Kebun Anggur dan Buah Tin di Tamparuli Sabah

Hari ini “Public Holiday” (25hb Disember 2018 ) sempena hari cuti krismas, kamurang jalan ke mana tu? Aktiviti kami hari ini bawa anak-anak ke Kebun Anggur & Kebun Buah Tin di Tamparuli. JonGrapevines & Figs Garden ini terletak di Kampung Bantayan, Tamparuli. Dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Perjalanan dari bandar Kota Kinabalu ke sini mengambil masa lebih kurang 40minit, petunjuk mudah ke tempat ini adalah jambatan besi sebelum ke Kundasang. Masuk simpang “Jalan Bantayan Damat Sawah” sebelah kiri selepas jambatan, kemudian jalan terus ke depan lebih kurang 2KM untuk sampai.

Tiket masuk RM10.00 untuk dewasa, RM5.00 untuk kanak-kanak. Manakala, kanak-kanak umur 5tahun ke bawah PERCUMA. Apa yang menariknya datang ke sini, kami bukan saja datang untuk bergambar tetapi anak-anak juga balik dengan ilmu pengetahun tentang buah anggur dan buah tin yang dipamer di sini. Ada staff yang akan memberikan penerangan tentang bibit, jenis buah, kelebihan buah, harga pasaran dan banyak lagi.

Jika sebelum ini penanaman anggur kita hanya tahu tentangnya dari luar negara, sekarang dalam negara pun sudah ada, jadi siapa yang ingin melihat dengan mata sendiri bagaimana dahan, daun, pokok buah anggur dengan lebih terperinci, bolehlah datang ke sana bawah anak-anak sekali.

Rezeki kami hari ini, ada buah tin yang masak dan tertanggal dari pokok, jadi staff pun bagi kami makan sebiji buah syurga ni, Alhamdulillah memang sedap dan juicy.

Buah anggur pun kami dapat merasa 2-3biji sahaja, bolehlah asal ada kan hihišŸ˜

Dua persamaan yang mahal terdapat dalam buah anggur dan buah tin adalah kelebihannya. Buah yang banyak nutrisi & tinggi antioxidant ini memang mahal, jadi jangan hairan kenapa Vivix Shaklee yang mengandungi Anggur Muscadine tu sangat berhargašŸ˜

Semoga entri ini bermanfaat untuk semua, jika tidak jumpa jalan untuk ke sana boleh saja add Facebook saya “Nieda Nuds” atau Whatsap : 016-8068065 . Sehingga berjumpa lagi di entri akan datang.

(Visited 862 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge