Hilang Kad Pengenalan atau Kad Bank, Apa saya perlu buat?

Assalamualaikum…

Sejak seminggu lalu, saya kehilangan Kad Pengenalan @ Ic dan Kad Bank. Sehingga membataskan pergerakan kehulu kehilir dan perjalanan perniagaan saya. 

Bagi yang mengalami masalah yang sama seperti saya, langkah-langkah di bawah saya senaraikan semoga membantu anda menyelesaikan masalah seperti ini. 

Sama seperti saya yang baru pertama kali kehilangan benda penting sebegini, ramai yang saya bertanya bagaimana proses untuk mendapatkan semula benda-benda ini.

 hilang kad bank maybank cimb  bank islam bsn 

Langkah 1 :

Periksa semula tempat anda menyimpan kad penting tersebut, pastikan ia benar-benar hilang sebelum membuat keputusan. Tapi kalau dah kecurian tidak perlu lah mencari lagi.

Langkah 2 : 

Telefon HelpLine Kad Bank anda, Contoh Nombor HelpLine untuk Maybank adalah 1300886688 . Buat pengesahan yang kad bank anda telah hilang. Pihak Maybank akan sekat perjalanan akaun bank anda untuk elakkan dari kecurian dari pelbagai transaksi. 

Buat Laporan di Balai Polis berhampiran yang mengatakan Kad Pengenalan anda telah hilang ataupun tercicir.

Langkah 3 :

Pergi ke Bank berdekatan untuk membuat laporan dan menggantikan semula kad bank anda yang hilang. Jika Maybank akan di charge rm12, tidak pasti bank lain.

Kad Pengenalan pula kena bayar rm110.00 untuk membuat kad pengenalan baru di kaunter-kaunter Jabatan Pendaftaran Negara. 

Alahai, tidak pasal-pasal kena keluarkan bajet rm120++ untuk kehilangan benda-benda penting ini.

Oleh itu, mulai hari ini, berhati-hati menyimpan kad pengenalan dan kad bank anda ya…semoga membantu😄

(Visited 2,887 times, 4 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge