Category Archives: Cara merawat strok dengan cepat dan mudah

Ketahui Bahaya Stroke! Jangan Ambil Mudah

Strok adalah kematian mengejut sel-sel otak kerana kekurangan oksigen dan nutrien. Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang penting untuk berfungsi. Apabila otak gagal berfungsi dan mati. Strok akan terjadi.

Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia selepas Penyakit Jantung dan Kanser. Setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.Kejadian berlakunya strok ada dua cara iaitu disebabkan oleh aliran darah yang tersekat (strok iskemia) ataupun saluran darah di dalam otak telah pecah yang dikenali sebagai strok berdarah.

strok sembuh dengan vivix shaklee

 

STROK ISKEMIA

Strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.

TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.

STROK BERDARAH

Strok berdarah adalah di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Continue reading »