Hong Kong Disneyland 2017

Hong Kong Disneyland adalah tarikan utama kenapa kami pilih destinasi Hong Kong untuk bercuti bersama anak-anak. Taman Tema Disney yang hanya terdapat di 4 Negara (America, Japan, China, France) ini memang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga terutamanya kanak-kanak. Terletak di Lantau Island, Taman ini terdiri daripada tujuh kawasan bertema iaitu Main Street USA, Fantasyland, Adventureland, Tomorrowland, Grizzly Gulch, Mystic Point, dan Toy Story Land. Taman tema disini menggunakan bahasa pengantar dalam bahasa Kantonis, Bahasa Inggeris dan Mandarin.

hong-kong-disneyland-2017

Harga Tiket Hong Kong Disneyland 

  • One Day Pass

Dewasa : 530HKD (Rm 303)

Kanak-Kanak: 380HKD (Rm217)

  • Two Day Pass

Dewasa : 719HKD ( Rm411)

Kanak-Kanak: 509HKD (Rm291)

(Harga diatas berdasarkan harga dari CTS – Chinese Travel Service yang terdapat depan Arrival Hall HK International Airport) Harga jika beli walk in atau onlie website HK Disneyland lebih mahal dari di atas.

 percutian-tanpa-travel-agent-hong-kong-disneyland
Diari ke Hong Kong Disneyland

Hari kedua kami di Hong Kong memang kami plan untuk ke Disneyland. Kami plan pergi (weekdays) jumaat supaya tidak ramai orang berbaris untuk masuk di setiap permainan. Selepas sarapan Maggie Cup, Biskut Tiger, Nestum 3in1 dalam bilik hotel,(save bajet lagi hehe), lebih kurang jam 9.30 pagi kami memulakan perjalanan.Pelbagai jenis pengangkutan juga boleh kita pilih untuk ke Disneyland seperti Bas dan Teksi. Tetapi kami memilih untuk menaiki MTR, lagipun jarak hotel dan stesen MTR hanya 300meter.

perjalanan ke hong kong disneyland

Perkara paling penting yang perlu kita tahu bila ingin menggunakan perkhidmatan MTR Hong Kong ini adalah nama line dan nama stesen. Sebabnya kalau salah naik train, alamatnya sampai tempat lain la pula, malah rugi kredit dalam octopus juga hehe. Jangan risau, Information Board di setiap stesen ada dimana-mana. Sistem disini sangat membantu, insya allah kita tidak akan sesat. Kalau tidak tahu juga kenalah rajinkan diri bertanya, penduduk di Hong Kong ok juga saya tengok tidak makan orang haha.

train ke hong kong disneland
Perjalanan untuk ke Disneyland kami perlu naik dan bertukar 3 train. Train pertama adalah dari stesen Wan Chai ke Stesen Central (Island Line). Setelah itu dari Stesen Central bertukar pula train ke stesen Sunny Bay (Tung Chung Line) . Dari stesen Sunny Bay kami tukar train lagi ke Stesen Disneyland (Dineyland Resort Line). Untuk tidak tersalah turun ke stesen lain, sila alert pada maklumat diatas pintu train.(almaklumlah bahasa kantonis lebih banyak kita akan dengar dari bahasa english). Maklumat lokasi terkini dan ke destinasi seterusnya ada tersedia. Menariknya lagi, train ke Disneyland ni unik sebab dekorasi  tingkapnya menyerupai wajah dan telinga mickey mouse di antara maskot utama Disneyland. So jangan lupa untuk ambil gambar dalam train juga ya heehe. Maklumat lanjut mengenai train boleh klik sini .

travel-disneyland-hong-kong-2017

Alhamdulillah , kami sampai lebih kurang jam 11.00 pagi cuaca baik sejuk macam di Kundasang. Turun jak dari train Mickey Mouse naik ke atas kita akan jumpa Pintu Gerbang (Welcome To Disneyland). Kalau kamu nampak di Google, paling banyak gambar orang posing di sini. So kami pun bergambarlah juga sebagai kenangan hehe. Kemudian sebelum masuk gate utama, kena pastikan bekalan makanan yang kamu bawa dihabiskan. Sebab masuk Disneyland tidak boleh bawa makanan dan minuman dari luar. Security akan check bag kita ketika melalui pintu masuk.

percutian-tanpa-travel-agent-hong-kong-disneyland-2017

Tarikan Menarik Hong Kong Disneyland

Ini adalah Disneyland ketiga bagi saya selepas California USA dan Tokyo Japan. Malah, Disneyland kedua bagi anak-anak. Alhamdulillah, bukan mudah untuk datang kesini, rezeki bersama Shaklee sejak 2013 membolehkan kami sampai dengan izin Allah Swt. Apapun, untuk kita lebih “alert” setiap persembahan dan aktiviti menarik disini, anda boleh ambil map di kaunter tiket atau di pondok khas (selepas gate) yang menyediakan map keseluruhan disneyland. Dengannya, kita boleh plan mahu pergi ke bahagian mana dahulu dan kemudian. Jadual aktiviti dan persembahan menarik boleh kita ketahui dengan download apps “Hong Kong Disneyland”. Antaranya masa untuk Disneyland Parade, Character Greetings (Bergambar dengan maskot Mickey Mouse & Goofie) dan FireWork.

pintu-masuk-hongkong-disneyland

1. Main Street USA

Selepas melepasi pintu utama, kita akan berada di Bahagian Main Street USA, di tengah-tengah tu terdapat bangunan City Hall untuk sebarang pertanyaan boleh rujuk disana, deretan kedai dan restoran seperti Main Street Corner Cafe, House Bakery, Emporium, Street Boutique, Jewelers dan macam-macam lagi. Main Street USA juga adalah laluan ke Castle yang tersergam indah. Naik tangga ke atas untuk naik Hongkong Disneyland Railroad. Manakala, berhadapan City Hall terdapat pondok yang penuh dengan bunga bungaan (sempena SpringTime) iaitu tempat bergambar bersama Mascot Mickey dan Winnie. Barisan Q punya main panjang hehe. Tapi kali ni waktu 11.30am kami tidak sempat sebab Q sudah ditutup. Next photo session adalah pada jam 1.30pm dan 4.15 pm. So kami pergi ke tempat lain dahulu hehe.