Cara Mudah Hilangkan Jeragat

Jeragat atau pigmentasi merupakan salah satu musuh wanita selepas kedutan. Tidak ada wanita yang inginkan kulit yang berjeragat atau mempunyai tompok-tompok hitam di kulit. Namun ianya berlaku tanpa disedari sekiranya kita kurang menitik beratkan kesihatan kulit.

Jeragat biasanya mula menyerang kulit wajah seseorang sekitar usia 30 hingga 45 tahun, tetapi ada juga kajian yang membuktikan yang jeragat atau pigmentasi boleh timbu seawal usia 16 tahun dan bilanganya pula akan bertambah selari dengan usia. Jeragat bukan sahaja berlaku terhadap wanita, malah ada juga lelaki yang mengalami masalah ini.

Punca – Punca Timbulnya Jeragat

  • Kulit sering terdedah kepada cahaya matahari yang panas terik. Wanita asia yang tinggal di negara bercuaca tropika lebih terdedah kepada risiko pigmentasi kerana pancaran matahari yang mengandungi ultra ungu.
  • Faktor hormon, yang mana menurut pakar kulit, pigmentasi terbentuk akibat aktiviti melasma berpunca daripada tindakan hormon yang merangsang sel melanin pada kulit.
  • Penggunaan pil hormon (contohnya : pil perancang), Masalah ini selalu berlaku pada kaum ibu yang mengambil pil perancang, bila darah haid tidak keluar berbulan-bulan, mulalah timbul masalah kulit kering, kulit berjeragat dan sebagainya.
  • Selain hormon, faktor genetik keturunan juga mempengaruhi. Pigmentasi mula terbentuk di dalam kulit sejak zaman kanak-kanak lagi. Cahaya matahari mengaktifkan melasma dan sekiranya seseorang itu kerap berjemur, ia akan mempercepatkan kemunculan pigmen pada kulit wajah.
  • Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai, tidak selamat dan mempunyai bahan kimia yang merbahaya juga memberi pendedahan kepada kulit wajah yang rosak dan tidak sihat.

Langkah – Langkah Awal Mencegah Jeragat:

Prevention is better than cure, oleh itu untuk mengelak Jeragat terjadi, pencegahan awal adalah sangat digalakkan.

1. Gunakan pelembap wajah yang mengandungi SPF ataupun sunblock untuk mengelak terkena sinaran ultra ungu yang boleh merosakkan kulit. Pilih krim yang mempunyai kandungan SPF 30 hingga 50 yang sesuai dengan cuaca kita di Asia.

2. Bawa payung sekiranya perlu untuk melindungi kulit dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang daripada terkena pancaran matahari.

3. Amalkan gaya hidup sihat, minum sekurang-kurangnya 3liter air sehari, hindari stres melampau, jauhi rokok dan amalkan diet yang seimbang.

4. Gunakan produk kulit atau alat solek yang sesuai dan selamat.

5. Hati- hati ketika membeli sebarang ubat-ubatan ataupun suplemen di farmasi. Kerana sesetengah ubat boleh menggalakkan lagi penghasilan pigmentasi pada kulit.

Supplemen untuk hilangkan Jeragat

Bagaimana Radiant 5 membantu :

  1. Protein untuk membina sel kulit yang sihat. Sel kulit bertukar dalam tempoh 24-28 hari. Jadi, untuk bina sel kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ianya menyokong pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  2. Perlindungan antioksida dengan Vitamin c. Vitamin C bertindak sebagai antioksida yang meneutralkan kerosakan dari radikal bebas. Oleh kerana badan kita tidak dapat hasilkan Vitamin C, maka kita kena dapatkan dari luar. Vitamin C juga bertindak sebagai agen pengurangan pigmentasi.
  3. Tingkatkan keanjalan dengan Kolagen. Kolagen adalah struktur penting untuk kulit. Ia mengekalkan keanjalan kulit dan menghalang kulit daripada kelihatan lebih tua dan berkedut. Badan kita memang boleh hasilkan kolagen, tetapi bila usia semakin tua, badan tidak lagi menghasilkan kolagen yang cukup. Oleh sebab itu kita kena ambil kolagen.
  4. Kekalkan kelembapan kulit dengan Gla. Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak dalam kulit. Asid Lemak yang penting ialah gamma-linolenic (GLA). Gla berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit. Elak kulit bersisik dan melawan keradangan.
  5.  CoQ10 meningkatkan kandungan epidermal lapisan permukaan kulit dan lapisan dalam epidermis seterusnya memperbaiki potensi antioksidan kulit. Coq10 juga melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak untuk memperbaiki diri mereka sendiri. Jadi pengambilan Coq10 membantu menganjalkan kulit, mengurankan kedutan dan meningkatkan tekstur kulit.

 

 

(Visited 131 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge