Category Archives: Uncategorized

Penjaram Terkenal di Tamu Kinarut

Salam hujung minggu dan selamat beristirehat bersama yang tersayang😘

Pagi ini encik somi belikan kuih penjaram kegemaran saya dari tamu kinarut, sejak kahwin dengan encik somi la pandai makan ni kuih. Kuih ni antara kuih yang terkenal di kalangan masyarakat bajau. Kalau kaum saya bangsa bisaya beaufort memang jarang ada kuih ni di kampung hehe😄

resepi kuih penjaram
Banyak juga tempat yang menjual Kuih Penjaram ni di tamu, tapi hanya satu saja tempat yang saya dan suami selalu beli. Sebab apa? sebab tempat makcik ni dia masak terus dari sana, jadi boleh makan panas-panas. Rasa pun ok tidak manis sangat, sedapppp😋

Tips mahu dapatkan kuih dari makcik ni kena datang awal pagi, sekitar jam 7 pagi biasa ada sudah berjual dan ramai lah yang menunggu giliran kuih mereka di masak hehe:) Datang lambat selalunya kecewa, cepat habis pula tu huhu😅

Semoga berterusan lah makcik tu berjual sampai bila-bila, sebab mahu buat sendiri memang rumit, bolehlah kami beli selalu hehe😁 Lainkali saya belajar masak kuih penjaram dengan mentua saya sebab dia pun buat sedap juga hehe😄

opss hampir lupa! ni gambar makcik ni hehe😘 harga kuih ni RM 2.00 untuk 5biji kuih, ada dua perisa iaitu perisa pandan dan perisa asli(gula melaka).

resepi kuih penyaram
Sekian perkongsian hujung minggu😘

Selamat Hari Raya 2016

Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf andai ada terkasar bahasa terlebih tulisan untuk semua pembaca blog kami www.ceritakami.com dan www.vitaminzahraa.blogspot.com .

Stokis shaklee sabah
Semoga anda semua gembira dan bahagia dengan keluarga tersayang di hari raya ini. Ingat, makan makan juga! Tapi jangan lupa detox ya 🙂 Nanti lemak dan toksin terkumpul dasyat kesannya pada badan hehe😄

Ikhlas dari saya, suami dan anak-anak😘

Apa itu Vivix Shaklee?

Apa itu Vivix ?

Vivix adalah satu penemuan Revolusionari dalam Anti Penuaan pada Tahap Sellular. Vivix merupakan supplemen Anti Penuaan yang terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee, iaitu Syarikat Nombor 1 supplemen makanan di Amerika.

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

  • Melindungi dan membaiki sellular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan gentik
  • Mengalakkan biogenesis ( pembentukan baru) Mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
  • Ramuan Vivix adalah 13x lebih kuat dari Resveratrol (Kandungan Unik dalam Anggur Muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

Isi Kandungan Vivix Shaklee 

Vivix® mengandungi ramuan Botani yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, ANGGUR MUSCADINE, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang KAYA RESVERATROL, POLYPHENOLIC dan mempunyai KUASA ANTI OKSIDAN YANG PALING TINGGI.

Hasil Kajian dan perbandingan ORAC ( Oxygen Radical Absorbaance Capacity Test) antara Red Grapes, Strawberry, Orange, Blackberries, Bluberries lihat dan Anggur Muscadine seperti didalam gambar) ternyata Kuasa Anti Oksidan yang terdapat pada Anggur Muscadine mempunyai tahap yang lebih tinggi dari yang lain.

Agen Shaklee Sabah Kota Kinabalu

  • Muscadine Grape 

Anggur hebat ini adalah satu satunya anggur semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom,iaitu 20 kromosom dan kerana inilah ianya mempunyai lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Ia juga mempunyai ciri ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria. Anggur muscadine dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti radang. 

Siapa tidak Suka ANGGUR KAN? Tapi INI BUKAN ANGGUR BIASA!  Size MUSCADINEGRAPES ini juga boleh didapati SEBESAR BOLA GOLF. Kerana pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat ia mengandungi banyak Polifenol dan Resveratrol . Ini antara sebab VIVIX SHAKLEE sangat HEBAT.

  • Purple Carrot

Lobak ungu mengandungi antioksidan yang lebih tinggi dari lobak merah dan mempunyai ciri-ciri anti-radang. Ini membuatkan ia sangat berguna dalam rawatan artritis. Didapati ia juga mengandungi cirri-ciri anti-virus, antiseptik dan antimikrob, dan mengandungi antikarsinogen dan beta kerotena.

Antikarsinogens membantu mengurangkan risiko kanser dan juga membantu untuk melawan sel-sel kanser yang sedia ada di dalam badan kita. Lobak ungu juga cemerlang dalam menentang virus serta jangkitan bakteria, seperti selesema, campak dan jangkitan dalaman saluran kencing, mulut dan perut.

Lobak ungu mengandungi dos yang tinggi Vitamin A, yang membantu untuk mengelakkan arteri tersumbat dan dengan itu membantu mencegah strok. Ia juga mengandungi vitamin B, C dan E serta pectate kalsium, yang merupakan sumber serat yang sangat baik, dan ia membantu untuk menurunkan paras kolesterol.

Antikarsinogens membantu mengurangkan risiko kanser dan juga membantu untuk melawan sel-sel kanser yang sedia ada di dalam badan kita. Lobak ungu juga cemerlang dalam menentang virus serta jangkitan bakteria, seperti selesema, campak dan jangkitan dalaman saluran kencing, mulut dan perut.

Lobak ungu mengandungi dos yang tinggi Vitamin A, yang membantu untuk mengelakkan arteri tersumbat dan dengan itu membantu mencegah strok. Ia juga mengandungi vitamin B, C dan E serta pectate kalsium, yang merupakan sumber serat yang sangat baik, dan ia membantu untuk menurunkan paras kolesterol.
Lobak ungu juga terkenal untuk menyuburkan rambut, kulit dan kuku, dan juga sangat membantu dalam meningkatkan kualiti susu ibu. Ia juga mengandungi satu bentuk kalsium yang lebih mudah dihadam oleh badan kita berbanding sumber-sumber lain . Akar lobak telah lama digunakan dalam merawat parasit usus, pencernaan, isu-isu tonsil dan sembelit.
Pada masa dahulu, ia telah digunakan sebagai ubat untuk merawat hampir semua penyakit.
Kajian juga menunjukkan bahawa jus lobak ungu dapat menurunkan tekanan darah , menstabilkan gula darah, dan membantu dalam memerangi penyakit hati dan penyakit jantung.

  • Europe Eldeberry (Sambucus Nigra)

Elderberries telah menjadi ubat tradisional selama berabad-abad di Amerika Utara, Eropah, Asia Barat, dan Afrika Utara. Elderberry bermanfaat dalam menurunkan kolesterol, memperbaiki penglihatan, meningkatkan sistem imunisasi, meningkatkan kesihatan jantung dan untuk batuk, selesema, flu, jangkitan bakteria dan virus dan tonsilitis.

Bioflavonoids dan lain-lain protein dalam jus memusnahkan keupayaan virus demam dan selsema menjangkiti sel. Orang dengan selsema yang mengambil jus elderberry melaporkan simptom kurang teruk dan berasa lebih baik dengan lebih cepat daripada mereka yang tidak mengambilnya. Jus Elderberry telah digunakan untuk merawat wabak selesema di Panama pada tahun 1951.

Kajian para saintis juga menunjukkan anthocyanin elderberry meningkatkan fungsi imun dengan meningkatkan pengeluaran cytokines. Ia merupakan protein unik yang bertindak sebagai ‘utusan’ dalam sistem imun untuk membantu mengawal tindak balas imun, seterusnya membantu untuk mempertahankan badan terhadap penyakit.

Ekstrak elderberry juga mengurangkan pengoksidaan kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL). Pengoksidaan kolesterol LDL merupakan faktor penyumbang kepada penyakit kardiovaskular.

  • Polygonum Cuspidatum

Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga dikenali banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah.

Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional cina. Para saintis telah menjalankan banyak ujian yang menyimpulkan resveratrol yang membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kolesterol, tekanan darah rendah, meningkatkan prestasi olahraga, dan menggugurkan kilo yang tidak diingini.

Akarnya (“He Sho Wu”) kaya dengan kandungan resveratrol. Digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat rambut beruban di negara China & Japan selama lebih 100 tahun. Potensi polifenol semulajadinya adalah untuk menyokong diet yang sihat dan mampu memberi kesan positif kepada penuaan sel yang sihat.

Ada juga beberapa kajian menunjukkan resveratrol di dalam Polygonum Cuspidatum mampu mencegah tumor.

Sehingga ke hari ini, terlalu banyak TESTIMONI POSITIF yang kami dapat dari Pengguna Vivix Shaklee. Sekiranya anda juga memerlukan Vivix Shaklee dan ingin dapatkan harga berbaloi – baloi? Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

016-8068065 | Fb : Nieda Nuds

First Aid Kit dalam Rumah Saya

Umum ramai yang tahu, First Aid Kit adalah Peralatan sebagai bantuan yang diperlukan apabila berlakunya kecemasan. Ia juga dapat didefinisikan sebagai rawatan awal dan rawatan berbentuk sementara yang diberikan kepada mangsa sebagai bantuan kecemasan sebelum pertolongan dari pihak yang lebih arif (seperti ambulans) tiba.

Di dalam rumah saya, First Aid Kit yang saya sediakan adalah dalam bentuk suplemen dan produk dari Shaklee yang ternyata Semulajadi, Selamat dan Berkesan sesuai dengan motto produk ini iaitu ” Always Green, Always Safe, Always Work”

Kedai Vitamin Shaklee sabah

Sudah lebih 3 Tahun saya memilih produk Shaklee menjadi peralatan bantuan terbaik untuk kami sekeluarga. Saya dan keluarga sangat memerlukannya apabila berlaku tanda-tanda seperti di bawah :

  • Demam Panas
  • Allergik
  • Selesma
  • Batuk Berkahak
  • Kesan Bengkak di Badan
  • Melecur pada kulit
  • Sesak Nafas
  • High Kolestrol / High Blood

KENAPA PRODUK SHAKLEE SENTIASA SELAMAT?

Ini kerana, Saintis Shaklee mencari di seluruh dunia untuk sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik. Mereka menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap bahan baru untuk logam berat, racun perosak atau mana-mana ratusan bahan cemar lain yang berbahaya. Dan juga menjalankan lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.
Secara teknikal, produk Shaklee TIDAK mengandungi bahan berbahaya seperti :

  • Aceton
  • Alkylohenol Ethoxylates
  • Ammonia
  • A-Terpinene
  • A-Terpineol
  • Aluminium Zirconium
  • – Benezaldehyde
  • – Benzyl Acetate
  • – Benzyl Alcohol
  • – Bisphenol
  • – Brominated Flame Retardants
  • – Bronopol
  • – Butyl Acetate
  • – Butyl Cellosolve
  • – Camphor
  • – Chlorine Dioxide
  • – Chloroform
  • – Cresols
  • – Diazolididinyl Urea
  • – Dibutyl Phthalate
  • – Hydochloric Acid
  • – Imadazolidinyl Urea
  • – Quaternium-15
  • – Dichchlorobenzene
  • – Diethanolamine
  • – Diethyl Phtalate
  • – Hydroquinone
  • – Isopropanol
  • – Isopropyl Alcohol
  • – Lead
  • – Limonene
  • – Dimethyl Pthalate
  • – Dioxin
  • – DMDM Hydantion
  • – Ethyl Acetate
  • – Formaldehyde
  • – Furans
  • – Linalool
  • – Phosphates
  • – Phosphoric Acid
  • – Phthalates
  • – Polyethylene Terephthalate
  • – Polyurethane Foam
  • – PolyViny Chloride
  • – P-phenylenediamine
  • – Propylene glycol
  • – Sodium HypoChlorite
  • – Sodium Laureth Sulfate
  • – Sodium Lauryl Sulfate
  • – Styrene
  • – Sulfuric Acid
  • Teratogens
  • – Terpenes
  • – Toluene
  • – Toulene Sulfonamide Formaldehyde Resin
  • – Trichloroethane
  • – Triclosan
  • – Trimethylbenzene
  • – Tripolyphosphate
  • – Xylene
  • – Linear Alkyl Benzene
  • – Sodium Sulfonate
  • – Methylene Chloride
  • – A-Pinene
  • – Musks
  • – Naphthalene
  • – Nitrobenzene
  • – Parabens
  • – Paradichlorobenzene
  • – Pentane
  • – Perchlorate
  • – Perchloroethylene
  • – Peroxide
  • – Petroleum Distillates
  • – Phenols

*Diterbitkan oleh US FDA

Panjangkan senarai ni, mana satu yang biasa kita lihat atau sebut? Pada saya PARABENS yang selalu saya jumpa. Apa parabens tu? Bahaya kah? Ini saya ambil dari blog untuk perkongsian info ya.

**Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adakah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi. PARABENS boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.Paraben boleh ditemui sebagai methylparaben, ethylparaben,propylparaben, butyparaben,isopropylparaben,yang terdapat dalam alat solek/ kosmetik.- Rujukan

First Aid Kit Shaklee yang saya gunakan seperti :

  • Nutriferon

Ianya adalah Interferon Semulajadi yang  menguatkan sistem imun dengan lebih cepat. Sangat sesuai untuk Selesma dan Demam Panas.

  • Omega Guard

Minyak ikan tulen yang mengandungi EPA DHA yang kami gunakan untuk melancarakan peredaran darah, jika ada tanda-tanda seperti high kolestrol, high blood dan saya berikan untuk anak saya yang batuk berkahak.

  • Vitamin C

Vitamin meningkatkan antibodi yang mampu menyelamatkan kami ketika selesma dan allergik sukar tidur.

  • Alfalfa Complex

Diperlukan apabila mengalami allergik, resdung dan ia juga baik untuk mengurangkan asid urik dalam badan sesuai untuk pesakit gout.

  • Herbal Blend

Bengkak badan hasil gigitan serangga atau nyamuk, Anak-anak panas badan dan kembung perut saya akan sapu ini di badan mereka.

  • Basic H

Kami perlukan dan sediakan apabila berlakunya kecemasan, melecur terkena minyak atau air panas. Basic H sangat bagus untuk meredakan kulit yang pedih dan terluka.

Tetapi jika berlakunya kecemasan yang kritikal, kami juga memilih untuk dapatkan rawatan dari Klinik dan Hospital berhampiran. Sayangi dan Selamatkan Keluarga adalah pilihan yang bijak.

Sudahkah anda bersedia dengan First Aid Kit anda dirumah? 

Hubungi saya jika ada pertanyaan lanjut:

Nieda Nuds | 0168068065


Vitamin Harga Promosi Jun 2016

Setiap awal bulan Pihak Shaklee akan umumkan Harga Promosi untuk produk-produk terpilih. Promo seperti ini membolehkan para pelanggan terutamanya ahli member mendapat harga murah daripada kebiasaan.
Vitamin Shaklee Promosi Jun 2016

Bulan JUN ini, 3 produk promo iaitu :

  • Mealshake

Makanan Segera, Tanpa Curiga
Dengan gaya hidup yang lasak dan sentiasa berlari aktif, kanak-kanaktidak punya waktu untuk duduk diam menikmati makanan yang seimbang. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan segera yang baik untuk mereka dengan pilihan kandungan rendah lemak dan rendak glisemik seumpama Shaklee Meal Shakes.

Memberikan 19 vitamin dan mineral penting sebagai asas nutrien untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja untuk kekal sihat dan kuat
Sumber pemakanan serat dan protein terbaik

Kaya dengan sumber kalsium

  • Lecithin

Akademi Sains Kebangsaan menetapkan bahawa lesitin amat penting dalam pemakanan kerana ia merupakan sumber fosfolipid yang terdiri daripada kolina dan inositol, iaitu komponen utama membran sel dalam setiap organisma hidup yang berfungsi untuk mengawal aliran nutrien ke dalam dan keluar dari sel.

Lesitin juga akan ditukarkan kepada asetilkolina yang diperlukan untuk memelihara kesihatan tubuh.

Setiap sajian membekalkan 3.1g lesitin, yang mengandungi 468mg fosfatidilkolina dan 282mg fosfatidilinositol

Dirumus daripada sumber semula jadi iaitu kacang soya

  • Vitalea for Children

Multivitamin Kanak-Kanak yang sungguh Enak
FORMULA SERBA BAHARU ini dicipta berteraskan kajian sains pemakanan yang telah dijalankan lebih 100 tahun serta bersandarkan panduan kepakaran para pakar pemakanan dan saintis penyelidik Shaklee. Ia mengandungi mikronutrien berspektrum luas.

Membekalkan 18 Vitamin dan Mineral
Penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak

Rumusan Tidak Merosakkan Gigi

Dirumus dengan pemanis asli xylitol yang tidak menyebabkan kaviti

Perisa Anggur Yang Enak

Sedap dikunyah, pasti digemari oleh kanak-kanak

Sekiranya anda berminat untuk membeli dengan harga promosi boleh hubungi di Whatsapp 016-8068065 ataupun melalui facebook saya Nieda Nuds.

Cara Daftar Ahli Shaklee di Sabah Dan Seluruh Malaysia

Assalamualaikum …

Untuk anda yang berminat mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun menjadi AGEN dan PENGEDAR PRODUK SHAKLEE. Di sini saya terangkan bagaimana dan kelebihan mendaftar dengan kami.

register masuk member shaklee

CARA – CARA DAFTAR AHLI SHAKLEE

TAHNIAH! Buat anda yang membuat pilihan bijak untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee. Terdapat Dua Pilihan untuk mendaftar iaitu :
1. Daftar dengan membuat pembayaran masuk member RM68.90 (seumur hidup)

2. PERCUMA masuk member jika pembelian 200 UV point iaitu rm670 ke atas.

MAKLUMAT PENTING UNTUK MENDAFTAR AHLI SHAKLEE

Setelah bersetuju untuk menjadi ahli shaklee, maklumat di bawah diperlukan untuk tujuan pendaftaran ahli dlm sistem Shaklee. Anda boleh berhubung dengan saya melalui Whatsapp di nombor 016-8068065 untuk privasikan maklumat peribadi anda.

  • Nama:
  • No. KP:
  • Alamat surat menyurat:
  • Email:
  • No. HP:

(Sekiranya sudah berkahwin)

  • Nama suami /isteri:
  • No. KP suami /isteri:

(Untuk tujuan pembayaran bonus)

  • Nama bank:
  • No. Akaun bank:

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

Untuk kegunaan sendiri :

  • Dapat beli dengan harga ahli yang lebih murah dari harga pasaran.
  • Dapat beli dengan harga promosi produk bulanan.
  • Jika pembelian melebihi 150uv,Layak dapat bonus tunai pada bulan seterusnya.
  • Keahlian seumur hidup,tidak perlu kekalkan UV tertentu untuk kekal jadi ahli.

Untuk berniaga:

  • Dapat keuntungan runcit bagi setiap produk yang dijual
  • Ganjaran 3C(Cash,Car dan Convention) dari Shaklee.*
  • CASH:Bonus setiap bulan,untuk jualan 150UV ke atas.*
  • CAR:Insentif subsidi untuk pembelian kereta setiap bulan.
  • CONVENTION:Peluang umrah/percutian,ditaja sepenuhnya.*

KELEBIHAN MENJADI AHLI DI BAWAH GROUP KAMI

  • Bersama kami dalam Group Whatsapp #KamiSidHebat
  • Bersama dalam Group Facebook Kumpulan Hebat di bawah Master Azrin Mohd (Osf Family), Master Hadhatina Halim (Supermom Family), Master Lyna Noh (Ireach Family)
  • Disediakan info dan poster untuk berkongsi dengan orang ramai melalui online.
  • Saya akan ajar buat blog secara percuma untuk yang berminat.
  • Berpeluang memenangi hadiah – hadiah menarik setiap bulan.

Anda berminat bersama-sama kami menambah nilai kesihatan orang ramai, menambah duit poket, menambah pendapatan belanja rumah, belanja shopping? Malah berminat ke Luar negara atau ke Umrah secara Percuma?

Ambil Tindakan Sekarang! Whatsapp saya : 016-8068065.

Perlukah Suplemen Untuk Tubuh Anda?

Tubuh yang sihat, cergas dan bebas dari pelbagai penyakit adalah nikmat kehidupan. Tubuh badan yang sihat semestinya memerlukan nutrisi yang cukup dan pemakanan seimbang yang diambil setiap hari. Begitu juga dengan amalan gaya hidup yang sihat.Namun begitu, dengan gaya kehidupan masa kini yang sibuk, penat, stress dan terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas di luar sana. adakalanya tubuh memerlukan nutrisi ekstra dan pengambilan suplemen yang boleh memenuhi khasiat yang diperlukan. Walaupun begitu, anda kena berhati-hati dalam memilih suplemen, dan elakkan memilih suplemen sembarangan kerana seandainya tubuh tidak memerlukannya, ia kurang memberikan manfaat.


Dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam suplemen, ia memberi banyak kebaikan dan kelebihan kepada tubuh. Antaranya :

  • Meningkatkan Metabolisme Badan
  • Penting untuk “Vegetarian”
  • Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Suplemen Khas untuk Wanita

Bilakah Badan Anda Memerlukan Suplemen?

  • Apabila keletihan dan penat setelah melakukan aktiviti yang menggunakan banyak tenaga
  • Apabila tubuh mula merasa sakit, tidak selesa dan mula berasa amat lesu. Keadaan ini memberi isyarat bahawa badan memerlukan suplemen.
  • Apabila terjadi ketidakseimbangan dalam tubuh terutama yang berhubungan dengan sistem metabolisme tubuh.
  • Apabila badan terlalu terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas yang tinggi atau ketika berdepan cuaca buruk.
  • Apabila wanita hamil yang sememangnya amat digalakkan mengambil suplemen yang bersesuaian.

Kek Hello Kitty Comel Sempena Birthday Adyana Zahraa

 Jumaat 6hb Mei 2016 yang lepas, tercapai juga hasrat si gadisku menyambut hari lahirnya di sekolah Little Caliph Kinarut bersama kawan-kawan. Tahun ini Adyana Zahraa mama ni dah 5tahun. Sihat dan sangat pintar bercakap. Kalau pada hari dan bulan -bulan yang lepas bersemangat bawakan hadiah untuk kawan-kawan yang menyambut hari lahir di sekolah. Kali ini tiba harinya pula untuk menerima hadiah yang begitu banyak dari kawan dan guru. Terima Kasih ya…


Kek Hello Kity yang sedap, kemas dan menarik ini ditempah dari Facebook : Nurdehearty Cake. Berbaloi beli kek dengan kak ni, harga pun rm70 sahaja. Bagi yang ingin mencari kek untuk anak tersayang boleh lah teropong Facebook beliau. Hehe. 


Alhamdulillah, senang hati mama diumur 5tahun, anak mama sudah pandai sembahyang, baca al fatihah dan surah-surah pendek, pandai membaca beberapa perkataan, pandai zikir dan bijak mengurus diri sendiri dan adik Farish Zaydan dengan baik.

Doa mama, Adek membesar jadi gadis yang baik, solehah dan sentiasa di rahmati Allah selalu.

Mama, Babah, Abang dan Farish sayang Adek selalu.

02-05-2016

Hilang Kad Pengenalan atau Kad Bank, Apa saya perlu buat?

Assalamualaikum…

Sejak seminggu lalu, saya kehilangan Kad Pengenalan @ Ic dan Kad Bank. Sehingga membataskan pergerakan kehulu kehilir dan perjalanan perniagaan saya. 

Bagi yang mengalami masalah yang sama seperti saya, langkah-langkah di bawah saya senaraikan semoga membantu anda menyelesaikan masalah seperti ini. 

Sama seperti saya yang baru pertama kali kehilangan benda penting sebegini, ramai yang saya bertanya bagaimana proses untuk mendapatkan semula benda-benda ini.

 hilang kad bank maybank cimb  bank islam bsn 

Langkah 1 :

Periksa semula tempat anda menyimpan kad penting tersebut, pastikan ia benar-benar hilang sebelum membuat keputusan. Tapi kalau dah kecurian tidak perlu lah mencari lagi.

Langkah 2 : 

Telefon HelpLine Kad Bank anda, Contoh Nombor HelpLine untuk Maybank adalah 1300886688 . Buat pengesahan yang kad bank anda telah hilang. Pihak Maybank akan sekat perjalanan akaun bank anda untuk elakkan dari kecurian dari pelbagai transaksi. 

Buat Laporan di Balai Polis berhampiran yang mengatakan Kad Pengenalan anda telah hilang ataupun tercicir.

Langkah 3 :

Pergi ke Bank berdekatan untuk membuat laporan dan menggantikan semula kad bank anda yang hilang. Jika Maybank akan di charge rm12, tidak pasti bank lain.

Kad Pengenalan pula kena bayar rm110.00 untuk membuat kad pengenalan baru di kaunter-kaunter Jabatan Pendaftaran Negara. 

Alahai, tidak pasal-pasal kena keluarkan bajet rm120++ untuk kehilangan benda-benda penting ini.

Oleh itu, mulai hari ini, berhati-hati menyimpan kad pengenalan dan kad bank anda ya…semoga membantu😄