Drama Tuan Anas Mikael “BEST”

“Kalau Awak Jaga Saya Elok Elok, Saya Akan Jaga Awak Elok Elok…”

Itu kata kunci Tuan Anas Mikael dan Cik Ayu Maisarah. Kata kunci kamu dan pasangan apa pula ? Hehe😍

Sebenarnya, saya orangnya yang jarang tengok TV, nasib lah Drama Tuan Anas Mikael ni ditayangkan jam 10 malam, masa tu anak-anak dah tidur! Kalau tidak memang sorry to say lah! Susah sangat mahu tgok rancangan lain kalau bukan Cartoon.

Sinopsis cerita Tuan Anas Mikael ni mesti ramai yang dah tahu terutama yang dah baca Novel Nukilan Syamnuriezmil kan? Oleh itu tidak perlu lah saya cerita sinopsisnya disini, kita tengok TV dan tunggu sampai habis lagi best.hehe:) so hari ni saya cerita lokasi penggambaran Tuan Anas Mikael yang nampak mewah dan moden itu.😍😍😍



Rumah Tuan Anas Mikael nampak moden mewah itu sebenarnya rumah penerbit drama tu sendiri iaitu Pn Ziela Jalil. Manakala, lokkasi pengambaran Rumah Tun Akhiruddin itu adalah Rumah Mewah Moden Klasik Dato Aliff Syukri terlajak laris. Termasuk lah opis Tuan Anas Mikael yang serba hitam dan menarik itu adalah opis Dato Terlajak Laris. Semua ini saya nampak dari Instagram. Almaklum, perempuan memang suka tengok rumah lawa!

Hasil Pena Creative Pictures Sdn Bhd jarang menghampakan, memang terbaik! Sebelum ni, Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta gandingan Sharnaz Ahmad dan Nelydia Senrose pun jadi HOT di layar TV. Semoga sentiasa memberi yang terbaik untuk penonton! Ok Jom Tengok Tuan Anas Mikael😍

(Visited 1,140 times, 1 visits today)

One thought on “Drama Tuan Anas Mikael “BEST””

  1. Hebergement web

    seperti biasa cerita yg ditulis oleh syamnuriezmil mesti santai dan no stress. suka ayu maisarah yg over confident. suka tuan anas mikael yg overdose sweet. overall semuanya best sbb mampu membuat sy ketawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge