Category Archives: Resepi Kami

Resepi Serunding Udang Kering yang sangat mudah

Serunding udang kering ni adalah kegemaran suami saya.  Maka, sangat lah tidak sesuai kalau resepi mudah begini pun saya tidak pandai masak.haha😁 

Serunding ni jika kena caranya, boleh tahan sehingga seminggu, jadi tidak hairan lah saya sanggup bawa 21jam dalam kapal untuk bekalan di USA bulan ogos lalu. Tekak melayu kan.hehe😄 

 Ok jom kita baca macamana mudahnya saya buat Serunding yang sangat sedap ni.

serunding udang kering mudah

BAHAN2:

500gm Udang Kering – rendam, tapis & tumbuk 
2 ulas Bwg Merah*
1 ulas Bwg Putih*

Garam, Serbuk perasa,Minyak


CARA2:

Panaskan minyak & tumis bawang yang sudah di tumbuk atau dikisar.
Masukkan udang kering.
Masukkan garam, serbuk perasa.
Kacau sehingga sebati & kecilkan api.
Kacau kerap sehingga kering (jgn terlalu kering).
 
Dan siap….lepas tu, boleh lah Makan dengan Nasi Panas, Kelupis pun sedap. Opps makan dengan Maggie pun sedap juga.hehe:)

Selamat mencuba😄


Resepi Popiah Goreng Sedap

Hari ini dah puasa ke 15 Ramadhan, untuk ibu – ibu, kakak – kakak yang ada masa tu boleh lah sekali sekala buat persiapan berbuka sendiri di rumah. Mudah saja buat popiah ni, selain sedap  tentu saja anda berpuas hati dengan hasilnya yang berisi dan padat.Isi popiah tu adjust la kasi banyak sikit.hehe.

popiah goreng yang sedap
Bukan salahkan si penjual popiah ya..sebab diaorang mahu juga jimat kos barang dan hasil jualan. Jadi, kalau teringin makan popiah yang padat. Sila la buat sendiri.

[Resepi Popiah Sayur + Udang]

bahan popiah goreng
Bahan-bahan:

1 biji bawang merah [dikisar]

1 biji bawang putih [dikisar]

1/2 biji bawang besar (dipotong halus)

10 ekor udang bersaiz sedang (dipotong kecil)

1 biji lobak merah (diparut/disagat memanjang)

3/4 sayur kobis (dipotong halus)

5 btg sayur kacang panjang (dipotong halus)

Sedikit garam

Minyak zaitun 

Kulit popiah

Sedikit air (untuk melekatkan kulit)

 

 
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar & bawang besar sehingga naik baunya. 

2. Masukkan udang dan tunggu sebentar. Masukkan pula lobak merah,kobis dan sayur kacang panjang. Masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak.

3.Angkat dan sejukkan intinya.

4.Selepas intinya sejuk, gulung popiah tadi menggunakan kulit popiah. Di hujungnya, lekatkan sedikit menggunakan air tadi agar tidak terbuka gulungan.

5. Goreng sehingga kekuningan dan keemasan (Api kecil). Boleh dihidangkan bersama sos cili atau sos thai.

 

Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya, jangan malu-malu. 

Selamat mencuba.