Category Archives: Vivix Shaklee

Cara Mudah Mengawal Diabetes Kronik

Mengikut sejarah keluarga dari sebelah bapa saya, Penyakit kencing Manis diabetes ini memang ada dalam keluarga kami. Bahkan bapa saya juga penghidap kencing manis tetapi terkawal. Malah sepupu sepupu saya yang sebaya saya juga sekarang ada yang cucuk insulin sendiri untuk mengawal kencing manis mereka. Bahaya penyakit ini mungkin ramai tidak ambil kisah, marilah kita beringat sebelum terkena, dan info ini untuk saya, keluarga saya dan untuk mereka yang memerlukan.

tanda tanda dan gejala diabetes Continue reading »

Ketahui Bahaya Stroke! Jangan Ambil Mudah

Strok adalah kematian mengejut sel-sel otak kerana kekurangan oksigen dan nutrien. Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang penting untuk berfungsi. Apabila otak gagal berfungsi dan mati. Strok akan terjadi.

Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia selepas Penyakit Jantung dan Kanser. Setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.Kejadian berlakunya strok ada dua cara iaitu disebabkan oleh aliran darah yang tersekat (strok iskemia) ataupun saluran darah di dalam otak telah pecah yang dikenali sebagai strok berdarah.

strok sembuh dengan vivix shaklee

 

STROK ISKEMIA

Strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.

TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.

STROK BERDARAH

Strok berdarah adalah di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Continue reading »

Healing Crisis minum Vivix Shaklee

Healing Crisis adalah Krisis Penyembuhan atau reaksi penyembuhan sementara yang akan berlaku apabila badan bertindak balas melalui penghapusan toksin. Healing Crisis biasanya terjadi ketika baru mula mengambil suplemen seperti Vivix Shaklee yang ada fungsi untuk detox dan ketika badan baru menerima zat pemakanan dari suplemen setelah sekian lama mengumpuk toksin.

Vivix shaklee
Toksin dari pemakanan dan alam sekitar sudah sekian lama terkumpul dalam badan manusia terutama di bahagian tisu lemak. Selain itu, tubuh badan manusia juga mempunyai bakteria dibahagian kolon. Apabila berlakunya proses detox, Toksin akan berkeluaran, bakteria akan mati dan kemudian melepaskan endotoksin. Dan apabila toksin dan sisa dipaksa keluar, badan akan mengepam kedua-duanya ke dalam aliran darah untuk ditapis dan dihapuskan. Manakala, gejala sementara ketika proses pengeluaran toksin akan berlaku seperti berpeluh, demam, rasa tidak selesa dan tanda-tanda lain.

Tanda-Tanda Healing Crisis

Setiap orang akan mengalami simptom Healing Crisis yang berbeza beza, Antara tanda-tanda anda mengalami krisis penyembuhan adalah seperti :

  • Pening Sakit Kepala
  • Loya
  • Demam
  • Keletihan
  • Stress
  • Perubahan Emosi 
  • Hidung Sumbat
  • Kulit Gatal
  • Cirit Birit
  • Tekanan Darah Rendah
  • Timbul Jerawat
  • Timbul penyakit lama

Krisis penyembuhan biasanya akan berlangsung sekitar 3 hari bergantung kepada individu dan mengikut keadaan toksin badan masing-masing. Tubuh badan yang mempunyai lebih banyak toksin biasanya akan mengalami krisis penyembuhan lebih panjang sehingga seminggu atau lebih. Dan apabila itu berlaku, tenaga akan berkurangan dan anda mungkin akan berasa sakit. Namun anda tidak perlu risau, ia adalah sebagai tanda badan anda mengepam dan mengeluarkan toksin dan bahan buangan dengan baik.

Tips Hadapi Healing Crisis

  • Kena Positif, Sabar dan Bertenang
  • Minum Banyak Air Lebih dari biasa (sehari minima 3L)
  • Teruskan Pengambilan Suplemen Jangan Berhenti
  • Berdoa semoga dipermudahkan
  • Sekiranya demam tinggi tidak turun, jumpa doktor.

Healing Crisis Minum Vivix Shaklee

Ramai pengguna Vivix Shaklee akan mengadu mengalami simptom Healing Crisis seperti diatas. Anda tidak perlu risau kerana ia adalah proses biasa, saya juga mengalami keadaan yang sama.

Selepas proses menyahtoksin ini habis, badan akan mula menyerap zat dari suplemen dengan baik. Mulalah mendapat kesan dari Vivix Shaklee yang hebat seperti sihat bertenaga, kulit menjadi cantik, mata dan rambut yang sihat seperti testimoni ini.

harga Vivix shaklee sabah murah
Vivix Shaklee bukan sahaja baik untuk tenaga dan kulit, ia juga baik untuk kecutkan sel kanser, perbaharui sel badan yang telah rosak, dan info lanjut tentang Vivix boleh klik di sini Kelebihan Vivix Shaklee .



Tanda Tanda Batu Karang yang Menyakitkan

Batu Karang terbentuk apabila air kencing mengandungi garam galian atau zat kalsium yang bercampur dengan bahan bahan lain yang berlebihan menjadi pekat dan keras sehingga menjadi batu. Batu ini juga boleh membesar dan menyekat pengaliran air kencing sehingga menyebabkan kesakitan dan jangkitan.

tanda tanda batu karang
Batu karang boleh dilihat melalui sinar X atau melalui kaedah x-ray. Namun batu yang terhasil daripada asid urik mungkin tidak dapat dilihat atau dikesan secara x-ray. Ini kerana ia berlaku pada saluran kencing (saluran ureter) atau saluran buah pinggang.

Tanda – Tanda Batu Karang

  • Sakit bahagian belakang atau sisi di bahagian bawah tulang rusuk.
  • Rasa sakit datang 5-15minit sekali(tanda awal)
  • Air Kencing mengandungi darah
  • Air kencing keruh dan berbau busuk
  • Sering berasa mual dan muntah
  • Kerap Kencing
  • Demam mengigil
  • Lemah badan, muka pucat, kulit kering

Jenis Jenis Batu Karang

  • Calcium oxalate – batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium. Bentuknya bercabang dan tajam.
  • Calcium phospate – batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali.
  • Asid urik – batu karang yang terjadi hasil daripada metabolisme protein dan juga akibat dari serangan gout.
  • Cystin atau systine – Berlaku dikalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.(jarang berlaku)

Faktor dan Punca Batu Karang

  • Terlalu banyak mengambil makanan atau diet yang tinggi kandungan bahan kimia atau purine. Bahan kimia ini ada di dalam organ dalaman haiwan, angsa, ekstrak daging, makanan laut, telur ikan dan arak.
  • Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing atau bahasa mudahnya saluran kencing mungkin sedikit tersumbat.
  • Kegagalan buah pinggang berfungsi pada tahap normal.
  • Risko turut dipengaruhi oleh tahap metabolisme setiap individu.
  • Nanah dalam organ yang akhirnya mengeras. Nanah mungkin bermula akibat jangkitan kuman semasa kecil.
  • Kurangnya minum air dikatakan antara faktor utama penyebab sakit batu karang. Namun ada juga yang menyangkalnya
  • Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing.
  • Keadaan kerja yang tidak banyak pergerakan (seperti di pejabat atau kerjaya pemandu lori, teksi) dan kerja di luar yang terdedah kepada matahari.
  • Kajian turut menunjukkan 25 peratus pesakit batu karang mempunyai sejarah keluarga dan ini bermakna ia ada kaitan dengan faktor genetik.

Tips Mencegah dan Merawat Batu Karang

  • Minum air sekurang-kurangnya 1.5Liter air sehari
  • Kurangkan makanan yang tingi asid urik seperti makanan laut, daging merah.
  • Ambil suplemen untuk menghalang dan mendorong daripada terbentuknya batu karang seperti Lecithin, vitamin C, Alfalfa Complex, Viamin C dan Vivix Shaklee.

Testimoni Vivix Shaklee dan Batu Karang

batu karang dan vivix shaklee

Anda memerlukan Vivix Shaklee sekarang juga? klik di bawah untuk penghantaran terus ke rumah anda : Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus  di talian 016-8068065.img_0336.jpg

TIBI, Buat Pemeriksaan Cepat Jika Batuk Anda Melebihi 2 Minggu!

TIBI (Tuberculosis) atau batuk kering ialah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan dengan sempurna. Kuman TIBI hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Kuman ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjer leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

TANDA TANDA JANGKITAN TIBI

Bagaimana TIBI merebak?

Kuman TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta kuman TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin dan batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti oleh kuman TIBI. Biasanya kuman TIBI juga akan tersebar pada individu yang berhubung rapat dengan pesakit.

Tanda-Tanda TIBI

Segera dapatkan pemeriksaan jika anda mengalami:

  • Batuk yang berterusan lebih 2 minggu.
  • Batuk kahak yang mengandungi darah.
  • Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam.
  • Berat badan susut dan hilang selera makan.
  • Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa tarik nafas panjang
  • Mudah letih.

Pencegahan TIBI

  • Bayi – bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan BCG.
  • Ambil Vitamin atau suplemen untuk kuatkan Sistem IMUN badan seperti Nutriferon, Vitamin C, Garlic Complex, Vivix Shaklee.
  • Sekiranya anda, keluarga atau rakan anda mengalami tanda – tanda TIBI seperti di atas, sila dapatkan pemeriksaan segera di Klinik-Klinik Kesihatan atau Hospitak yang berhampiran dengan anda.
  • Rawatan hendaklah diambil secara tetap dan berterusan untuk sembuh dengan sepenuhnya.

(Info Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia)

Testimoni Vivix Shaklee dan TIBI

cara merawat tibi dengan mudah

Harga Vivix Shaklee murah

 

 

 

Sekiranya anda ingin mencuba merawat TIBI dengan Vivix Shaklee, boleh bertanya dan berhubung saya di Facebook Nieda Nuds atau call / whatsapp 016-8068065