Destinasi Percutian Idaman, Mampukah Saya?

こんにちは. “konnichiwa” dalam bahasa jepun adalah Hello atau ucapan Good Day.

Hari ini saya ingin kongsikan destinasi percutian idaman saya, ini gambar kami tahun lepas di Tokyo Disneyland Japan. Pengalaman ke Japan memang saya tidak boleh lupakan dengan keindahan semulajadinya, Negaranya yang bersih, udaranya yang nyaman membuatkan saya teringat-ingat kembali ketika kami di sana. Sebelum ini tidak pernah terfikir yang saya dan suami akan sampai ke negara matahari terbit ni bersama anak-anak.


Perjalanan hidup kita ni tidak mampu terfikir dek akal apa yang akan jadi di masa hadapan. kita cuma perlu bertindak dan jangan malas ubah kehidupan kita dari kurang baik kearah yang lebih baik.

Dulu mahu berimpian keluar negara memang takut! sebab saya juga seperti anda, kerja makan gaji! dapat gaji tidak sampai hujung bulan dah habis! Sejak saya berani bermimpi, berani bertindak! Alhamdulillah banyak sangat perubahan dan peluang yang kami dapat.

Destinasi percutian idaman saya sangatlah banyak. Selain berhajat menjejak kaki ke Mekah dan Madinah, saya teringin ke Turki dan Kuekenhof Netherland di Musim Bunga. Saya selalu idamkan yang saya akan sampai ke Taman-Taman yang mempunyai bunga Tulip sebab saya suka bunga hehe.

Kuekenhof Holland

Impian saya bukan sahaja mahu melancong seluruh dunia bersama suami dan anak-anak, malah saya mahu suatu hari nanti saya boleh bawa keluarga ibu bapa saya, adik beradik dan keluarga mentua saya ke Luar Negara InsyaAllah.

Istanbul Turki

Setakat ini Negara yang sudah dijejak kaki antaranya Singapore, Tokyo Japan, Ho Chi Minh Vietnam, Bandung Jakarta Indonesia, San Francisco , Los Angeles USA. More to Come Insya Allah😊

Doakan saya secepat mungkin menggeggam Title MASTER COORDINATOR SHAKLEE ya. Semoga Allah Swt permudahkan urusan kita semua dan semoga impian saya bawa keluarga melancong setiap tahun tercapai. Amin Ya Rabb.
BERIMPIAN ITU PERCUMA!

JANGAN TAKUT BERMIMPI! DARI IMPIAN AKAN DATANG SEMANGAT YANG AKAN MENGERAKKAN KITA UNTUK BERUBAH! JOM KITA berSHAKLEE hehe😄

(Visited 69 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge