamdulillah ☺️


(Visited 49 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge