Category Archives: 11 Makanan yang baik untuk kesihatan mata

11 Makanan Cegah dan Atasi Masalah Mata Rabun

Setiap hari, mata terdedah kepada sinaran UV merbahaya daripada radiasi komputer dan cahaya matahari. Tanpa penjagaan sepatutnya, mata akan menjadi kering, letih dan lama kelamaan akan mengalami masalah seperti pudar, rabun jauh ataupun rabun dekat.

Rabun jauh (Miopia) adalah apabila mata tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas atau melihat dengan pandangan kabur. Manakala, rabun dekat (Hyperopia) pula situasi terbalik dengan rabun jauh iaitu rabun dekat boleh melihat objek jauh dengan jelas tetapi tidak dapat melihat yang dekat dengan jelas.

vitamin shaklee untuk sakit mata

Ciri-Ciri Rabun Jauh 

Ciri-ciri rabun jauh boleh berlaku kepada semua peringkat umur, antara yang sering dialami oleh penghidap rabun jauh adalah seperti :

  • Sering mengalami sakit kepala kerana mata bekerja secara berlebihan.
  • Mata yang penat kerana sukar untuk fokus melihat sehingga sering menyepetkan dan mengecilkan mata untuk fokus.
  • Pandangan kabur melihat objek yang jauh
  • Sering menggosok mata.

Ciri-Ciri Rabun Dekat

Ciri-ciri rabun dekat boleh berlaku kepada bayi baru lahir, tetapi ia biasaya akan sembuh dengan sendirinya ketika usia meningkat 12 tahun. Namun pada usia muda, kemampuan mata melihat dengan jelas masih sangat baik sehingga mereka yang menghidap rabun jauh tidak merasa terganggu. Tetapi pada orang dewasa terutama pada peringkat umur 40 tahun keatas akan merasa susah untuk melihat objek kecil pada jarak dekat. Antara yang sering dialami oleh penghidap rabun dekat adalah seperti :

  • Sakit Kepala apabila melihat objek dekat walaupun sekejap
  • Kabur melihat objek dekat
  • Pandangan penglihatan objek jauh menjadi kabur setelah mata terlalu lama fokus pada objek yang dekat.
  • Mata akan cepat penat terutama ketika membaca dalam jarak dekat.

Faktor Penyebab Mata Rabun

  • Faktor Genetik, Biasanya rabun jauh juga adalah disebabkan dari keturunan.
  • Faktor usia, Seperti pada orang tua, rabun dekat adalah proses alami yang biasa berlaku dan dialami hampir semua orang di usia emas.
  • Sering terdedah dengan sinaran UV dan radikal bebas yang merbahaya.
  • Kekurangan makanan yang berzat ketika proses pertumbuhan membesar sehingga usia 12 tahun.
  • Kebiasaan buruk, seperti sering melihat jarak dekat secara terus menerus seperti membaca, melihat (television, komputer, gadget) dalam jarak dekat, membaca sambil tidur dan sering membaca di tempat yang kurang cahaya.

Tips Cegah dan Atasi Masalah Mata Rabun

Seperti menjaga makan untuk dapatkan badan yang sihat dan cantik, untuk mata juga sama. Lindungi mata daripada zarah bebas, cegah masalah mata penat dan masalah rabun dengan beberapa tips ini :

  • Elakkan menggosok dan menyentuh mata atau bahagian berdekatan mata menggunakan tangan yang kotor . Seperti tangan selepas membersih habuk dirumah. Kerana ia boleh menyebabkan jangkitan seperti katarak.
  • Elakkan dari melihat skrin komputer terlalu lama. Ambil langkah rehat setiap 30 minit  untuk rehatkan otot mata dengan kerlipkan mata berulangkali. Anda juga boleh ambil langkah seperti melihat objek yang berwarna hijau atau pokok dan tumbuhan setiap pagi dengan keadaan statik.
  • Elakkan melihat gadget dan membaca buku dengan cahaya yang samar atau gelap. Sebaiknya baca dengan cahaya terang dengan membuka lampu diwaktu malam.
  • Dapatkan pemeriksaan awal jika anda mempunyai tanda – tanda seperti ciri -ciri rabun di atas. Dapatkan spek yang bersesuaian untuk lindungi mata sebelum menjadi lebih kabur.
  • Dapatkan makanan yang kaya degan Antioksidan dan Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E yang baik untuk mata segar dan lembap dan memberikan penglihatan yang baik seterusnya bebas dari radikal bebas dan memperlahankan proses penuaan.

11 Makanan Untuk Kesihatan Mata

11 Makanan yang Baik untuk Kesihatan Mata

  • Buah-buahan yang berwarna-warni – Makanan seperti lobak merah, tomato, strawberi, labu, jagung, avokado dan tembikai adalah sumber yang sangat baik vitamin A dan C.
  • Ikan – Salmon, Tuna, Mackerel, Sardin yang kaya dengan Asid Lemak Omega 3 membantu melindungi mata kering, dan lindungi daripada katarak.
  • Sayuran Hijau – Seperti Bayam dan Brokoli sangat baik untuk elakkan mata rabun dan katarak.
  • Telur – Vitamin dan nutrien dalam telur, termasuk lutein dan vitamin A (yang boleh melindungi daripada rabun malam dan mata kering), menggalakkan fungsi dan  kesihatan mata.
  • Buah-buahan sitrus dan Berries – Oren, grapefruits, lemon dan buah beri adalah tinggi dengan vitamin C, yang boleh mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula.
  • Kekacang – Pistachios, walnut, badam – mana jenis tickles mewah anda – kaya dengan omega-3 asid lemak dan vitamin E yang meningkatkan kesihatan mata anda.
  • Biji bunga matahari / Sun Flower Seed – Membantu menjaga mata anda sihat dan bebas dari penyakit dengan mengambil biji bunga matahari, yang merupakan sumber yang sangat baik vitamin E dan zink.
  • Bijiin Penuh / whole Grains – membantu menggalakkan kesihatan mata secara keseluruhan.

vitamin shaklee untuk mata sakit rabun

  • Suplemen Minyak Ikan, Flaxseed Oil and Black Currant Seed Oil – Suplemen ini mengandungi omega-3 asid lemak dan mempunyai banyak manfaat kesihatan mata, termasuk membantu untuk mencegah atau mengawal sindrom mata kering serta mengurangkan risiko degenerasi makula dan katarak.
  • Carotomax Shaklee – Lima Karotenoid Bermanfaat,Carotomax®membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semula jadi, Mengandungi pati ekstrak daripada tomato, mikroalga, minyak sawit, marigold dan lain-lain dan menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan mata dan kulit untuk jangka masa yang lebih lama.
  • Vivix Shaklee – mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

Testimoni Pengguna Vitamin Shaklee untuk Mata

vivix shaklee untuk mata sihat
Semoga info diatas bermanfaat untuk anda yang memerlukan. Sekiranya anda memerlukan suplemen dan vitamin yang baik untuk kesihatan mata boleh hubungi saya di talian 016-8068065 ataupun di Facebook Nieda Nuds