“Perkampungan Arnab” yang semakin dikunjungi ramai ini adalah antara aktiviti menarik terbaru di Kundasang Ranau. Pertama kali menjejakkan kaki ke Arnab Village Kundasang pada 16 September 2017 yang lalu bersama anak-anak dan keluarga membuatkan hati ingin berkongsi pada orang ramai lokasi untuk ke sana. Bagi sesiapa yang belum pernah sampai bolehlah ikut petunjuk ini.
