Category Archives: Bell’s Palsy

Cara Cepat Merawat Bell’s Palsy ( Muka Jatuh )


Pada entri saya yang lepas mengenai Simptom Simptom Bell’s Palsy ,  sekali lagi saya ingin menulis mengenai penyakit ini kerana baru sahaja saya mendapat khabar gembira dari customer saya yang telah sembuh akibat terkena Bells Palsy selepas beliau bersalin pada sebulan lepas. Usaha beliau dengan mencuba Vivix Shaklee dan menggunakan urutan traditional alhamdulillah berjaya. Cara minum Vivix Shaklee yang dicadangkan adalah satu sudu kecil sehari untuk yang menjaga kesihatan, tetapi oleh kerana kes beliau dikira kes serius, saya cadangkan padanya untuk ambil dua sudu sehari, Dan setelah beransur baik boleh kurangkan dos semula ke satu sudu teh sahaja sehari.

Antara sebab berlakunya Bell’s Palsy (Muka Jatuh) adalah:

  • Lemahnya Sistem Otot Saraf
  • Terlalu lama terkena angin sejuk
  • stress pada otot leher
  • demam yang tinggi

Cara elakkan terkena Bell’s Palsy

  • Elakkan wajah terdedah pada cuaca sejuk, angin, kipas mahupun aircon terlalu lama.
  • Gunakan pelindung wajah ketika memandu ketika cuaca panas
  • Elakkan tidur tekap muka di lantai
  • Cuba untuk selalu gerakkan otot wajah sekerap mungkin
  • Elakkan mandi dengan air sejuk pada waktu malam/cuaca sejuk

Cara merawat Bell’s Palsy atau muka jatuh dengan cepat

Berdasarkan pengalaman saya bersama dua orang customer yang mengalami penyakit ini, dan juga hasil dari pembacaan. Terdapat cara merawat Bell’s Palsy (muka jatuh) dengan cepat.
  • Jika dirujuk dengan Doktor, biasanya akan diberi ubat dan disarankan untuk lakukan fisioterapi setiap hari.
  • Untuk pilihan semulajadi, anda boleh memilih Vivix , Ostematrix, Bcomplex yang sangat sesuai untuk melancarkan peredaran darah, perbaiki sel tubuh, baik untuk saraf dan menenangkan otot saraf yang stress.
  • Letak bekas berisi air suam-suam panas dan tekapkan pada wajah. Buat urutan dari wajah hingga ke bahagian belakang telinga kerana disana terletaknya pusat saraf.
  • Buat urutan wajah dari dalam keluar dengan minyak zaitun atau minyak aroma dengan menggunakan 3 jari ( jari tengah, telunjuk, manis)
  • Berjumpa dengan tukang urut yang mempunyai pengalaman dan ilmu mengurut untuk membantu anda.
  • Selalu gerakkan otot wajah seperti mengunyah makanan liat atau gula-gula.

Semoga dengan cara dan teknik di atas dapat membantu anda mengatasi masalah bell’s palsy ini dengan cepat.

Testimoni Pesakit Bells Palsy dengan Vitamin Shaklee

img_2788-3.jpgc8e6f041-9e62-44ae-b338-39248f0ce870.jpg

Simptom Bell’s Palsy

Bell’s Palsy merupakan kelumpuhan atau kelemahan otot yang biasanya akan menyerang sebelah muka pesakit sahaja sama ada kiri atau kanan. Otot-otot wajah adalah dikawal oleh sistem saraf yang ada pada muka. Wajah pesakit yang kelihatan “jatuh” adalah disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf yang menyerang otot-otot wajah. 

simptom-simptom bell's palsy Pesakit Bell’s Palsy akan membuatkan mereka tidak dapat menggerakkan otot – otot sekitar muka malah membolehkan mereka mengalami masalah deria rasa. Fungsi lidah juga akan tidak berfungsi yang menyebabkan mengalami masalah dalam merasa makanan dan sebagainya. Golongan yang berisiko diserang Bell’s Palsy ini biasanya terkena pada orang dewasa, tetapi saya terfikir untuk menulis entri tentang ini adalah disebabkan oleh anak kepada kawan saya yang berumur 4tahun lebih juga terkena penyakit ini. Terbaca dan mengambil info dari dalam majalah juga adalah sangat membantu saya menghasilkan entri ini. Mudah- mudahan ramai dapat manfaatnya.

Simptom- Simptom Bell’s Palsy

  • Antara simptom utama yang dapat dikesan adalah lumpuh sebelah muka secara tiba-tiba. Pesakit biasanya akan mengalami kesukaran memejamkan mata dengan rapat.
  • Mengalami kesukaran mengawal pengeluaran air liur meleleh tanpa dikawal atau disedari.
  • Mata kering ataupun air mata keluar tanpa dapat dikawal. Ia terjadi apabila mata tidak dapat berkelip kerana otot mata lumpuh.
  • Hilang deria rasa.
  • Kesakitan dalam telinga juga boleh menjejaskan tahap pendengaran bergantung sebelah mana terkena Bell’s Palsy.
  • Sakit Kepala.
  • Kebas pada bahagian muka yang bermasalah.

Rawatan Bell’s Palsy

Menurut pembacaan dari majalah ini, hasil kajian daripada kes yang berlaku, ramai pesakit akan sembuh tanpa sebarang rawatan. Cuma ia akan mengambil masa lebih kurang satu hingga tiga bulan. Namun , masih ada pesakit yang menanggung kesan ekoran Bell’s Palsy seperti kelumpuhan kekal pada wajah selepas mengalami fasa itu. Tetapi jumlahnya adalah sedikit. Biasanya, apabila pesakit merujuk ke hospital akan ada rawatan dan ubat-ubatan yang akan diberikan. Bahagian itu tidak dapat saya pastikan.

Tetapi, apabila saya terbaca TESTIMONI Pesakit Bell’s Palsy yang mengambil Vitamin Shaklee juga memberi peluang untuk saya membantu memberi info-info ini untuk sesiapa yang memerlukan.  

Bell’s Palsy VS Vivix Shaklee

Vivix adalah Vitamin yang sangat tinggi Anti Oksidan. Kandungan ramuan semulajadi Vivix Shaklee seperti Anggur Muscadine, Purple Carrot, European Eldeberry, Polygonum Cusspidatum menjadikannya istimewa yang banyak membantu masalah-masalah kronik yang dihadapi oleh orang ramai. Namun kuasa Allah juga adalah penentu.

Vivix Shaklee adalah vitamin yang mampu tembus sehingga ke DNA manusia. Ia juga membantu menyingkir sel mati dan membantu memperbaharui sel-sel badan. Insha Allah membantu menyelesaikan masalah otot Saraf Bell’s Palsy dengan izinnya. 

Testimoni VIVIX untuk pesakit Bell’s Palsy

 vivix shaklee untuk bells palsy 

 vivix  bells palsy  
vitamin bells palsy  

testimoni bells palsy vivix 
Semoga bermanfaat…