Iphone Crash Iphone Hang! Apa mahu buat ni???

Assalamualaikum

Tiba-tiba iphone hang, tekan button “Home” tidak berfungsi, tekan tombol “Sleep Mode” pun tidak berkesan! Skrin gelap, iphone saya ada jatuh kr? Apa mahu buat ni? Macamana mahu selesaikan masalah saya ni? TOLONGGG😱😱😱

Ini bukan pertama kali Iphone saya jadi macam ni. Dulu Iphone 4 saya masalah macam ini juga. Tapi dulu saya tiada idea lain selain hantar ke kedai servis. Seingat saya masa tu bayarannya Rm50 untuk hidupkan balik iphone saya. Dan sempat pekerja kedai bagitahu skrin iphone ni bukan rosak pun. Hanya masalah sistem corrupt sahaja.

 iphone rosak Sefahaman saya masalah iphone crash dan hang ni adalah disebabkan memory full,mungkin juga masalah jailbreak yang tidak sempurna ataupun masalah aplikasi yang tidak dapat di install dengan baik. Erm, betul lah tu! Sebabnya Iphone 5s saya hari ni pun tiba-tiba hang dan crash mungkin disebabkan memory full. Memang selalu full memory pun! Banyak sangat gambar selfie hehe😁😁😁 Nasib lah ada si iphone 6 penyenang hati.heehe. Apapun lepas ni siapa ada masalah sama seperti saya, Jangan risau, Anda boleh cuba cara mengatasi masalah ini seperti di bawah:

  • Langkah 1 

Buka laptop atau PC anda, buka software iTunes. Jika sesiapa belum ada software tu, klik www.apple.com kemudian install itunes. 

  • Langkah 2

Apabila software iTunes dah berjaya , ambil USB cable dan hubungkan pada Iphone anda.

  • Langkah 3

Lakukan Hard Reset ( Tekan Tombol Sleep Mode dan button Home secara serentak) 10 saat!, kemudian lepaskan kedua-duanya dan teruskan dengan tekan button Home 10 saat lagi.

Jika belum berhasil, Ulangi Langkah 3 berulang kali sehingga Logo “Apple” menyala. Apabila sudah nampak cahaya dan keluar logo apple tu maknanya iphone anda selamat. Alhamdulillah.

Selamat mencuba.

(Visited 760 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge