Category Archives: Cerita Kami

Saya Gembira Jual Shaklee seluruh Malaysia

Assalamualaikum semua…

Hari ini saya ingin kongsikan bahawa Saya dah Jual Shaklee selama 3 Tahun 6Bulan sehingga ke hari ini. Dan Insya Allah akan lebih bertahun lamanya seperti Master Coordinator Shaklee yang lain. 
Alhamdulillah, ada seorang Master pun dah buat 25Tahun business dengan Shaklee ni, saya terinspirasi melihat mereka sebagai Jutawan yang dermawan.

Sebagai seorang Pengedar dan Agen Shaklee yang AKTIF. Saya tumpang bangga dengan Produk Shaklee yang telah membantu orang ramai untuk SIHAT , CANTIK & BERTENAGA ni, Malah saya juga tumpang GEMBIRA sebab telah  membantu orang ramai sebagai pendapatan mereka menyara diri sendiri dan keluarga ni sebagai cikgu mereka, walaupun perniagaan Shaklee ni bukan project cepat kaya mcm project org lain😂

Daftar Ahli Shaklee PERCUMA AGEN PENGEDAR SHAKLEE SABAH
Ada yang buat Shaklee tapi Malu mahu bagitahu orang ramai. Kenapa mesti MALU mahu bagitahu yang saya JUAL SHAKLEE? sedangkan sudah 3 tahun saya membantu sedikit walau tidak banyak kepada anak didik saya jana pendapatan, membantu yg muka berjerawat berjeragat kembali cantik, ibu hamil, ibu lepas bersalin, pesakit buah pinggang, bells palsy, kencing manis, darah tinggi, strok dapatkan produk yang sesuai dengan izin Allah.
Secara jujur SAYA BANGGA 😄😄😄
Aktiviti saya dengan Shaklee sangat mudah, Setiap hari saya akan ke Cawangan Shaklee Kota Kinabalu untuk membeli order-orderan dan DAFTAR AHLI jika ada permintaan. Alhamdulillah permintaan Vitamin Shaklee sentiasa MASYUKKK dengan Niat yang betul.InsyaAllah.
Siapa yang teringin Join Member dan SERIUS BUAT BUSINESS JANGAN MALU HUBUNGI SAYA😘 KAMI SEDIAKAN ILMU, SISTEM, POSTER, GROUP WHATSAPP / FACEBOOK untuk sama-sama belajar.
DAFTAR AHLI HANYA RM68.90 sahaja, Jika anda orang yang rajin, kuat semangat, hati kental boleh dapat pendapatan beribu kali ganda daripada pelaburan anda Rm68.90 itu.

Hubungi saya di Whatsapp 016-8068065 ataupun di Facebook : Nieda Nuds / Zahraa E-shop

Studio 3D Art Menarik di Kota Kinabalu

Sejak dua tiga menjak ni, asyik saya lihat gambar kawan-kawan beraksi dengan latar belakang lukisan yang hebat. Sangat menarik hinggakan saya tertarik bawa anak-anak dan keluarga mencari Studio 3D Art yang terdapat di Kota Kinabalu.

Setakat ini info yang saya ada adalah terdapat dua Studio 3D Art di bandar Kota Kinabalu ni iaitu di Oceanus Waterfront Shopping Mall dan One Borneo Shopping Mall.

 Tetapi hari ini saya akan kongsikan info dan gambar kami di “Ocean 7 Art Gallery” di Oceanus sahaja. Akan datang saya akan kongsi info Studio 3D di One Borneo pula, sebab buat masa sekarang saya pun belum masuk studio di sana lagi.

 ” Ocean 7 Art Gallery ” di buka pada jam 10 pagi hingga jam 10 malam setiap hari. Harga Tiket RM 28(Dewasa), RM18 (kanak-kanak 12tahun ke bawah), PERCUMA untuk kanak-kanak 3tahun ke bawah.

Latar belakang 3D yang menarik perhatian anak perempuan adalah lukisan Elsa Frozen. Cuba lah bawa anak-anak kamu ke sana, mesti diaorang suka.  Baju persalinan princess Elsa pun ada disediakan.

Saya kongsikan juga Gambar – gambar menarik saya dan keluarga sewaktu di sana. Diharap info ini dapat memberikan idea percutian anda dan keluarga sempena cuti sekolah ni. selamat bercuti…

Dunia Baru Blog Baru

Perkenalkan blog terbaru saya yang menggunakan medium wordpress. Harapan saya lebih banyak dapat saya kongsikan dalam www.ceritakami.com  yang akan menarik perhatian anda. Tidak lupa blog pertama saya www.vitaminzahraa.blogspot.com masih beroperasi seperti biasa.

IMG_7133.JPG

Saya ibu tiga orang anak iaitu adi farid Hariri 8tahun, Adyana Zahraa 4tahun & Farish Zaydan 6bulan. Blog ini akan berkisar mengenai cerita kami sekeluarga, cerita melancong, cerita resepi & cerita vitamin kegemaran kami yang menjadi pendapatan untuk kami sekeluarga.

Saya Nieda Nuds & suami Yeoh Mohd adalah Pengedar Shaklee Sabah yang aktif bermula January 2013 hingga ke hari ini. Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh saja hubungi kami.